Tuesday, September 14, 2010

Cacing

Nyamuk Aedes bukan sahaja penyebab denggi, rupanya ia boleh juga menjadi pembawa kepada cacing dalam badan.

Tanda-tanda cacing tersorok dalam mata ialah sakit, mata berair, mata merah dan terasa benda bergerak dalam mata. Cacing tersebut boleh membesar sehingga 12 cm, 2 kali panjang jari kelingking saya, dan setebal wayar laptop saya....!



nst


Nasib baik bukan di Malaysia. Saya tidak boleh hendak membayangkan cacing tersorok di dalam mata. Kalau dulu-dulu tahun 60an dan 70an dulu memang setiap bulan kena makan ubat cacing, sebab suka sangat main tanah, berkaki ayam, jadinya banyak cacing dalam perut.

Kalau hendak tahu anak bercacing dalam perut atau tidak, tengok semasa tidurnya, punggungnya akan terangkat waktu tidur. Itu kata orang yang lebih tua dari saya lah.

Tapi, saya tahu anak-anak sekarang jijik hendak memijak tanah berkaki ayam. Tengok anak sendiri pun masa berumur 3, 4 tahun dulu, terjingkit-jingkit berjalan di dapur rumah emak di kampung.

Dari segi kebersihan, baguslah begitu, kan, tapi dari segi 'survival' nantinya, entahlah. Salah diri saya sendiri juga.

~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. wow.... cacing dalam mata. macam tak pecaya pulak kan!!!

    ReplyDelete
  2. biasa dengar cacing dalam perut...
    kalau aruah uwan dulu beri air rebusan akar lalang untuk mengubati cacing dalam perut

    ReplyDelete
  3. salam cikgu ..
    anak2 kene bawak pergi mancing tu,
    belajar cocokan cacing kemata pancing ..
    baru tk geli dgn cacing ..

    120 cm .. 6 inci tu ..
    panjang juge la .

    ReplyDelete
  4. @kakpah

    sekarang ni banyak sangat benda-benda pelik kan...

    ReplyDelete
  5. @aby

    emaknya pun gelikan cacing, macamana tu ya?

    ReplyDelete
  6. Filaria sejenis parasit yang menggunakan nyamuk sebagai pembawa...InsyaAllah bukan sesuatu yang 'common' di malaysia....
    Hi, Normah...salam aidilfitri dari Wan Hafizah (Ex Convent student). Jenuh mencari, baru berjumpa...

    ReplyDelete
  7. @wanacu

    Wan
    Selamat hari raya. Cuba email awk aritu , tapi x dpt lepas.alhamdulillah eliza pun ada menjengah blog ini.

    Ttg tajuk entri ni, rasanya wan lebih arif dr sy...

    Email sy normahmispar@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Erk.. menggerunkan... sib baik bukan kat Malaysia ye..
    Anak saya pun sama, 2 orang jalan jingkit-jingkit kat dapur kalau balik kampung. Cuma yang bongsu ni lain sikit, tak pakai selipar atas tanah pun dia ok. Saya pun musykil... :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.