Sunday, March 11, 2012

ghairah dan teruja

Saya sentiasa mengagumi wanita-wanita itu.

Siapa ya?

Emak saya, emak mertua, aruah nenek-nenek saya dan wanita-wanita yang beraspirasi yang sama seperti mereka.

Yang saban waktu tanpa jemu, duduk di tempat yang sama berfikir dan bertindak atas perkara yang sama. Perkara yang memang langsung bukan menjadi keutamaan dalam hidup saya sekarang ini. Tapi, mungkin jugalah ia akan jadi rutin saya pula di masa akan datang. Manalah tahu, kan.

Perubahan itu sebenarnya hakiki. Dan tiada apa yang mustahil dalam dunia ini.

Apa dia sebenarnya aspirasi mereka itu ya?

Apa lagi, kalau bukan acara masak-memasak.

Maafkan saya.

Saya bukan wanita seperti wanita-wanita yang saya kagumi itu. Memasak bukanlah aktiviti yang menenangkan saya seperti bagi sesetengah kaum wanita yang lain. Yang saban waktu berkongsi resepi itu dan ini. Ghairah ingin mencuba resepi paling baru dan teruja melihat dan membeli buku resepi hasil tangan segala chef terkenal.

Wanita seperti itu pasti jadi dambaan ramai bakal suami di luar, yang memastikan air tangannya yang tersedia dan terhidang di atas meja untuk suami tersayang. Alangkah bagusnya kalau saya seperti itu kan.

Tapi kehendak Allah tidak seperti yang kita inginkan. Walau kasih dan rindu menggunung, kalau terpaksa berjauhan dengan kekasih, tetap rindu menggunung itu tidak dapat membantu, pun kan. Ah, merepek, merepeknya saya. Hahaha.

Saya adalah wanita yang teruja jika dikelilingi buku. Hahaha. Memboringkan. Ya saya tahu. Jika hendakkan saya bersuka ria dan bahagia, tak perlulah intan permata, cewah, berilah peluang dan masa untuk saya membaca dan belikan saya buku-buku yang terlaris di pasaran. Tapi, awas, novel cinta tidak termasuk dalam senarai pilihan, ya.

Kepelbagaian.

Itu indahnya kita sebagai makhluk ciptaan Tuhan. Dan Allah Maha bijak dalam mengatur segalanya.

Bukan semua wanita itu sifatnya adalah seperti wanita yang saya kagumi itu. Dan saya tahu tidak semua wanita itu seperti saya.

Dan Maha Bijak Allah menemukan saya dengan suami serta dipinjamkan anak yang memahami.

Suami dan anak saya langsung tidak cerewet dalam bab makan-makan ini. Sebab tahu dan faham tentang kemalasan emaknya dan begitu stress bila emaknya ini terpaksa memasak.

*Selamat memasak di hujung minggu ini, buat anda, wanita-wanita yang saya kagumi.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. asala tutur dan tingkah kita menyejukkan hati suami.itu sudah bagus

    ReplyDelete
  2. Ibu saya juga rajin membaca seperti membeli buku masak dan buku seni kerja hasil tangan. Tidak jauh lari bidang memasak dan menjahit. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Memang ibu akubiomed adalah wanita sejati . :)

      Delete
  3. sy juga suka membaca..membaca blog.haha..abaikan

    walaupun tak hebat dlm bidang memasak, pasti ada masakan yg istimewa utk keluarga tersayang walaupun sesimple telur goreng dan kicap..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, saya memang tidak pandai memasak puan kutu :)

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.