Thursday, December 8, 2011

Macamlah awak bagus, macamlah semua awak buat betul dan tepat.

Semua orang dah tahu. Dia citer kat orang ni, citer kat orang tu. Ish, nak cakap pun tak tergamak ...

Telinga dah panas. Dada terasa penuh , kembang dan nak pecah. Geram, marah menyerosoh dari dada turun ke genggaman tangan. 

Itu baru saja mendengar dari mulut orang lain, belum mendengar dari mulut si penyebar. Kalau jumpa, memang lah, ada berani cakap depan mata? Kalau hendak menunjuk bagus, tak perlulah menyebar salah dan silap orang lain, macamlah awak tu maksum, tidak pernah membuat salah dan silap. Macamlah awak bagus, macamlah semua awak buat betul dan tepat.

Apahal ni?

Tetiba?

Hahaha....

Gimik aje. Janganlah risau. Situasi khayalan dan selalu direalisasi dalam drama Melayu.

Tapi, kalau memang jadi pada kita, mungkin juga situasi tersebut yang mengambil tempat dalam babak kehidupan kita , kan.

Resam manusia. Kita pun jangan dikecualikan. Kerana kita pun manusia. Resam kita, menyampai-nyampai. Yang benar  kita sampaikan, yang salah pun kita sampaikan. Bila dah ada teknologi , lagilah mudah proses menyampaikan ini dilakukan.

Askum. Cuba kita buktikan insya Allah. Bismillah hirahmannirahim: Innaka la minal mursalin a'la siratim mustaQim tanzilal azizir rahim Litunzira qaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun. Tolong kirim potongan ayat dr surah yassin ini minimal 13 org, Insya Allah 2 jam kemudian kmu akan mendengar kabar baik ; mndapat kebahagiaan, demi Allah dan jgn di hpus sblm di sbarkn. Kita berbagi doa ke sesama muslim. 2 jam sdh saya laksanakan, tnyata rzeki dtng subhanallah..

Ini satu contoh SMS yang sering diterima. Malas nak mengulas. Adakah rezeki itu di tangan SMS ini? Kalau tidak menyebar SMS tersebut, maka rezeki akan tertutup?? Tolonglah baca artikel ini , dan pasti pasrah kita lebih tertumpu padaNya.

Ish, dah terbabas pasal SMS pulak.

Sebenarnya hendak berkongsi tentang reaksi kita terhadap orang yang menyebar perkara tidak baik tentang kita, baik tentang musibah yang kita terima atau aib kita. Saya pun tidak berani hendak mengulas banyak, kerana telinga saya pun nipis juga, Cepat marah dan cepat terasa.

Bila mendengar nasyid dari Syeikh Dawud Wharnsby ini, berkobar semangat. Meniru gaya Rasulullah, yang dikata, dicemuh depan mata, tetap sabar dan tersenyum. Ah, dia Rasul , boleh lah dia begitu. Tapi, jangan lupa, Baginda juga manusia biasa, bermakna .., sifatnya boleh direalisasi dalam diri kita juga jika kita mahu.





Kata kuncinya... JIKA MAHU :)

Jom, kita jadi lebih baik hari ini dari semalam .

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. ...ha ha ha...siapa plak yang kaya kalau kita foward kan sms tersebut kpd 13 orang..dan orang yg berikut plak buat yang sama...dan seterusnya....
    fikir2kan lah....dan selamat beramal...

    ReplyDelete
  2. cikgu...selalu sangat dapat email dan sms berbunyi maca tu. biasanya buat2 tak taw je...

    ReplyDelete
  3. Saya biasa mengalami situasi yg pertama tu...dituduh begitu rupa....dikelilingi org-org begitu pun ade jgk...heheheee...sama2lah kite muhasabah diri...salam kenal!

    ReplyDelete
  4. yna pun tak suka sms berantai macam tu..selalu dapat terus delete jer..hehe..alhamdulillah tak pernah dicanang cerita buruk dek sesiapa..kalau kena tak tahula rasanya jadi macamana..huuu..
    semoga setiap hari jadi lebih baik dari semalamnya..

    ReplyDelete
  5. mamaijat > itulah kan, orang lain yang kutip untung :)

    aina > saya pun selalu jugak dapat, dan tak ambik kisah pun . tapi hari ini tertulis pulak entri

    maryaYusof > salam kenal :)

    yna > insyaAllah, kita harap begitulah

    ReplyDelete
  6. saya juga sama seperti akak, bukan seorang yang penyabar dan tidak tahu bagaimana untuk menangani situasi apabila dimalukan. Mungkin saya boleh berkata 'ya saya boleh' tapi saya percaya perkara sebaliknya yang berlaku.

    Hehe... mungkin boleh, tapi mengambil masa yang agak lama.

    ReplyDelete
  7. mamamurai > itulah.. harap2 tidak berlaku perkara yang memalukan kita itu kan. Iman pun senipis bawang, tak tahulah nak kata macam mana kan kalau saya sendiri dimalukan...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.