Thursday, September 29, 2011

mati kena langgar


Kenapa , kan, cikgu....

Saya sudah tahu apa yang ingin ditanyanya. Bila sudah berbelas tahun mengajar benda yang sama, sesiapa pun, sudah boleh mengagak bahagian mana yang akan menjadi kemusykilan pelajar dan menjadi bahan soalan.

Tetap saya mendengar, seolah soalannya itu pertama kali saya dengar. 

Ya ?

Kenapa pakcik yang saya kenal tu, dah berpuluh tahun merokok, tak ada pun mati-mati lagi.  Baru ni dia pergi check paru-paru dia, bersih je paru-paru tu.


Soalan yang sama. 

smoking in the shadows
Terutama bila berbincang tentang penyakit dalam badan manusia. Dan bila dibaca pernyataan antara punca pencemaran udara ialah asap dari kenderaan atau asap rokok, yang mana ini boleh membawa kepada penyakit yang lain seperti penyakit paru-paru atau kanser, maka, akan keluarlah soalan-soalan seperti itu.

Kalau betul, merokok boleh menyebabkan sakit kanser atau tibi, kenapa pakcik si anu atau pakcik si ani masih segar bugar, malah anak-anaknya berderet lagi , cikgu. Sihat-sihat pun.

Wallahualam. 

Itulah jawapan saya. Yalah, penyakit, kematian, susah senang bukan di bawah kuasa saya. Allah yang punya kuasa.

Walau pun bukan tidak ada kajian yang dilakukan untuk mengesahkan pernyataan itu, tetap ditanya mengapa, kenapa dan bagaimana.
Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10, 000 setahun. sumber

Tapi, kalau hendak dibanding-banding kematian akibat merokok dan kematian akibat kemalangan di jalan raya sebenarnya hampir sama sahaja bilangan yang mati, keduanya beribu-ribu kematian.
Kematian yang dijangkakan pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008 ialah 7,684, 7,775, 8,293 dan 8,845 masing-masingnya, tetapi usaha-usaha pihak berwajib termasuk program Ops Sikap telah mengurangkan kematian itu kepada 6,188, 6,287, 6,282 dan 6,527 bagi siri tahun-tahun yang sama. - Malaysia Pegang Rekod Kematian Jalan Raya
Tetap tentang mati beribu manusia.

Tak betullah kata, merokok boleh membawa maut.

Pakcik yang awak nampak tu mungkin Allah beri peluang kat dia untuk bertaubat, tapi bila dia tak taubat , Allah panjangkan umur dia. Bila panjang umur tak taubat juga, Allah panjangkan lagi.. Itulah agaknya. Itu dah memang rezeki dia lah. Rezeki awak pulak  yang merokok ni tak taulah nak kata, kan. Saya yang tidak merokok ni pun tak boleh nak kata juga mati sebab apa.

Samalah juga rasanya bila memandu. Bukan semua yang memandu akan mati kemalangan, kadang-kadang yang tengah duduk makan tepi jalan di kedai mamak, bersebelahan dengan jalan raya tu yang mati kena langgar.

Kerja Allah, bukan kerja manusia.

Tapi, tetap, merokok itu membahayakan kesihatan ya, nak.

~cikgunormah@klcitizen~ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 28, 2011

nasib baik lagi saya tak tumbuk muka awak...


Kesusahan boleh membawa kebaikan. Jika dinilai dari sudut positifnya.

Dan saya berharap, agar saya sentiasa diberi Allah kebolehan, menilai serta menerima sisi positif dari setiap kejadian yang berlaku.

Dah lama jadi driver tow truck ni?

Pertama kali saya duduk di bahagian penumpang dalam lori tow truck

Sejam setengah menunggu trak tunda itu untuk sampai ke tempat kereta saya. Penantian kali itu terasa pendek, kerana Allah mudahkan dengan kehadiran rakan guru yang sangat prihatin, serta dua orang bekas pelajar  yang meneman saya berbual. Kehadiran mereka menghilangkan rungsing serta tekanan perasaan melihat kereta saya tersadai di tepi stesen minyak.

Terima kasih banyak-banyak. Allah sahaja yang dapat membalasnya. :)

Lama jugalah cikgu, dengan AAM ni dah hampir 10 tahun.

Hari itu sahaja, sehingga jam 630 petang waktu itu, kereta saya merupakan kereta ke 12 yang telah ditundanya. Penat. Sudah pasti. Mengharung kesesakan jalan hendak menyampai ke tempat tuan-tuan punya kereta yang gelisah, risau dan cemas akibat kereta yang breakdown tak kira masa, sebenarnya , rupanya, bukanlah kerja mudah. Baru saya tahu.

Macam-macam cerita , cikgu. Ada satu kes, saya sampai di tempat breakdown dalam masa 45 minit selepas tuan punya kereta call HQ. Belum sempat saya buka pintu trak saya, tuan punya tu  dah bukakan pintu dan terus TUMBUK muka saya. Ni ... , parut kesan tumbuk ni pun ada lagi.  

Dia berpaling mengadap saya. 

*Eh, eh , tak perlulah tunjuk, tengok je ke jalan depan encik Badrul -nama si driver seperti tertera pada uniformnya - , awak tu tengah drive, tegur saya dalam hati.  :) *.  

Padahal jalan memang jam waktu itu.

Dia tumbuk muka en Badrul??  

Macam tak percaya pun ada. Tapi saya percaya. Sebab dalam keadaan risau, cemas, panik, panas, penat, lapar, malu dengan kereta yang tersadai di tepi jalan atau di tengah jalan, apa perkara pun mungkin berlaku.

Cikgu tau apa yang saya buat?

Manalah saya tahu.  Tapi sebenarnya soalan bentuk sebegini tak perlu di jawab. Jadi saya tunggu sambungan ceritanya, sambil melihat ke jalan raya di hadapan dan saya pasti saya tak pernah sampai ke kawasan tersebut. 

Saya cakap pada dia. 'Tokey, saya sampai tempat tokey dalam masa 45 minit saja, tak sampai satu jam pun. Sekarang, tokey sudah tumbuk muka saya, saya mau pegi klinik ambik ubat untuk ini luka , kemudian saya mahu pegi balai , buat report, lepas itu baru saya datang balik.'

