Saturday, September 18, 2010

Bertuah atau Tidak?

Kita telah lama tahu persepsi masyarakat Barat terhadap Islam. Agama Islam dikaitkan dengan  agama radikal, penuh penindasan terhadap wanita terutama dalam isu kawin paksa di negara seperti Pakistan, agama yang sentiasa menggalakkan pertumpahan darah dengan fatwa bunuh membunuh, agama yang ketinggalan zaman dengan hukum hudud yang tidak mereka percayai kerana sering dipapar sebagai hukuman yang zalim (siap dengan bukti you tube, hukuman pancung, potong tangan dan sebagainya).


Dan kita tetap mempertahankan kesejahteraan agama kita, kerana kita tahu, apa yang terpapar itu tidak tepat.

Kita mengatakan puak Yahudi mempunyai protokol yang tersusun dan terancang mengkambing hitamkan agama kita. Rupanya pihak di Barat sana juga menyatakan kita juga punya agenda dan protokol terancang menakluk dunia dengan proses islamisasi.

Cubalah tonton video di bawah yang menyeru pihak barat untuk bangun dan sedar tentang agenda kita...


terus ke page webnya di sini


Ketakutan lahir kerana tidak tahu dan tidak faham. Nampaknya kita masih tidak berjaya memberitahu dan memahamkan keindahan Islam, kerana Islam yang tertera kini banyak dirosakkan oleh individu muslim itu sendiri. Kes pembuangan bayi yang memalukan , masalah sosial yang melampau, pemimpin Muslim yang korup, tidak amanah dan tidak bertanggungjawab, pendakwah kita yang tidak mesra dan tidak cekap, sikap kita yang cepat melatah dan menghukum serta kesatuan yang rapuh dan hambar; itu semua jelas membantu memburukkan nama Islam yang kita yakini dan sayangi ini.

Betullah kata Ustaz Hasrizal: betapa bertuahnya Melayu mendapat Islam, namun bertuahkah Islam mendapat Melayu?

Walaupun ayat tersebut merujuk pada Melayu, tetapi ia juga patut ditujukan pada semua bangsa yang mendapat Islam sebagai petunjuk jalannya.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. Islam itu indah dan mudah. Mana yang tak tahu, wajar belajar... (peringatan utk diri saya juga)

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Islam itu indah, dan orang Islam sepatutnya mengindahkannya dan bukan mengotorinya dengan segala bentuk maksiat...

    ReplyDelete
  3. bertuah menjadi melayu yang islam bukan melayu kapal selam....

    ReplyDelete
  4. "Ketakutan lahir kerana tidak tahu dan tidak faham. Nampaknya kita masih tidak berjaya memberitahu dan memahamkan keindahan Islam, kerana Islam yang tertera kini banyak dirosakkan oleh individu muslim itu sendiri."

    Setuju!

    ReplyDelete
  5. paparan yang tak menyenangkan ade pro & con. yg tak faham katalah kita ni macam2...yg faham...tu lah keadaan segelintir umat Islam hari ni

    ReplyDelete
  6. salam cikgu.
    ada yang menyedari kebenaran islam tapi menidakkannya..
    hati mereka tidak mahu mengakui..

    ReplyDelete
  7. lagi satu fahaman org kita kalo pengetahuan agama yg lebih2 adalah utk org lepasan sekolah /institusi agama je...sdgkan kewajipan mencari dan melengkapi ilmu agama adalah tgjwb semua org Islam..

    ReplyDelete
  8. @azieazah

    betul, tapi...
    nagi yang bukan islam , susah hendak menerima hakikat yang islam ini mudah dan indah

    ReplyDelete
  9. @Insan Marhaen

    ramai muslim sekarang pada bilangan sahaja...

    ReplyDelete
  10. @sonata anak kancil

    islamisasi melalui bilangan penganut yang ramai, melalui kadar kelahiran yang tinggi.... itu yang ditakuti oleh masyarakat bukan islam

    ReplyDelete
  11. @kakLuna

    memang tanggungjawab, tetapi tak ramai mahu menggalasnya

    ReplyDelete
  12. segalanya telah ada dlm Quran.. bila kita baca perkara camni mmg dijangka.. kita trus berdoa smoga dlm perlindungannya

    ReplyDelete
  13. bertuahkah islam mendapat melayu??..hermm

    medalam juga maksud tersirat tu :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.