Monday, March 7, 2011

bagaimana mengatasi hidung kemek?







Facing dozens of teenagers every day brings you down to earth. At 8 a.m. they don't care how you feel. You think of the day ahead: five classes, up to 175 American adolescents: moody, hungry, in love, anxious, horny, energetic, challenging. No escape.

~ Teacher Man : Frank McCourt, pg. 81

Suara Ezzeri menyanyikan lagu Sudirman berkumandang dalam kelas. Sambil budak kecil itu membuat tarian ala hip-hop. Saya pun tak ingat lagu yang mana, tetapi dek sebab kecil molek badannya, terus mengingatkan saya pada arwah Sudirman.

Ada iras....., dengan mata ala-ala sepetnya dan tahi lalat di tepi bibir.



Bacalah buku, sekejap lagi kan nak ujian dah.

Dah baca kat rumah dah, cikgu.

Awak nak jadi penyanyi ke?

Kalau boleh. Tapi .. Gigi saya berlapis.

Tak apa, dah besar nanti boleh betulkan gigi tu....


Dia senyum. Manis.

Padahal, kan... sebelum dia memberitahu saya, saya tidak pun perasankan giginya. Pada saya mukanya comel dan tidak ada cacat celanya. Kalau si Ezzeri besar nanti pastinya ramai anak dara yang tertarik dengan senyum dan gayanya. Tetapi, sebab giginya berlapis ada rasa rendah diri yang hadir.

Saya pun begitu dulu,  dik ooiii. Masa sebayamu dan lebih kurang seusia itulah juga. Cumanya gigi saya tak berlapis, alhamdulillah. Tetapi waktu itu saya kira masalah saya lagi besar sebab sehingga sekarang saya tidak dapat membetulkan kekurangan tersebut.

Ya.... hidung saya kemek. Tak mancung!

:)

Betul...., dulu-dulu, sebab hidung sayalah,  saya kira,  saya tidak berapa selesa hendak berkawan. Rakan-rakan baik saya dahulu semua punya hidung terletak, mancung dan comel. Kenapa dalam ramai-ramai orang Allah pilih saya untuk menerima hidung tak mancung? Selalu itu yang saya tanya diri bila mengadap cermin muka.

Tapi... itu dulu. Kisah 31 tahun yang lepas, lebih kurang. Sekarang?

Cantik atau tidak bukan terletak pada hidung atau gigi berlapis dik. Bila telah melepasi usia tertentu dan kematangan mula hadir, cantik itu menjadi begitu relatif dan subjektif sekali. Setiap awal perkenalan dengan insan lain , kita memang akan tertarik dengan kecantikan , keayuan atau ketampanan wajah, tetapi itu semua akan pudar jika harga diri, sikap , sahsiah, pandangan dan sisi inteleknya tidak segah mana.

Percayalah. Kerana nilai-nilai itu yang biasanya menjadikan kita setia bersamanya sebagai  sahabat atau menjauh darinya.

*Aku dan perasaanku.... nostalgik sungguh.




~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. orang kata.. gigi berlapis.. suara sedap..
    tak tahulah teori mana..

    ReplyDelete
  2. emm..masa saya baby hingga umo 2 tahun gitu...saya penah dipanggil dgn nama "hai embang",sebab hidung saya kembang...tapi bila makin besar...pelan2 kembang tu ilang sendiri..
    mak kata mgkn sebab saya debab, pipi tu tarik hidung jadi kembang!!dan mujur la panggilan tu x berterusan!

    ReplyDelete
  3. @cikgu isza

    gigi saya juga berlapis..hehehehehe

    ReplyDelete
  4. kene banyak tengok film Hindustan le kalau nak hidung tinggi...mana tau kenan Shah Rukh Khan..apapun..kalau hidung kemek macam pelepah kelapa sekalipun bukan kriteria utama untuk mencapai kehidupan yang baik didunia dan akhirat

    ReplyDelete
  5. Hidung kemek tu kata orang memang hidung Melayu. Tak mancung tak pesek sangat. Sedang2 saja.

    Tapi buat saya teringat, sorang sedara lelaki saya, pernah kepit hidung (di pangkal) dengan sepit baju, setiap kali dia masuk tidur. Sebab dia memang nak mancungkan hidung dia. Hehehehe..

    Bertahun tak jumpa, saya terkejut, memang mancung betul hidung dia, samada genetik atau kesan sepit baju itu. Tak tahu lah.

    hehehehe... Saya pun adakala tetap rasa kulit hitam saya adalah kekurangan diri saya. Tapi dah tua2 ni... ada aku kisah? hehehehe

    Hari Wanita Sedunia ke-100: Aku Bangga Bermula Sebagai “Nor”...

    ReplyDelete
  6. entah fesyen ke apa..anak bujang tu mengadu
    gigi tengah dia jarang

    tu klu nak buat gigi tu...kita buat tak jalan je..hehe

    belajar dulu...yuran pengajian saja mama tanggung, lain dari tu lepas kerja cari sendiri.

    dah buka radio buruk saja...

    ReplyDelete
  7. kadang2 terlalu memikirkan pandanagn org lain ttg kita..

    ReplyDelete
  8. gigi saya pun jenis bertindih...dari dulu cadang nak pakai braces tak pakai2 pun huhu..arwah mak saya kata..laki takyah nak kalut sangat nak bg cantek gigi

    ReplyDelete
  9. @hai

    nasib baik pipi dapat menarik perkembangan hidung tu ya

    ReplyDelete
  10. @n@m@n

    barulah tahu sebab apa suara cikgu naman ni merdu, kan

    ReplyDelete
  11. @abadi romeo

    tulah...mak saya dulu tak menengok citer hindustan

    ReplyDelete
  12. @azieazah

    hehe... ada aku kisah?
    samalah kita azie

    ReplyDelete
  13. @Kujie

    nak mendengar radio buruk tu lah yang tak larat tu kan...
    dah besar dan kerja sendiri nanti kujie, pandailah dianya kan

    ReplyDelete
  14. @aimannajmy

    mesti suara aimannajmy sedap, macam cikguisza tulis

    ReplyDelete
  15. salam...
    ermmm..bersyukur apa yang ada
    setakat nih..alhamdulillah..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.