Habis tu , dia cakap apa.

Si tokey tu bising jugak..., dia kata, kereta dia macamana? Saya kata, tokey tunggu sajalah. Saya mahu selesai masalah saya dulu. Saya pun pegi klinik, buat report kat balai, lepas tu saya pegi balik ke tempat tokey tu, saya cakap kat tokey tu, saya sudah selesai urusan saya, tokey tunggu sini, lagi 3 jam, kawan saya akan datang bawak lori truck lain punya, angkat tokey punya kereta. Terkulat-kulat bijik mata dia. Saya pun, balik semula ke ofis, buat report. 

Dia sambung lagi ...

Nasib baiklah cikgu, saya tak balas balik tumbukan dia, walau pun dulu, saya ni pun kategori panas baran jugak. 

Hahaha. Tergelak saya di situ.

Dalam hati saya berkata, nasib baiklah tadi saya tak tumbuk muka En Badrul ni, waktu dia sampai tadi. Hah... nasib baik. :)

Dan nasib baik juga, saya bukan seorang  pemandu kereta tunda.
Steer Up the Yellow Line of the Tow Truck


*terima kasih kepada operator, mekanik dan pemandu kereta tunda di AAM Kuala Lumpur yang membantu saya semasa dalam kesusahan tempohari. Jasa kalian juga tidak mungkin saya balas, hanya kepada Allah saya serahkan urusan tersebut.



~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 25, 2011

memang perempuan tak malu

Dua hari ini, saya banyak membuang masa.

Sedar-sedar sudah malam Isnin. Ah.... menyesal kemudian, sentiasa tidak berguna. Berjanji dan berazam dengan diri sendiri memang teramat payah hendak ditunaikan.

Saya sedar kalau digrafkan iman saya tatkala ini, ia berada di paling bawah dalam lengkung huruf U. Berada dalam zon selesa boleh membuatkan seseorang seperti itu. Itu yang saya fikir. Segalanya mudah, bangun pagi hingga waktu hendak tidur begitu santai  masa-masanya. Tiada yang hendak dikejar, ditangis atau dicari-cari.

Alhamdulillah. Memang bersyukur. 

Tapi, ia membuat saya jadi leka juga. 

Dan bila esok tiba hari untuk bekerja, tanda-tanda serangan panik secara perlahan muncul . Dan Isnin tetap dipersalahkan kerana muncul begitu pantas. Dilabel Blue Monday  dan lebih parah Black Monday.

Bila rasa terdesak ini muncul, tetap padaNya saya mohon, moga dipermudahkan segala urusan saya esok, serta hari-hari seterusnya.

Tak malu sungguh , kan....

Semalu Yg Tak berapa nak malu


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 20, 2011

Dah nak mampus, tak sedar diri lagi?!

Setelah 45 tahun? Apa seterusnya?

Membaca entri yang dulu di sini, membuatkan saya tersenyum seorang. Hidup diteruskan. Seperti hari biasa, tiada yang istimewa. Tetapi 45 tahun yang dulu pada tarikh ini Allah izinkan saya hadir  membahagiakan sepasang pasangan di atas dunia ini. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan menuju angka ini, ada waktu , kaki saya tersadung, kerana lorong yang dipilih itu rupanya tidak semudah dan secantik yang saya sangka. Tapi , Allah beri juga peluang, mengutip sisa kesilapan dan cuba menebus diri.  Maha Suci Allah.

Hidup bukan di tangan kita  manusia. Bila-bila masa sahaja saat dan giliran kita akan tiba untuk berhijrah ke alam yang kekal.

Lantaran itu, saya terpanggil untuk memohon maaf pada semua yang telah saya sakiti hatinya dalam perjalanan 45 tahun menapak dan berkongsi nikmat Allah di muka bumi ini. Tanpa sedar bukanlah alasan untuk membolehkan hati anda disakiti , dan jika ia berlaku secara sedar , amatlah malang bagi saya jika kesilapan itu tidak dimaafkan. Ramai yang Allah izinkan untuk hadir dalam dunia saya dan semua ini ada sebab dan hikmahnya.



"Menjadi diriku dengan segala kekurangan.... Ku bukan sempurna." 
Lagu ini diperkenalkan oleh seorang sahabat blogger sempena 44 tahun usia saya. Tiba usia saya 45 tahun ini , lagu ini muncul dalam fikiran saya semula.

*Terimakasih buat sahabat-sahabat yang mendoakan dan bersusah payah mengingati. 
**Tajuk entri , hanya gimmick semata :)


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 19, 2011

punyalah suka sampai lupa

Saya suka Isnin yang ini.

Mungkin sebab saya sudah puas berlibur 3 hari yang sudah. Atau mungkin sebab cuacanya. Hujan gerimis sejak pagi. Kalau ada fanpage untuk cuaca pada hari ini saya akan like banyak kali.

Juga mungkin sebab saya tidak perlu mengajar hari ini. Masuk kelas seperti biasa, cuma mengawasi anak-anak yang tidur tidak dapat menjawab soalan peperiksaan. Jadi babysitter dalam kelas. :)

Kak, hari ni saya nak bayar hutang.

Menjadi kewajipan melunaskan hutang. Tidak kira berhutang dengan siapa pun. Takut di padang mahsyar nanti, dalam keadaan manusia beribu juta itu, terpaksa memikul duit mencari pemiutang itu, minta dihalalkan. Mana hendak dicari? Sedangkan masing-masing pun sedang sibuk yang teramat memikir untung nasib diri sendiri, mana mungkin memikir masalah orang lain waktu itu.


Hutang apa cikgu?


Saya order makanan untuk jamuan tempohari dengan tokey kantin ni. Jumlahnya RM80, kak. Nanti akak bagi tau kat dia ya, saya bayar. 

Yalah , cikgu. Tapi kejap lagi dia sampai, boleh juga cikgu bagi kat dia. 

