Monday, September 13, 2010

upah

Selalunya cara hendak menggalakkan anak berpuasa di bulan Ramadan ialah memberi upah pada mereka. Duit upah akan diberi nanti di pagi raya. Setelah terbiasa nanti, dengan sendirinya upah berpuasa akan ditarik balik, terutama apabila anak-anak sudah baligh.

Balik beraya baru ini, sempat bersembang dengan adik perempuan saya sendiri.

"Tahun ini banyaklah habis duit memberi duit raya kat anak-anak..." beritahu adik saya.

Saya hanya diam, menunggu beliau menghabiskan ceritanya.

"Si Azan sempat habiskan 25 juzuk, tu dah RM250, Jepa pula 5 juzuk je, sama dengan Iffah, 5 juzuk juga, dah RM100. Tahun ini ina beri upah diorang baca quran, kalau boleh suruh khatamkan. Pas tu minta diorang doakan untuk ina dan suami."

Hendak membudayakan membaca quran di kalangan anak-anaknya sepanjang bulan Ramadan ini  terutamanya,... adik saya ini memberi upah sepertimana hendak mengajar anak-anak berpuasa. Bagus juga kan.

piah, ina dan iffah
*dik, tahun depan kita bersembang lebih lama lagi ya...insyaAllah.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. Salam...

    Bagus juga cara adik cikgu tu...nanti anak-anak bila sudah biasa membaca al-quran akan datang ikhlas maka mereka tidak akan memerlukan upah lagi..

    ReplyDelete
  2. SALAM,

    KALAU KITA BOLEH BERI UPAH KEPADA ANAK UNTUK BERPUASA RAMADHAN, MENGAPA TIDAK UNTUK MEMBACA AL QURAN. BAGUS BETUL CARA ADIK CIKGU INI. KALAU TAK BOLEH 1 JUZ RM 10 , KITA BERI DENGAN IKHLAS RM 1 ATAU RM 5. INI SEMUA UNTUK MENDORONG ANAK2 MEMBACA AL QURAN DI PERINGKAT AWAL BEGINI. AKAN DATANG, BILA MEREKA SUDAH BESAR, DUIT DORONGAN ITU SUDAH TAK PERLU LAGI.

    KALAU TAK SILAP SEKOLAH BERCUTI LAGI. JADI BOLEHLAH BERHARI RAYA LAGI! MENZIARAHI SAUDARA MARA DAN KENALAN YANG DEKAT2 TU.

    ReplyDelete
  3. Salam cikgu,

    Surau kat sini pun beri anak erisya wang tunai dan hadiah sebagai insentif. Malah big bos erisya pun beri kami hadiah bila khatam al quran (tadarus) :).

    ReplyDelete
  4. Salam:)

    ..antara cara yang baik juga yaa...:)
    dimulakan dgn upah...moga nanti bila lahir rasa minat & kebiasaan membuat amal...blh menjadi amalan yang berpanjangan dgn ikhlas..InsyaAllah

    Slmt HAri Raya..:)Maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  5. sangat bagus idea adik cikgu tu..tahniah kepadanya

    ReplyDelete
  6. @erisya nor

    banyak lah erisya dapat tahun ni ya

    ReplyDelete
  7. @Pn Kartini

    ya... betul tu tini
    selamat hari raya juga

    ReplyDelete
  8. Hi Kak..

    Hari pertama puasa dulu, secara tak langsung saya turut sama terpuasa coz xde restoran yang buka. nak ke tesco, jauh lak.
    so puasa sama.
    hehehe..

    *best je bebudak.. banyak giler duit raya..

    ReplyDelete
  9. @LotsOfLove-Pearls

    terpuasa lah pulak ya...tak pe, semangat 1Malaysia lah tu

    ReplyDelete
  10. tak salahnya memberi upah untuk kebaikan..
    anggap juga sedekah kepada anak-anak..
    semoga niat yang ikhlas ada ganjarannya..

    ReplyDelete
  11. bagusnya cara tu.
    memupuk biar dari kecil kan.
    insyaAllah boleh digunakan untuk adik2 sepupu lepas ni.
    ^^,

    ReplyDelete
  12. Anak-anak IM masa kecil dulu IM latih berpuasa tanpa upah. IM anti sikit dengan konsep macam ni. Sebenarnya silap kita kerana ujudkan sistem upah.

    tak perlu pun....

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.