Thursday, November 11, 2010

tersenyum tanpa A...

Mukanya terkejut kehairanan.

"Silap kut kak normah keputusan tu..." rakan saya ini cuba menjustifikasi kenyataan.
"Tak.. memang itulah keputusannya, janganlah terkejut. Alhamdulillah ia tak lebih buruk dari itu," balas saya sambil tersenyum.

Lewat tengahari, rakan yang lain pula datang bertanya.

"Normah, juz remembered, how did your son do?"

Saya tersenyum, agak berat untuk memberitahu. Keputusan anak saya dalam UPSR tidak segah mana. Rakan yang ini lebih empati, cepat dapat menerka berat mulut saya untuk memberitahu.

"No...juz tell me, do you feel okay with the result? Only you know your own son..." balasnya.

"Okaylah siti... no A or B's but definitely no E either..Dia memang pelajar sederhana lemah, saya masih bersyukur tiada E.." balas saya. 

Masih terbayang semasa menunggu nama-nama pelajar cemerlang dipanggil di atas pentas, saya berdoa tak habis, agar anak saya tidak gagal dalam kertas penulisan UPSR nya. Alhamdulillah Allah memakbulkan. 

Memang banyak bezanya pelajar yang bijak mengalir air mata kerana hanya mendapat 4A, tetapi anak saya yang ini masih tersenyum kerana beliau berjaya lulus tanpa A atau B. Pengalaman sekian lama mengajar anak-anak murid di kelas hujung, menjadikan saya lebih bersyukur dengan keputusan yang anak saya perolehi.

Apa pun, beliau di mata saya masih anak yang baik dan mendengar kata, tidak banyak kerenah dan bijak mengambil hati. Tidak semua insan beroleh kejayaan awal dalam kehidupannya, dan saya doakan Harith tetap berjaya juga nanti dalam hidupnya dunia dan akhirat.


~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

37 comments:

  1. alhamdullillah.. yang penting gelaran anak soleh tu..
    kecemerlangan bukan pengukur segala dan mengambil masa juga..

    ReplyDelete
  2. masih panjang lagi masa depannya..saya ada kawan yang UPSR result teruk, tapi bila sekolah menengah..pelajar terbaik

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah k.normah.. 5 thn lg spm lg penting..

    ReplyDelete
  4. Saya tabik dgn org mcm cikgu Normah dan Harith ni. Memandang sesuatu dari sudut yg positif. Tak semua murid dapat 5A atau 4A. Dan ramai lagi yg mendapat keputusan yg lebih teruk dari yg Harith dapat.

    Mungkin dia seorg yg late bloomer. Lagipun kecemerlangan akademik bukan segalanya dalam hidup ini.

    ReplyDelete
  5. Setuju. Kejayaan dalam hidup bukan mesti diukur dari kertas ujian cemerlang dan berderet A, tetapi positif dan tekunnya dia mengendalikan kehidupannya..

    apapun tahniah juga...

    ReplyDelete
  6. dah ramai bekas anak murid saya, di sekolah rendah sampai tahun 5 di kelas pemulihan tapi bila menengah, berjaya juga akhirnya..

    ada budak2nya mereka lambat berkembang, yang penting usaha dan keinginannya di tahap menengah nanti

    ReplyDelete
  7. tahniah atas coretan berterus terang ini. ramai ibu bapa yang tak sanggup menerima kenyataan seolah-olah upsr adalah segala-galanya...

    saya ada pengalaman ini kerana anak saya ramai...
    tapi dia juga cemerlang bila di sekolah menengah aliran vokasional.

    ReplyDelete
  8. Setuju semua komen-komen tu.....

    ReplyDelete
  9. xpe,rezeki ade di mana2..bukan HANYA result di kertas yg menjamin masa depan..biar kurang pandai,tapi tidak kurang ajar..gud luck harith!!

    ReplyDelete
  10. Salam Normah

    Tidak mengapa tak dapat A. Anak yang baik itu lebih penting. InsyaAllah suatu hari nanti dapat juga kejayaan yang lebih daripada itu.

    ReplyDelete
  11. Slmlkm cikgu...

    Semua ibu bapa inginkan anak2nya cemerlang dlm peperiksaan, betul? Masyarakat hari ini terdidik utk bertanya "BERAPA 'A' anak U dapat?" sebaik sahaja keputusan peperiksaan diumumkan.. Kita mengejar sekeping kertas yg seboleh mungkin tercatat jumlah 'A' paling maksimum! Syabas bagi yg berjaya mdpt 5A.. Penat lelah usaha anak n ibu bapa telah berbaloi...