Eh, tak pe, tak pe. Tengah teringat ni baiklah saya bayar. Ha , akak kira sekali, saya order nescafe gelas besar kat luar tadi. Oklah. Semuanya RM81.20, cikgu.

Saya pun mengorek-ngorek tote-bag saya itu. Besar beg ini boleh mengisi pelbagai benda, ada buku rekod mengajar, kertas jawapan pelajar yang masih belum disemak, ada dua tiga batang white board marker, ada kunci rumah, kunci kereta, ada bateri -mana datang bateri ni?-, ada dua novel yang belum habis baca, ada kipas tangan, ada botol Eye-Mo .... Eh! Mana beg duit saya?

Muka saya merah. Semerah warna beg saya itu rasanya.

Kak, minta maaf banyak sangat. Tak bawak beg duitlah pulak. Tertinggal dalam beg di rumah. Air nescafe tu saya hutang lah pulak.

Konon, kan, semangat nak bayar hutang, kena menambah hutang pulak di hari Isnin yang saya suka ini.

Salam Isnin yang gerimis.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 18, 2011

lelaki masam lebih seksi dan hensem



Masam.

Semua yang ada di situ termasuklah saya masam belaka. Bukan badan bau masam. Awal lagi. Pukul 10 pagi Malaysia Barat, peluh pun masih anak-anak peluh yang keluar.

Saya cuba senyum pada cashier Giant Setiawangsa. 'Cuba' adalah kata kuncinya.

Sedikit pun saya tidak dipandang. Barang-barang yang saya longgokkan itu lebih bernilai dan bermanafaat untuk dipandang. Senyuman tak jadi dikeluarkan.

Padan muka saya. 

Kalau lelaki berwajah masam sekarang ini saya dah faham mengapa.
Happy Guys Finish Last, Says New Study On Sexual Attractiveness  
(May 26, 2011) — Women find happy guys significantly less sexually attractive than swaggering or brooding men, according to a new University of British Columbia study that helps to explain the enduring allure of "bad boys" and other iconic gender types.
Wanita didapati  melihat lelaki yang bahagia kurang menarik berbanding lelaki yang kelihatan sombong dan muram .  Ini berdasarkan kajian terbaru dari Universiti British Columbia yang berharap dapat menjelaskan mengenai daya tarikan "lelaki samseng" dan jenis-jenis tarikan jantina yang lain.
memang hensem

Kajian tersebut di buat pada lebih 1000 orang responden. Patutlah saya lihat, pelakar-pelajar lelaki yang ala-ala samseng di sekolah sentiasa menjadi perhatian dan intaian pelajar-pelajar perempuan. Saya dulu pun sama.  Memang fitrah agaknya. Entahlah. :)

Ha... kalau hendak kelihatan tampan serta menarik, yang lelaki kena kurangkan senyuman.

Kalau perempuan pulak? Perempuan lebih nampak menarik pada pandangan kaum lelaki jika nampak gembira, tersenyum dan malu-malu. 

Ada lagi satu kajian tentang senyuman palsu. Ini pun tidak digalakkan. 
: "Smiling for the sake of smiling can lead to emotional exhaustion and withdrawal, and that's bad for the organization."
Senyum kerana terpaksa boleh menyebabkan emosi menjadi penat dan terganggu, dan ini tidak baik bagi sesuatu organisasi.

Patutlah cashier di Giant Setiawangsa jarang tersenyum. Sebab, kalau senyuman yang terpaksa boleh membuatkan kita penat, lebih baiklah tak payah senyum, kan.

Banyak yang saya baca menyatakan ada kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak tersenyum lebih dari 400 kali dan orang dewasa secara puratanya senyum lebih kurang 15 kali. Ini menunjukkan ramai dari kita yang sudah terlupa untuk tersenyum, terlebih lagi dengan orang di sekeliling.


Benefits of Laughter and Smile for Our Health : As revealed by Joan Coggin, MD, a cardiologist at the University School of Medicine, Loma Linda, United States, children laugh on average 400 times a day. Being the average adult only laughs 15 times a day. That means the loss of 385 adult human laughter with age. “And have proof, laughter’s health benefits,” said Coggin.

Kita pun tahu senyum itu boleh mengelakkan banyak penyakit , jadi ..., jom, hari ini dan esok seterusnya, kita lebihkan senyuman :)

err... tapi yang lelaki, elok senyum ke tak?

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, September 17, 2011

belajar mementingkan diri sendiri



Berazam hari ini tidak mahu  on  laptop. Tidak mahu mengadap blog dan mengupdate entri.

"..and a productive day it shall be . "

Alah, kalau ketagihan itu sudah menyerap di setiap helaan nafas, tetap ia menarik keluar diri dari azam yang kononnya membulat di hati. Payah menunai janji dengan diri sendiri, sebenarnya.

Dalam menunggu mat india membasuh kereta saya, seperti biasa, sempat membelek semula tulisan Frank Mc Court dalam bukunya Teacher Man. Sudah lusuh buku ini, entah berapa kali diulang baca. Tetapi agak relevan dengan saya dan rakan-rakan guru.


