Monday, December 26, 2011

berpisah dan bertemu


Terdengar suara azan zohor di luar.

Dan dari trending tweets #AlFatihahFird saya tahu selepas zohor ini aruah akan disemadikan di kawasan Puchong. Siapa dia saudara Fird ini? Saya pun tak kenal. Tetapi yang pastinya beliau telah dipanggil berhijrah semalam.

sumber

Moga Allah mengampuni dosanya dan dosa kita semua.



Apabila membaca tweet di atas, ah, terasa betul sekali. Segala warna  silap dan pahit insan-insan yang pernah meninggalkan bekas dalam lorong yang kita lalui akan segera terpadam dan terhakis dengan berita kematian. Dan kita pasti akan teringat segala baik dan manis yang ditaburnya.

Perpisahan sentiasa membuatkan situasi melupakan ini hadir.

Saat kita tahu kita tak mungkin lagi bertemu dengan insan tersebut, segala rasa jengkel dan mual akan hilang. Dan naluri kita segera memaafkan. Harapnya begitulah.

Pertemuan setelah bertahun terpisah?








Wajah yang tertera sahaja sudah sedia termaklum. Suka, bukan?

Sempat menyelit semalam dalam reunion  pertama bekas pelajar-pelajar SMK Taman Setiawangsa, KL yang mana batch pertama sekolah ini adalah lepasan tahun 2002. Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa pelaksana  yang bertungkus lumus mengorbankan wang, masa, tenaga dan idea merealisasikan reunion ini  dan dalam masa yang sama berusaha menubuhkan Alumni SMKTSW.

mengikut aja kerenah budak-budak tersebut yang meminta kami guru-guru yang hadir untuk berposing

Berpisah, bertemu dan berpisah semula.

Resam sebuah kehidupan .


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. AlFatihah buat allahyarham Saudara Fird. Moga Allah merahmatinya.
    Memang sudah resam kehidupan, tiap pertemuan ada perpisahan dan mungkin akan bertemu lagi atau sebaliknya. Hanya Dia yang mengetahui.

    ReplyDelete
  2. Bertemu tidak dirancang, berpisah pun tidak diduga. Adat dunia, kan.

    ReplyDelete
  3. kak long mawar merah dan azie > setuju sungguh. adat hidup pasti mati, adat bertemu pasti berpisah

    ReplyDelete
  4. alfatihah, moga dicucuri rahmat dendaknya..giliran kita entah esok mahupun lusa

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah buat saudara Fidz, nasib kite nnt entah bagaimana agaknye...
    Tag yg cikgu normah pegang sgt kecil xnampak tp tag yg 2 cikgu lg tu sgt sweet la...hehehe

    ReplyDelete
  6. al-fatihah..kita juga satu hari kemudian akan dipanggil...cikgu ade twitter??saya cari nama cikgu tak jumpa..btw sangat seronok jumpa cikgu dan terima kasih kerana hadir bersama ya..

    ReplyDelete
  7. iman > ya, kita semua sedang menunggu giliran


    marya > haha, tag saya tu gambar bibir.. :)


    ezwan > saya pun tumpang seronok jumpa bekas anak-anak murid. twitter saya @klcitizen :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.