Tuesday, August 2, 2011

Singa tua lapar

Kak Normah , janganlah asyik bercakap pasal makanan je...

Dari jauh terdengar suara adik kecil yang manis itu. Zai. Semanis namanya. Dia berpaling mengadap saya berselang dua barisan meja guru yang lain.

Kuat agaknya suara saya. Sehingga sampai ke meja dia.

Saya sibuk bertanya rakan-rakan belah sesi petang ini tentang menu berbuka puasa mereka. Jam di dinding baru pukul 330 pm. Lagi setengah jam saya akan berperang di dapur pula.

Muhasabah, sebenarnya dari seorang adik. Mengingatkan saya bahawa berpuasa bukan sekadar mengisi fikiran dengan menu berbuka. Saya senyum. Tetapi apalah guna menjadi seorang senior jika gurauan dari seorang adik tidak bisa dilayan. Ibarat orang menjual pantun, kita mestilah membalasnya.

Eh, zai ni, bulan puasa ialah bulan menguji ketahanan mental. Bincang menu untuk berbuka ialah salah satu latihan ketahanan mental, tau.

Alahai, saya tak kuat imanlah mendengar menu-menu berbuka ni
.

Kasihan si Zai. Tapi nak buat macamana dik oi, memang bulan puasa ni, kalau boleh nak menu yang special je lah bila berbuka. Dan selalu bingung memikir menu yang 'best-best ' ni. Maklumlah bila perut tengah lapar, fikiran menjadi lebih tajam.

Kalaulah kita ni seekor singa yang lapar, mesti perkara yang kita asyik berbincang hari ini, ialah nak baham siapa dan macamana proses paling mudah serta ringkas membaham 'siapa' itu.

* menu masing-masing bila ditanya, memang mengancam betul, nasi minyaklah, ikan bakarlah, bubur lambuk, tom yam campur dan macam-macam lagi . Hebat....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. salam kak,
    menu saya simple jer.. yang lebih tentu anak sulung yang dalam proses belajar ni. Layan jer lah..

    ReplyDelete
  2. @cikgu isza

    Betullah isza, menu berbuka ni banyak bergantung pada anak2 kita. Kesian lebih, terutama yang baru belajar nak puasa kan...

    ReplyDelete
  3. saya suka yang simple je..hehe..kalau banyak sangat nanti terlebih kenyang..

    tapi bila anak dah besar tak tahu lah pulak..selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  4. menu hari isnin-rendang,ayam masak merah,sagu,sirap bandung,kuih batik dan.cucur udang
    Hasil:six pack penuh makanan

    ReplyDelete
  5. cakap pasal menu berbuka, tak dapat lagi popiah! kat bazar depan rumah banyak gerai tapi satu pun tak jual popiah. :/

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu
    Kalau nak menu special. Sila ambil resipi di blog Warna Nostalgia

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...

    Saya tak pernah fikir pasal menu special, asalkan ianya tidak menjejaskan kesihatan cukuplah..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.