A young substitute teacher sat beside me in the teachers' cafeteria. She was to start her regular teaching career in September and could I offer her any advice?
Seorang guru pengganti yang muda duduk di sebelah saya dalam kafe guru. Dia sepatutnya memulakan karier perguruannya dalam bulan September dan bolehkah saya memberikan pada beliau sedikit nasihat? 
Find what you love and do it. That's what it boils down to. I admit I didn't always love teaching. I was out of my depth. You're on you own in the classroom, one man or woman facing five classes every day, five classes of teenagers. One unit of energy against 175 units of energy, 175 ticking bombs, and you have to find ways of saving your own life. They may like you, they may even love you, but they are young and it is the business of the young to push the old off the planet. I know I'm exaggerating but it's like a boxer going into the ring or a bullfighter into the arena. You can be knocked out or gored and that's the end of your teaching career. But if you hang on you learn the tricks. It's hard but you have to make yourself comfortable in the classroom. You have to be selfish. The airlines tell you if oxygen fails you are to put on your mask first, even if your instinct is to save the child.
Cari apa yang anda minat dan buat. Itu yang sebenarnya. Saya mengaku yang saya sebenarnya tidaklah menyukai mengajar pada awalnya. Tetapi saya telah berjaya mengatasi masalah tersebut.   Bila dalam kelas, anda sebenarnya bersendirian, seorang wanita atau seorang lelaki mengadap 5 kelas setiap hari, 5 kelas penuh dengan remaja. Satu unit tenaga berhadapan dengan 175 unit tenaga, 175 bom jangka, dan anda harus mencari jalan sendiri menyelamatkan diri anda.. Mereka mungkin akan menyukai anda, mungkin juga menyayangi anda, tetapi mereka semua muda, dan memang lumrah orang muda inginkan orang tua jauh dari planet ini. Saya tahu saya hanya membesar-besarkan keadaan tetapi ia lebih kepada keadaan bila seorang ahli gusti masuk ke dalam gelanggang atau orang yang bertarung dengan lembu jantan masuk dalam arena. Awak boleh dikalahkan atau dirodok dan jika itu berlaku maka berakhirlah karier anda sebagai guru. Tetapi jika awak bertahan, banyak tipu helah didalamnya yang awak boleh belajar. Memang susah tetapi awak kena menyesuaikan diri dalam kelas.  Perlu belajar mementingkan diri sendiri. Bukankah syarikat penerbangan sendiri memberitahu, jika paras oksigen rendah, anda mesti mengenakan topeng oksigen anda dahulu, walau pun naluri kita ingin menyelamatkan anak kecil disebelah.
page 303. 

Bila baca sekali imbas, seolah Mc Court memandang bidang perguruan ini seperti sebuah pertarungan. Tapi membaca keseluruhan buku ini menggambarkan beliau sebagai seorang guru yang cuba mengeluarkan diri dari sistem pendidikan yang terkongkong. 

Kunci utama yang saya kira menjadikan beliau seorang guru yang berpengaruh ialah hubungannya dengan murid-muridnya. Bukanlah dengan melibatkan diri dengan masalah dan hidup pelajar-pelajar tersebut, tetapi dengan merangsang minda, memahami konflik dalaman pelajarnya dan sentiasa berterus terang.

Merangsang minda.

Saya kira ia senjata utama dalam meningkatkan jati diri. 

Salam hujung minggu dan selamat berpesta makan.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 16, 2011

takde projek lain , asyik buat anak ...

Katalah apa pun tentang jiran kita itu, tetap ia istimewa di mata dunia.

Are you from Indonesia or Malaysia? 

We are from Malaysia.

O, I've never been to Malaysia. Which part?

KL. Kuala Lumpur.

Pelik juga. Walau pun negara kita berjiran, tokey kedai kain sutera di Arab Street, Singapura,  ini tidak pernah menjejakkan kakinya ke Malaysia. Sibuk dengan bisnes agaknya, tiada kesempatan untuk bercuti.

Malaysian people have many children, eh? How many do you have?

Err.... I've got five.   Ah, saya menipu tokey kedai. Biras dan kakak ipar di sebelah tersengih. Sebenarnya hendak menduga sejauh mana kenyataannya tentang orang Malaysia punya anak berderet ini.

Wah, so young and you have many children with you. Eh, you don't have television at home?

*what the h... , dalam hati je lah. :)

No, I don't have. That's why I got so many children. There's more to come. 



Ducklings

Tertutup selera kami hendak membeli kain di situ waktu itu.

Apa yang saya hendak tuliskan ialah betapa tidak tahunya orang-orang di luar sana tentang kita, budaya dan resam hidup kita. Saya kira, ramai di antara kita yang sangat arif tentang mereka yang berada di negara jiran, dan salah satu penyumbang kepada pengetahuan ini ialah kebijakan mereka menjual  negara mereka melalui pelbagai cara, baik filem, lagu, pelancongan dan hasil keluaran negara mereka.

Saya tertarik dengan tulisan sahabat blogger yang baru saya kenal, tetapi dia tak kenal saya  :) ... dalam entrinya bertajuk That Would Be Cool :
However, it would actually be great if my saying "I'm from Malaysia" wasn't met with confused reaction, prompting people to ask the following questions, "Where exactly is it?" "Is it part of Indonesia?" "Oh, that country wedged between Singapore and Thailand?" (How can Malaysia be wedged by Singapore and Thailand when Singapore is not even a tenth of its size, not to mention both countries are separated by sea? That's like saying an elephant is wedged between a tree and a gravel stone across the river.) 
Walau bagaimana pun, adalah lebih baik kalau pernyataan saya , "Saya dari Malaysia" tidak disambut dengan reaksi yang keliru dan menyebabkan mereka bertanya , "Di mana sebenarnya Malaysia ini?"" Ia sebahagian Indonesia kah?"" Oh, negara yang terhimpit antara Singapore dan Thailand?"(Bagaimanalah Malaysia boleh dikatakan terhimpit antara Singapore dan Thailand sedangkan saiz Singapore itu sendiri tidak sampai 1 per 10 dari saiz Malaysia, dan kedua negara ini pun (Singapore dan Malaysia) dipisahkan oleh laut? Ini seperti kita kata, seekor gajah dihimpit oleh sebatang pokok dan seketul batu sungai di seberang.
I dream of the day when Malaysia is known all over the world and I don't have to tell people that we, too, have TV and the Internet, and no, we don't live on trees. Would it be great if I could just skip the whole "okay here's the map of the world and Malaysia is right over here" thing and just tell people I come from Cheras? No, not even Kuala Lumpur, not even KL, but Cheras, and everyone would recognize it. And if I'm lucky enough, people will ask me "Where in Cheras, exactly?" That would be really cool. 
Saya mengimpikan hari bila mana Malaysia akan dikenali di seluruh dunia dan tidak perlu lagi saya beritahu mereka, bahawa, kita juga punya TV dan Internet, dan tidak, kami tidak duduk di atas pokok. Alangkah bagusnya jika kita tidak perlu mengatakan "okay, ini peta dunia dan Malaysia di sini sebenarnya", dan kalaulah saya hanya perlu memberitahu mereka yang saya berasal dari Cheras. Hingga tidak perlu menyebut Kuala Lumpur pun, sekadar Cheras, dan semua akan tahu di mana Cheras itu. Dan kalau saya lebih bernasib baik, mereka pula bertanya "Di Cheras itu, kat mana awak sebenarnya?" Itu memang cool.