    Cikgu..
    Saya berasa bangga n terpanggil utk mberi komen ikhlas sbagai seorang ibu.. Saya bangga kerana anak cikgu boleh 'tersenyum' n 'BERSYUKUR' di atas keputusan yg diterimanya.. Mengenepikan berapa kawan2 lain 'score' tetapi dia bersyukur kerana Allah swt telah memberinya 'rezeki' dgn keputusan yg serba sederhana... Anak cikgu mungkin bukan pelajar cemerlang dari segi akademik, tetapi dia seorang hambaNya yang REDHA di atas ketentuan Allah dan menyedari setakat itu sahaja kemampuannya..

    Saya percaya anak cikgu akan menjadi insan yang hidup bahagia di atas sifatnya yg bersederhana. Malah beliau berpotensi utk mencapai kejayaan yg lebih cemerlang di masa hadapan setelah melalui pengajaran dlm 'ujian' pertama sbgai pelajar sekolah melalui usaha dan hasilnya dlm UPSR beliau..

    Saya telah pun melalui detik cemas sewaktu menunggu keputusan peperiksaan UPSR/PMR/SPM anak2 saya.. Saya turut mengalirkan air mata bahagia bila anak2 berjaya mendapat 'A' yg berderet2 hasil usaha mereka dan rahmat dari Allah swt ke atas keluarga saya. Namun setelah sekian lama, saya menyedari ada sesuatu yg gagal... Saya GAGAL utk merasa 'cukup' dgn kejayaan anak2 saya! Semakin berjaya, semakin kita mengejar kejayaan sehingga kita berada dalam ketakutan utk mengalami kegagalan! Inilah penyakit yg menghantui anak2 n ibu bapa yg berjaya dlm akademik secara realitinya.. Igauan ketakutan!

    Sebaik anak2 saya tamat tingkatan 5, saya beralih corak mnjadi seorang ibu yg lebih bersederhana serta banyak mendengar luahan hati anak2.. Ternyata mereka bukan hanya inginkan kecemerlangan di atas kertas! Mereka inginkan kecemerlangan dalam agama dan kasih sayang saya n suami.. Kehidupan selama 5 tahun di sekolah berasrama penuh menjadikan anak2 saya 'robot yg bernyawa' serta kehilangan kasih sayang dan belaian ibu bapa mereka.. Mereka TIDAK MAHU ke luar negara! Mereka ingin berdamping dgn saya n suami demi menebus kembali sekian 'masa berjauhan' dari ibu bapa yg 'dihadiahkan' kpd mereka hasil kejayaan mereka dlm peperiksaan di sekolah. Mereka memilih ke universiti tempatan dimana mereka boleh bberdekatan dgn saya dan sesekali bersolat berjemaah bersama, bercuti bersama serta belajar agama bersama! Kini saya sedar selama ini anak2 saya mengejar kejayaan mereka di atas kertas (kerana tuntutan saya dan suami) dgn mengenepikan kejayaan2 lain - kejayaan merasai belaian ibu bapa, kejayaan menguasai ilmu agama sebanyak mungkin(pelajaran agama di sekolah TIDAK mencukupi).

    Suatu ketika dulu perkataan pertama saya sewaktu berkomunikasi dgn anak2 ialah; " Camana pelajaran, ok..?" tetapi sekarang beralih kepada; "Hi sayang...How are you today? Dah solat..? Dah makan?" Saya nampak keceriaan n kebahagiaan pada wajah anak2 saya..!

    Alhamdulillah.. Kami akhirnya 'berjaya' menemui 'kejayaan' dlm diri kami sdiri! Rezeki dari Allah, justeru seiringkan kejayaan dunia dan akhirat dgn mengisi keperluan rohani n kasih sayang!

    Saya doakan anak cikgu berjaya di dunia n akhirat.

    Wassalam...

    ReplyDelete
  12. adik-adik saya ada juga yang agak lemah akademik semasa di sekolah rendah.. Mama Baba yang berdebar lebih bila ada anak-anak yang ambil peperiksaan besar... yg si anaknya rilek saja.

    mujur juga, Mama Baba saya tak pernah marah kami kalau dapat result teruk. lebih pada nasihat dan galakan supaya usaha lagi.

    tahniah Harith. juga ibunya.

    ReplyDelete
  13. Salam cikgu...

    Tahniah buat Harith, tidak mendapat A & B bukan berertinya gagal...

