Friday, April 1, 2011

Cinta pertama





Dah petang Jumaat baru sempat mengupdate entri. Apa pun alhamdulillah Allah masih beri peluang dan upaya untuk mengetuk keyboard dan mencoret sesuatu di hari yang penuh berkat ini.

Kenapa lama tak datang ke sekolah?

Sudah berminggu tidak nampak kelibatnya, si hitam manis yang memang manis. Tersenyum dia memandang saya.

Sebab si Farah tu lah cikgu....

Rakan yang lain memberi jawapan. Dia hanya tersenyum, kerana wajahnya memang manis.

sumber

Cinta tidak berbalas rupanya. Dan setiap kali beliau mendengar kisah bahagia si Farah bersama kekasihnya, hatinya dimamah sedih dan malas hendak ke sekolah. Kekasih si Farah pula rupanya rakan sekelas. Memang cinta bersegi serta bergerigi.

Memang poyolah dia ni cikgu. Dah tahu dak Farah tu tak ingin ke dia masih dia nak berangan dan menyimpan hati.

Rakan yang lain bergelak tawa, saya pun tidak dapat menahan rasa lucu. Namun dia masih tersenyum manis lagi, cuma raut wajahnya ada sedikit rasa terkilan. Dan saya tahu terkilan itu bukan atas tawa rakannya tetapi terkilan kerana cintanya tidak berbalas.

Dia tak rasa cikgu, dia belum jumpa lagi perempuan yang dia nak betul.

Baru saya dengar suaranya. Ah, dalam perasaannnya terhadap si budak Farah.

Saya mati akal di situ. Tidak pandai hendak memberi nasihat. Hati yang sedang luka tidak perlu ditambah rasa pedih dengan nasihat di depan rakannya. Dan saya tahu yang dia pun tahu bahwa keutamaannya sekarang perlu diubah.

Cinta pertama sentiasa manis. Apatah lagi kalau berputiknya ia mendapat balasan. Getar di hati tidak akan padam walau usia dan haluan berubah. Namun ramai yang cinta pertamanya tidak kesampaian. Walau disebut cinta monyet atau puppy love, tetap ia akan tersemat sebagai kenangan indah dalam hidup.

Susah hendak mencari lelaki seperti awak. Tak apa satu hari nanti, awak akan berjumpa dengan perempuan yang lebih baik. Lepas ni, janganlah tak datang sekolah. Periksa lagi berapa hari je.

Dan dia masih tersenyum manis.

*Salam petang Jumaat

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. Ahahahaha.. comel! saya pon pernah mengalami cinta seumpama ni.. :)

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
    Cari hadiah best untuk yang tersayang?

    ReplyDelete
  2. Sekali lagi. Comelnyaaaaa entri ni. Bestnya kalau dapat lelaki macam dia tu. Untungnya Farah T_____T

    ReplyDelete
  3. aik Farah. cam kenal je lelaki tu

    ReplyDelete
  4. salam.....
    fuhhhh..memang mahal kenangan cinta monyet..

    ReplyDelete
  5. @Jiji-Fify

    Ha, dulu pernah ponteng juga ke?

    ReplyDelete
  6. @Rara

    Untung kalau si farah menerima cintanya, tapi sayang si farah suka ke orang lain

    ReplyDelete
  7. @Arif

    Rasanya arif tak kenal...

    ReplyDelete
  8. wei belajo dulu la baru nak main2 cintan cintun...heee

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Cikgu,

    Cinta monyet atau cinta pertama ketika sekolah ada kalanya membawa bahagia ke anak cucu.

    Sedih jugak baca cinta sebelah tangan ni. Tapi perjalanan 'student' cikgu itu masih jauh, banyak lagi orang yang akan dia temui di luar sekolah nanti.

    ReplyDelete
  10. Salam akak.Sangat comel. pernah juga rasa macam ni dulu. Tapi jauh-jauh suka dan sendiri sendiri.*malu*

    Akak , ada nama akak , anem titipkan dalam entri ini,harap akak sudi baca entri ini : Kerana kamu saya masih menulis

    Salam sayang .

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.