Saya kira semua dari kita , rakyat Malaysia bumi bertuah ini inginkan itu.

Salam 1Malaysia dan selamat bercuti.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 14, 2011

pipi bergesel kerana rindu

Hari ini mood membebel.

Meluat. Menyampah. Mual. 3M. Tidak positif langsung kan.

Meh lah nak cakap sikit kat budak-budak kita ni. Makcik ni dah menyampah, geli geleman pun ada, nak, oi.

Makcik taulah korang ni tengah bercinta. Makcik tau korang ingat makcik tak paham perasaan korang. Makcik pahamlah. Kalau dah nama cinta, sayang, rindu, sapa yang tak tau.

Si Comot kucing jiran sebelah tu pun kalau tak jumpa boipren dia seminggu, dok mengiau tak henti-henti.

Depan-depan makcik ni, dok berpeluk. Tangan budak laki ni pun asik kat pinggang kamu dik minah. Pipi dah bergesel-gesel , kalau ada gam cap gajah, bagus jugak sental kat pipi tu, tak yah risau pasal rindu.



Udahlah nak. Tengah sayang ni memang, puji melambung. Bau hangit peluh pun rasa macam bau kasturi, kan.

Nanti kalau dah jeles menjeles, dah tak caya, menyumpah kat FB macam tak hingat. Dok shit sana shit sini macam dia saja yang sakit hati. 

Ni, sekarang ni, makcik ni tengah sakit hati. Nak makan roti canai kat kedai mamak ni pun tak tenteram nak oi. Dah, yang awak bedua dok bermadu kasih depan-depan mata ni, macam takde rasa malu kat orang-orang tua yang lalu lalang. Ish....



Nak bercinta tak salah. Sapa kata salah. Tapi bermadu kasih sebelum kawin tu yang salah. Kalau awak bedua ni kucing takpelah jugak. 

Ish...

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 13, 2011

memang kau perempuan mengada

Ketagihan kafein membuatkan kepala tidak menentu.

Saya kira saya dalam kategori wanita mengada, lambat perut diisi, angin naik ke kepala, dan terasa dinding tempurung kepala diketuk-ketuk. Berdengung menyakitkan. Lebih parah, kalau suara orang di sebelah terasa seperti guruh berdentum di tepi telinga, dan tekak terasa kembang mual ibarat mengandung anak sulung.

Gastrik lah tu. Kan.

Kalaulah saya di Somalia atau Palestin dengan perut sebegini, rasanya tak lamalah hayat saya. Agaknyalah. Wanita mengada seperti saya ini memang tak betah kalau kehendak perut itu tidak terpenuh.

Mencegah itu lebih baik dari merawat .

Tahu. Waktu bersarapan terlajak hingga ke tengahari. Bukan saya seorang. Rakan-rakan di sekolah yang beberapa kerat bersama tadi, mengalukan tetamu dari luar negara memantau perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas turut sama berlapar. Seawal 730am sudah berpeluh masing-masing. Saya yang sekadar menyibuk terlebih 'derita' pulak. Bukankah mengada namanya itu?

Ada 3 perkara yang ditanya oleh Mat Saleh itu pada kami.

- What do you like about teaching?
- What are the challenges you are facing in your profession?
- If you are given the magic wand, how would you overcome the challenge?

Rupanya mereka adalah consultant bagi pihak Kementerian Pelajaran, membangunkan modul yang boleh diguna pakai oleh guru-guru di Malaysia bagi mengajar kemahiran berfikir di kalangan pelajar.

Meluahkan perasaan, emosional tidak tentulah pula saya semasa ditanya 3 persoalan. Dengan Bahasa Inggeris yang maha berterabur, menjawablah juga, walau selepas itu rasa tidak puas meluah perasaan. Sahabat-sahabat yang lain cool  semacam, saya pulak yang terlebih emosional. Agaknya hentaman dan ketukan denyut nadi di kepala menambah deruan emosi yang melimpah.

Sayang. Tidak mengambil gambar buat kenangan. :(

Be the change you want to see in the world - Explore !


Kesimpulan? Kami guru-guru Malaysia sentiasa bersedia berubah, malangnya sistem yang sedia ada mengekang dan menghalang perubahan itu.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 12, 2011

siapa yang lebih?

Which One Are You?


Perbandingan.

Segalanya. Sejak dilahirkan, lagi. Beda berat pun dipersoalkan. Bayi yang lebih berat menjuarai . Itu waktu lahir.

Cerah dan gelap juga dibandingkan.

Belum lagi petah berkata atau tidak. Dah tumbuh gigi atau belum. Berapa batang? Ah.. Segalanya dibandingkan.

Umur hajah berapa?

Dah hampir 70.

Oo... saya 85.

Bercakap memandang terus ke muka, sebab yang 85 tu , pendengarannya sudah tidak jelas.

Dah ada cicit?

Sudah, baru dua.

Oo... saya dah hampir 20 orang cicit. Yang si Jenab je, cucunya saja dah 14. 

Saya menadah telinga. Tumpang mendengar. Mereka bukan saingan saya. Kalau hendak dibanding, memang jauh panggang dari api. Kalahlah saya, dari segala segi.

Baru kenal, tetapi menyebut si Jenab seolah kami sudah maklum. Tanpa mukaddimah, siapa si Jenab. Tapi dari gaya bercerita, saya maklum, si Jenab itu cucunya.

Cucu hajah berapa?

Err.... pause . Membuat kiraan mental, saya kira.

Ada 25 rasanya. Senyum. Ada nada bangga sedikit.

Oo... saya dah 30 cucu. Betul, kan?  Si 85 mencari kepastian dari pembantu di sebelahnya. Pembantu menggeleng, membetulkan fakta.

Oo... ya, bukan 30, dah lebih 40 cucu saya. Dah tak terkira.. hehehe.

