Berdua-duaan dengan emak dalam kereta memang best. Sebab emak kaki berborak, tidak seperti saya yang menurun sifat aruah ayah, lebih banyak diam mendengar. Cuma sekali sekala menyampuk dan bertanya itu ini dengan emak.
Perjalanan sejam setengah ke hospital menjadi pendek dan tak terasa, walau suasana di luar masih gelap pagi selepas subuh.
"Kaki emak camana? "
Tanya saya setelah berbagai topik dibawa berbincang hinggalah reformasi di Mesir pun emak turut memaklumkan pada saya.
"Bolehlah," jawab emak.
"Tidaklah berdenyut seperti dulu, cuma kalau duduk tergantung lama kaki ni, lenguhlah sikit."
"Mak kena cuba berbekamlah kut."
Cadang saya, cumanya dalam kepala bilalah agaknya waktu yang sesuai untuk membawa emak nanti.
"Ha ..ah. Cik Wati kamu ngan Paman Mi ada juga berbekam. Katanya ringan badan lepas berbekam tu."
Mak membetulkan duduknya. Nampak macam ada benda menarik hendak disambung lagi. Saya hanya memandang dari ekor mata sahaja, tapi tumpuan masih di jalan raya.
"Eh... Makcik Midah yang datang rumah emak semalam pun ada berbekam juga...." Saya menunggu sambungan ayatnya yang tergantung.
"Dia kata dia datang bulan,.. lepas berbekam. Padahal dia tu dah putus haid dah..."
Ha?
"Ya... dia tu kan janda..." Emak pun janda juga, bisik hati kecil saya.
"Lepas berbekam tu, tak lama lepas tu datang haid semula. Jadi anak dara baliklah tu..."
Hahaha... saya dan emak tergelak. Tapi dalam hati saya ........., mak tak payah gi bekamlah .
Cancel.~cikgunormah@klcitizen~
hahaha kelakar pula..
ReplyDeletebimbang mak jd anak dara semula ye..
Amboiiii cemburu nampak! hahahahaha
ReplyDeletegaya sembang panjang, rupanya tuju ke situ topiknyerrr... hehehehe mujur tak kona keta patah balik rumah.
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteTersenyum saya di akhir cerita tu..:)
salam cikgu..semuga kita dipermudahkanNya.........
ReplyDeleteMungkin boleh cuba urutan tapak kaki atau akupuntur. (Tak pernah pulak dengar cerita orang jadi anak dara selepas urutan tapak kaki atau akupuntur. Rasanya lebih "selamat")
ReplyDeletehahahahaha!! my bro ade buat bekam and good dia kata tapi kalau nak suruh den lah yang poie...haiyo :P
ReplyDelete@Hamizah
ReplyDelete@azieazah
ReplyDeletebukanlah cemburu azie... cuak je
@Abd Razak
ReplyDeletewaalaikummussalam razak
bagus juga dapat membuat razak senyum
@- jinggo -
ReplyDeleteameen
@ZOOL@TOD
ReplyDeletemungkin boleh dicuba yang itu pulak
@lizz
ReplyDeleteramai yang kata elok... yalah sunnah nabi, siapa yang boleh menidakkannya
hahahahaa....
ReplyDeleteadei gelak saye baca perbualan nih...
mmg terbaik la objektif perbualan akak....
tak salah ape..
try ler,mane taw bkesan..
hehe..
Salam
ReplyDeleteMuni teringat p berbekam di Carrefour wangsa maju dulu... hari bekam tak sakit.. esoknye sakitnye kat bekas bekam... pengalaman berbekam tu dah ada.. org tanya boleh bagi tau rasa sakitnya.
risau juga orang dah manapouse datang bulan, takut penyakit lain yang datang
ReplyDeletesalam Cikgu,
ReplyDeletebesok saya akan promo entry ni kat blog saya, k..
hahahaha
http://aderberani.blogspot.com/
tak sempat tunggu...dah publish dah...
ReplyDeletehttp://aderberani.blogspot.com/2011/02/komen-kepada-tak-payahlahcancel.html