Monday, February 21, 2011

jika saya seekor naga

Panas menggigit + Hari Isnin + memanjat tangga = irritating

Dek sebab sifat ambil mudah dan senang sangat membuat andaian , saya terpaksa memanjat, menurun dan memanjat semula anak tangga dari bawah ke kelas paling atas dan berada di hujung sekali. Suasana panas, dan pelajar yang tidak bersedia sedikit pun tidak membantu mengurangkan rasa hendak marah. Marah pada diri sendiri sebenarnya, tidak peka dan tidak proaktif, sudah tahu hari ini ujian masih lagi berjalan, tidak memeriksa jadual peperiksaan.

Akibatnya, terpaksa turun semula berjalan ke bangunan hujung bertentangan mengambil kertas soalan peperiksaan yang perlu saya edarkan .

"Awak dah tahu periksa nak mula dah, masih lagi berlengah dan belum bersedia. Ish... "

Kalaulah saya seekor naga, sudah terhambur api panas membakar budak- budak di hadapan saya ni.

Tapi, sebenarnya marah saya tidak perlu kalau saya yang berubah sikap kan. Mengambil mudah, antara sikap mazmumah yang saban tahun tersenarai sebagai sifat yang perlu saya kikis bila tahun baru menjelang. Sedar, namun masih ia melekat dan payah hendak ditanggal.

Dalam usia yang makin tinggal sedikit ini, mampukah?

*entri refleksi, sementara mengawas peperiksaan...

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. fuh terel la cikgu..sambil jaga xm sambil buat entri??? wahhh...

    ReplyDelete
  2. salah kita sifat suka ambil mudah...tahu isnin+kalut+jem masih leka nak iron baju sekolah anak2 di pagi hari...perghhh...berpeluh2 kejar masa & sampai opis 8.30 pagi...waaa...kena balik lewat lagi.

    ReplyDelete
  3. jangan cepat marah..nanti cepat tua

    ReplyDelete
  4. nak jd cikgu mmg kena jd naga dl,ye..hehehe

    ReplyDelete
  5. Tentu boleh fire sesuka hati ye cik gu..hehe!

    ReplyDelete
  6. @Lynn Nasir

    menjaga periksa ...salah satu aktiviti yang sangat membosankan

    ReplyDelete
  7. @JunAina

    samalah kita jun....

    bilalah nak berubah sesungguhnya

    ReplyDelete
  8. @abadi romeo

    sebab dah tua lah dah, jadi tidak mengapa untuk marah

    ReplyDelete
  9. السلم عليكم ورحمة الله

    Jangan cikgu nanti rentung lak budak tu..:)

    ReplyDelete
  10. salam Cikgu..
    janganlah jadi naga
    jadilah rimau ke
    saka rimau gitu
    mesti lari semua..
    he he(gurau je)

    ReplyDelete
  11. apa salahnya jadi naga.. jd le naga sakti..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Kalau cikgu seekor naga, pastinya blog ini tidak wujud (mana ada naga berblog??)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.