Saya pun tumpang tergelak. Geli hati pulak rasa saya. Membandingkan bilangan cucu dan cicit masing-masing. Setelah segala benda dibanding sejak dari kecil, bila dah di hujung usia, apa lagi yang layak dibandingkan, bukan lagi sijil dan gulungan ijazah, tetapi bilangan zuriat yang membawa 'the essence of tradition of the family'  , intipati  dari salasilah serta susur galur tradisi keluarga. 

Nanti mati juga dibandingkan. Susah dan senang mengadap kematian.

Ah, menakutkan.

  Tetiba hari ini bawak ayat Quran pulak :)
*notakaki: agak-agaknyalah , bilangan anak, cucu dan cicit ini jika disisih bilangan yang menjengkelkan hati, tinggal berapa ya?


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 11, 2011

wanita dan kanak-kanak tiba berbogel


Kematian.

Sekadar statistik jika ia terpampang di dada akhbar. Kerana memang sifat kita manusia, saya terlebihlah lagi, terkesan hanya di bibir dan berbekas sebentar di hati, kemudian bekas itu kembali diisi dengan keindahan dunia di sekeliling.

So many Somali children have died in the past three months – nearly 30,000.
Terlalu ramai anak-anak Somalia telah mati dalam 3 bulan lepas - hampir 30,000

Kira-kira 10,000 sebulan. Sebenarnya payah juga membayangkan di kepala seramai manakah bilangan tersebut.

Saya membayangkan seolah 10 buah sekolah rendah di Malaysia ini yang anak-anak itu mungkin adalah anak kita atau anak-anak jiran kita atau anak-anak saudara kita, mati bergelimpangan kebuluran dan kehausan . Tragisnya sebuah kehidupan.

Ujian tersebut untuk mereka kah atau untuk kita?

Di petik dari muslimmatters.org :
United for Change: Aiding the Relief Effort for the Famine in East Africa

Droughts are a recurring problem in East Africa, but the drought of 2011 has been the driest year in 60 years. Hundreds of thousands of people have left their homes to find help. Reports say that people have walked over one-hundred miles to reach refugee camps where humanitarian aid is often located. Many have not survived these trips. Because of the long distance that people must walk to reach aid, people have traded their household items, farming equipment and remaining livestock for transportation. IRW relief worker, Hassan Liban, told Islamic Relief USA that people are arriving to the already overpopulated camps without any clothes.

Kemarau adalah masalah yang berulang di Afrika Timur, tetapi kemarau tahun 2011 ini adalah kemarau yang terburuk dalam masa 60 tahun. Beratus ribu penduduk telah meninggalkan kediaman mereka mencari bantuan. Laporan menyatakan penduduk ini telah berjalan melebihi 100 batu untuk sampai ke kem pelarian di mana bantuan kemanusiaan boleh diperolehi. Ramai yang tidak berjaya meneruskan perjalanan tersebut. Perjalanan yang terlalu jauh menyebabkan mereka terpaksa menjual barangan rumah , peralatan pertanian dan saki baki haiwan ternakan yang ada untuk pengangkutan. Seorang pekerja bantuan IRW, Hassan Liban, memberitahu Islamic Relief USA bahawa ada penduduk yang datang ke kem yang memang sudah sedia sesak itu dalam keadaan tidak berpakaian.


“Women and children are arriving into towns and camps naked – they have sold off their clothes and shoes – embarrassed and vulnerable. Children are naked and barefooted…children are dying on their way to the camps” he said. As conditions continue to worsen, the international community is preparing itself for a much higher death toll in the coming months.

"Wanita dan kanak-kanak tiba di kem pelarian dalam keadaan bogel - mereka telah menjual baju dan kasut mereka - mereka dalam keadaan malu dan sangat lemah.. kanak-kanak ada yang mati dalam perjalanan ke kem," katanya. Keadaan kemarau semakin teruk, dan komuniti antara bangsa sedang bersiap sedia kerana menjangkakan jumlah kematian yang akan meningkat dalam bulan-bulan yang akan datang ini.
Saya tidak mempersoal wajar atau tidak membantu mereka di luar sana, sedangkan ramai rakyat Malaysia di sini yang hidup pun kais pagi makan pagi, kais petang dah tak ada. 

Miskin itu sama sahaja walau di mana. Dan tugas saya dan anda yang berupaya,  untuk membantu dan yakin bahawa  bersedekah tidak pernah memiskinkan sesiapa.

Tetapi masalah kemarau dan kebuluran adalah kemiskinan yang paling menakutkan, saya kira. Kerana jika punya kudrat untuk bertani pun, bagaimana bisa mungkin terlaksana, tanpa bantuan dari Allah dalam bentuk rahmat hujan yang mencurah.

Benarlah, hujan itu rahmat.

Sekadar membaca? Dan mengeluh kasihan? Terpulang.

Allah beri kita pilihan. Jika sudi , bolehlah ke sini atau ke sini.

Selamat bergolek-golek di hari minggu.

zoriah_kenya_famine_kakuma_refugee_camp_irc_international_rescue_committee_aid_hunger_starvation_shortage_20090130_0286



*rahmat Allah sedang turun sekarang.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 9, 2011

masih dok buruk sangka lagi ya?

Yaumul Qiyamah.

Saya sentiasa merasakan ia jauh lagi. Sedangkan saya tahu Baginda Rasul mengisyaratkan kiamat itu jaraknya dari waktu tersebut hanya dua jari.

Jelas, pengetahuan dan keyakinan diri tidak sehaluan langsung. Mungkin 'rasa' yang tersirat itu lebih kepada pengharapan agar kiamat tidak berlaku di waktu saya masih bernafas lagi.

Dikatakan yang hari kiamat akan terjadi pada hari Jumaat.

Hari inikah ?

Sedangkan hari ini seperti hari biasa saya. Alangkah tertipunya saya. Merasakan hari ini hari biasa-biasa.

Penghulu segala hari. Hari kebesaran dalam setiap minggu. Hari yang diberkati dan keberkatan itu sendiri kita rasai dengan gembiranya menyambut kedatangannya setiap minggu.