    Teruskan usaha dan doa, insya Allah...Allah akan bantu dan permudahkan

    ReplyDelete
  14. salam cikgu.
    sejujurnya sy tergenang airmata membaca coretan ini..
    kita sama..anak kita sama..ida syukur sgt abdullah zaki dpt B dan C, tiada d dan e..ida pun tk sngka sebab dia bnyk main dan leka..apa2pun UPSR bukan penentu...cuma andai dpt cemerlang itu satu bonus..

    ReplyDelete
  15. salam cikgu....
    saya belum beranak pun...tapi saja nak kepoh-ci
    syukur anak cikgu lulus UPSR...tahniah!
    ia cuma sehelai keputusan peperiksaan...
    rezeki datang dalam bentuk berbeza....
    ada member saya , masa form 5 grade 3
    tapi sekarang ada 2 kedai cermin mata kat australia 2 di malaysia dan 5 ekor kuda di kandang ....subhanallah...inyallah rezeki Harith di masa depan

    ReplyDelete
  16. salam,

    tahniah harith, dah abes satu fasa peperiksaan besar sekolah.

    rileks cikgu normah, byk masa lg..saya setuju dgn anon. "rezeki datang dalam bentuk berbeza" :)

    ReplyDelete
  17. eer,.... UPSR tu apa cikgu? gula-gula sugus ke? .. :D

    ReplyDelete
  18. salam kak normah
    terima kasih atas perkongsian akak ini
    saya pernah melihat air mata ibu mengalir
    kerana saya gagal mendapat 1 lagi A dalam UPSR.
    saya rasa bersalah sangat masa tu
    ia pembakar semangat saya utk lebih gigih dalam PMR.alhamdulillah...
    dan selepas dari pristiwa saya, ibu tidak lagi pernah menangis bila melihat adik2 lelaki saya tidak secemerlang anak2 perempuannya dlm UPSr
    "kejayaan anak murid ibu, juga kejayaan ibu.walaupun anak2 ibu tak cemerlang dalam UPSR macam anak2 murid ibu, insyaAllah,ada yang terbaik untuk anak2 ibu".itulah kata2 ibu sewaktu menerima keputusan adik lelaki saya yang cuma cukup2 makan je.

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah dan tahniah..tidak semua anak itu sama dari segi "kebijaksanaannya"..sesungguhnya tidak mendapat "straight A" dalam UPSR bukanlah suatu kegagalan..tapi permulaan ke arah kecemerlangan. Insya'Allah

    Tahniah buat Harith..kerana redha dan yakin dengan diri sendiri. Moga Harith terus berjaya dan cemerlang di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
  20. @cikgu isza

    Itulah yang didoa selalu isza, agar harith menjadi anak soleh

    Cikgunormah

    ReplyDelete
  21. @n@m@n
    Betul naman, masa depannya masih panjang, sebagai ibu memang risau dan berdoa selalu agar hidupnya terpenuh dgn kebaikan

    Cikgunormah

    ReplyDelete
  22. @Syura Ambin

    ya lagi lima tahun syura... berdebar lagi hebat

    ReplyDelete
  23. @Yunus Badawi

    saya cuma berdoa YB agar hidupnya bahagia dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  24. @ibuintan

    itulah yang didoakan selalu ibuintan

    ReplyDelete
  25. @abu muaz

    kenyataan bukan selamanya manis bergula, kita hanya manusia biasa, ada pahit manis masam dan pahit dalam kehidupan, terus terang adalah satu cara memerdekakan hati dan menenagkan jiwa

    ReplyDelete
  26. @zuri3389

    terima kasih zuri datang ke sini

    ReplyDelete
  27. @zainondz

    ya zainon, kurang ajar tu lah yang minta sangat dijauhkan

    ReplyDelete
  28. @Werdah

    waalaikummussalam kak werdah,
    ya anak soleh macam anak2 akak itu menjadi impian saya juga

    ReplyDelete
  29. @Sueozana

    waalaikummussalam sueozana

    terima kasih atas coretan ini, akan saya jadikan panduan dan rujukan sentiasa

    ReplyDelete
  30. @Anonymous

    begitulah yang saya harap, moga harith bahagia dunia hingga akhirat nanti

    ReplyDelete
  31. @Mazwandi Mustaffa

    :)

    mazwandi kena ambik upsr baru tahu nanti kan..

    ReplyDelete
  32. @ummu

    betul ummu, ujian Allah tak sama untuk semua orang, ibu nya cikgu, tak semestinya anak dapat berderet A

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.