Wednesday, March 23, 2011

harapan yang tidak kesampaian

Bahana tidak cukup tidur semalam, mata saat ini bagai digantung dengan batu dihujung bulu2 mata saya yang sedikit pun tak melentik. Tidak cukup tidur itu, semuanya angkara perkara ini.

Dah selesai satu masalah, hendak mengadap masalah-masalah yang berentetan pula dari peristiwa tadi. Nantilah saya ceritakan yang itu. Hari ini hendak bercerita benda yang lain pula.

Tentang harapan!




Video di atas pertama kali saya menontonnya di laman web Saifulislam.com dan rasanya saya pernah kongsikan dalam blog ini dahulu. Tapi entah tak ingat, dan malas nak menggodek-godek previous entries yang terdahulu.

Kalau punya masa lebih cubalah tonton. Menyentuh hati dan perasaan.

Tentang harapan yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar tetapi dengan mata hati dan fikiran yang positif. Positif dalam pandangan tidak bergantung sama sekali dengan penglihatan yang sempurna tetapi dengan sikap serta nilai diri yang tertanam.

Banyak yang kita harapkan dalam hidup ini dan harapan tersebut juga menjangkau nanti ke saat yang tiada noktah di sana. Namun dalam kemilau dunia ini, sering harapan kita dibiarkan Tuhan tidak kesampaian, dengan tujuan yang hanya Dia yang tahu.

Dan saya tahu , banyak harapan bekas anak murid saya tadi yang tidak kesampaian. Juga harapan ibu bapa masing-masing.

Ini adalah part and parcel dalam hidup. Harapan yang tidak terpenuh mengajar kita nanti untuk lebih kuat, percayalah. Selagi mentari bersinar esok , dan kita masih bisa menghela dan menghembus nafas tanpa payah, selagi itu harapan baru boleh kita cuba gapai dan genggam erat.

Selamat menempuh hidup baru buat bekas pelajar SPM 2010.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 comments:

  1. yang penting kita guru2 sudah cuba sedaya upaya yang terbaik untuk membantu murid-murid kita... Semoga ada sinar harapan untuk mereka semua di masa akan datang..

    ReplyDelete
  2. terima kasih jugak buat semua guru2, tanpa mereka siapalah saya...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis:)

    Hanya itulah harapan guru ..moga anak2 didik sekalian akan menemui sinar utk hari2 mereka yg mendtg!...InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. yang penting Allah sudah tahu kita telah menunaikan amanah yang diberikan

    ReplyDelete
  5. hurm...
    memang betul apa yang budak itu cakap...
    apa yang penting kita 'feel'...
    dengan mata hati...

    ReplyDelete
  6. mula2 ingatkan kenapa dengan budak tu...

    ReplyDelete
  7. moga ada runag untuk memperbaiki keputusan nanti

    ReplyDelete
  8. Guru agen perubahan negara...

    ReplyDelete
  9. IM yang masih tak sihat ini cuma ingin berkata...salam..

    ReplyDelete
  10. semoga berjaya untuk semua anak didik..masa depan kalian masih jauh

    ReplyDelete
  11. kepada para pelajar SPM 2010 yang kecewa dengan result yang biasa2 saja..this is not the end of the world..byk lagi peluang di luar sana

    ReplyDelete
  12. salam cikgu. dalam dua tiga hari lepas saya mimpikan cikgu. haha. mungkin asyik terfikir2 pasal praktikal.

    adik perempuan saya baru dapat result spm juga. itu yang termampu dek dia. moga adik saya tak putus harapan dalam merencana hidup dia.

    ReplyDelete
  13. @JunAina

    Ya...semua insan di sekeliling kita ada peranan masing2

    ReplyDelete
  14. @Sham

    Kat mana yang terharunya tu ya.

    ReplyDelete
  15. @abu muaz

    Harap2 diterima Allah sebagai amal yang baik

    ReplyDelete
  16. @meira

    Kagum dengan budak tu kan, very positive in life, dan kagum dengan ibunya yang bijak mendidik

    ReplyDelete
  17. @Insan Marhaen

    Dalam tak sihat sempat juga berziarah ya IM. Moga segera sembuh

    ReplyDelete
  18. @ain fathihah

    Kalau nak bertanya idea bole saja untuk praktikal tersebut

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.