Dan doa juga , insyaAllah dimakbulkan lebih mudah pada hari ini. Ruginya kalau saya merasakan hari ini adalah hari-hari biasa sahaja.

*doa saya buat seorang sahabat yang menjalani pemeriksaan kesihatan hari ini, moga Allah menyembuhkan penyakitnya , kerana hanya Allah yang punya kuasa atas segalanya. Dan juga doa buat ibu saudara saya yang masih dalam proses penyembuhan usai pembedahan yang dibuat tempoh hari. Moga Allah memudahkan segalanya.

Doa saya juga buat kalian semua. Moga rahmat Allah bersama kita.

Nota dari blog Ustaz Pahrol : 'Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi'

Berbaik sangka dengan Allah.

~cikgunormah@klcitizen ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 8, 2011

badan dahlah berbulu, kuku panjang pulak tu


Bila sudah sampai di usia seperti saya, soalan yang akan ditanya oleh rakan-rakan yang lama tidak bersua ialah anak dah belajar kat mana sekarang.

Bukan lagi , anak berapa?

Kecualilah, rakan itu memang sudah terpisah lama sungguh sejak belum berkahwin lagi.

Ada juga rakan-rakan yang seusia sudah punya cucu, sama ada cucu sendiri atau cucu saudara. Tetaplah cucu juga, kerana tetap anak-anak itu akan memanggil nenek saudaranya nenek atau atuk. Nak lebih glam panggil granny atau lebih asli panggil nenda.


Normah, tengah buat apa? Sibuk ke?



Ah, sudah tahu bertanya pula. Ini memang perangai orang kita. Nampak orang sedang menjemur pakaian, ditanyanya, tengah buat apa tu? jemur baju ke?

Seperti biasa, rutin biasa, termenung di meja. Termenung itu banyak faedahnya, kalau tuan-tuan nak tahu lah.

But daydreaming can be beneficial in many ways and, ironically, can actually boost productivity.  ~ Why Does Daydreaming Gets A Bad Rap? 
Termenung memberi manafaat dalam banyak cara dan ironinya, ia boleh meningkatkan produktiviti.


Ha, jangan tidak tahu. 

Tapi bukan tentang kisah termenung yang saya hendak ceritakan, sudah lari jauh dari niat sebenar .


Tak ada buat apa kak. Kenapa?

Marilah sini kejap, akak nak tunjuk gambar cucu akak.


Mestilah gambar beraya ni. Memang sekarang sedang musim menunjuk dan menampal gambar-gambar cun dan meriah beraya masing-masing di blog atau dinding-dinding jaringan sosial.

Eh, jangan salah sangka. Saya tiada masalah dengan trend ini. Kebahagiaan kita kongsikan bersama, itu kan baik.


Gambar raya ke akak? Cucu baru?


Saya bergerak segera mendekati mejanya. Angan-angan saya, terpaksa dibekukan buat sementara. Saya lihat dia menggerakkan jarinya di trackpad laptopnya, mencari folder picture.



A, ah. Gambar cucu baru. Ha, ni... ha.


Sengihnya lebar, menolak laptopnya mengadap saya supaya skrin laptop itu mengadap saya betul-betul.


Ya, Allah... pause, terkejut.... kenapa cucu akak ni berbulu-bulu? Kukunya pun panjangnya..






Getting The Hang Of It
Bukan gambar sebenar..


Serentak itu saya tergelak besar.

Kalau dah minat kucing, memang, tak boleh nak kata apalah. Reda jelah.


Ni mesti datuk dia banyak bulu ni, kak.




Ada pulak suara yang mengomen di belakang.

:)

~cikgunormah@klcitizen~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 7, 2011

mata dicungkil, perut dibelah dan dirogol berkali-kali







Rasanya kali ini entri saya panjang lebih dari biasa.

Bagaimana pun, saya tidak tahu hendak memulakannya dari mana dan bagaimana. 


Rasanya, permulaannya dari pembacaan buku ini, iaitu "Travelog Misteri : Israel Kuasai Dunia oleh Mohd Nadzri Kamsin". Sebenarnya belum habis membaca pun, baru di muka surat 164 dari 285 muka surat. 

Tetapi, terasa seperti satu jendela baru di buka dalam hidup saya.

Siapa pun tahu tentang Yahudi dan keangkuhannya. Namun ada beberapa perkara tentang mereka ini yang saya baru tahu. 

Antaranya, ialah, Yahudi yang sangat angkuh ini rupanya dari puak Yahudi Ashkenazi yang dipercayai  berasal dari Eropah Timur dan bukan dari Timur Tengah. Mereka ini dipercayai bukan dari keturunan 10 suku kaum asal Yahudi yang hilang, iaitu keturunan Bani Israel  dan tiada langsung mempunyai kaitan sejarah dengan Baitul Maqdis . Mereka ini lebih Yahudi dari Yahudi sebenar iaitu Yahudi Sephardi dan Yahudi Mizrahi yang merupakan Yahudi kelas ke dua di negara haram Israel itu.

Dan buku ini juga mendekatkan saya dengan Sabra dan Shatila.

Sedih dan tragis kisah di sana walau sudah berpuluh tahun ia berlaku. Bulan September inilah kejadian di sana berlaku, di antara 16 - 18 September 1982. 

Saya tahu kisah ia sedih. Tetapi sebelum ini tidak pernah membaca laporan dari orang-orang yang melihat. Jadi, kesedihan itu bersifat superficial , luaran dan tidak menembus rasa.

Down a laneway to our right, no more than 50 yards from the entrance, there lay a pile of corpses. There were more than a dozen of them, young men whose arms and legs had been wrapped around each other in the agony of death. All had been shot point-blank range through the cheek, the bullet tearing away a line of flesh up to the ear and entering the brain. Some had vivid crimson or black scars down the left side of their throats. One had been castrated, his trousers torn open and a settlement of flies throbbing over his torn intestines. 

Menuruni lorong di sebelah kanan kami, tidak lebih dari 50 kaki dari pintu masuk, terdampar beberapa lapis mayat. Lebih dari sedozen mayat-mayat ini, anak-anak muda yang tangan dan kaki mereka merangkul antara satu sama lain dalam kesakitan menghadapi kematian. Semuanya ditembak dari jarak dekat, peluru tersebut menembusi pipi, meratah daging hingga ke telinga dan memasuki otak . Ada di antara mereka yang punya kesan lebam di sebelah kiri leher mereka. Ada seorang yang alat kemaluannya telah dipotong, bajunya terbuka dan sekumpulan lalat menghurung bukaan ususnya yang terkeluar.



The eyes of these young men were all open. The youngest was only 12 or 13 years old. They were dressed in jeans and coloured shirts, the material absurdly tight over their flesh now that their bodies had begun to bloat in the heat. They had not been robbed. On one blackened wrist a Swiss watch recorded the correct time, the second hand still ticking round uselessly, expending the last energies of its dead owner.

Mata anak-anak muda ini semuanya terbuka. Yang paling muda hanya berusia 12 atau 13 tahun. Semuanya berseluar jeans, baju berwarna yang sekarang kelihatan sendat menutupi badan kerana mayat tersebut mula mengembung. Mereka ini tidak dirompak. Salah satu pergelangan tangan yang lebam, jam tangan Swiss mencatatkan masa terkini, jarum saat masih lagi berdetik sia-sia, menyedut sisa tenaga dari tuannya yang telah mati.

On the other side of the main road, up a track through the debris, we found the bodies of five women and several children. The women were middle-aged and their corpses lay draped over a pile of rubble. One lay on her back, her dress torn open and the head of a little girl emerging from behind her. The girl had short dark curly hair, her eyes were staring at us and there was a frown on her face. She was dead.

Di seberang jalan utama, melepasi serpihan dan runtuhan, kami menjumpai mayat 5 orang wanita dan beberapa kanak-kanak. Wanita-wanita ini dalam usia pertengahan tahun dan mayat mereka terbaring di atas sisa runtuhan. Ada seorang yang terbaring, bajunya terkoyak menelanjangi badannya, dan kelihatan kepala seorang budak perempuan kecil terjujul keluar dari belakang badannya. Budak perempuan itu punya rambut pendek keriting, matanya memandang kami dan kelihatan amarah dari wajahnya. Anak kecil ini sudah mati.

Another child lay on the roadway like a discarded doll, her white dress stained with mud and dust. She could have been no more than three years old. The back of her head had been blown away by a bullet fired into her brain. One of the women also held a tiny baby to her body. The bullet that had passed into her breast had killed the baby too. Someone had slit open the woman's stomach, cutting sideways and then upwards, perhaps trying to kill her unborn child. Her eyes were wide open, her dark face frozen in horror.

Seorang anak kecil yang lain terbaring di tengah jalan terbiar seperti sebuah anak patung terbuang, baju putihnya kotor dengan lumpur dan habuk. Usianya mungkin tidak lebih dari 3 tahun. Bahagian belakang kepalanya pecah akibat letupan peluru yang di tembak ke arah otaknya. Salah seorang mayat wanita ini mendukung rapat seorang bayi kecil. Peluru yang menembusi dadanya telah membunuh anak kecil tersebut juga. Seseorang telah membelah perut wanita tersebut, dari kiri kenan dan ke atas, mungkin ingin membunuh anak dalam kandungannya. Matanya terbelalak, wajahnya diselimuti ketakutan.

Artikel tersebut bukan cerita rekaan tetapi laporan wartawan yang berpeluang melawat kem pelarian Sabra dan Shatila selepas kejadian, iaitu Robert Fisk. Boleh baca laporan keseluruhannya bertajuk Sabra and Shatila. 

Yang lebih menyayat hati apabila membaca laporan dari Dr Ang Swee Chang. Seorang sukarelawan Palang Merah bukan Islam yang  juga telah menulis buku From Beirut to Jerusalem, hasil dari pengalamannya. 

Sedikit sedutan dari laman webnya :


[8:20] But more frightening are the number of new weapons they tested in Lebanon - that time it was the first time Israel exploded phosphorous bombs. So that when phosphorus hits someone it just burns for days and days and then if you wash it - it will burn even more, and the victims just died of phosphorus burns. But this is a different kind - this is called a vacuum bomb. What would happen is that the bomb would go in to a centre, build up very high TNT value, and suck the whole building down - this is an 11 floor building that was sucked in to a heap of rubble, buried within it are 200 people. When I arrived and saw this for myself I know that a doctor can't do much - it is a very humbling experience... I could do nothing to help those people who were buried and killed in this one single bomb attack.

Lebih menakutkan adalah senjata-senjata baru yang diguna cuba di Lebanon - waktu itu buat pertama kalinya Israel meletupkan bom-bom fosforus. Ini supaya, bila fosforus itu menghinggapi seseorang, ia akan terbakar tanpa henti dan jika anda membasuhnya - ia akan membakar lebih lagi, dan mangsa akan mati akibat terbakar. Tetapi yang ini jenis yang lain - ini dipanggil bom vakum. Apa yang terjadi ialah bom tersebut akan menjadi pusat letupan, terbina dari nilai TNT yang tinggi, dan menyedut seluruh bangunan runtuh ke pusat - ini ialah bangunan 11 tingkat yang terperosok runtuh menjadi himpunan runtuhan, menimbus 200 orang di dalamnya. Semasa saya tiba dan melihat sendiri kemusnahan ini saya tahu sebagai doktor tiada apa yang boleh dilakukan - pengalaman yang mengesankan ... Saya tidak dapat menolong orang-orang yang tertimbus dan mati dengan satu ledakan bom ini.

Lelaki tua mati - mata dicungkil keluar - disiksa sebelum mati



The truth hit me painfully...Besides being shot dead, people were tortured before being killed. They were beaten brutally, electric wires were tied round limbs, eyes were dug out, women were raped, often more than once, children were dynamited alive. Looking at all the broken bodies, I began to think that those who had died quickly were the lucky ones.

Kebenaran yang menyedihkan ini menyedarkan saya... Selain dari ditembak, mereka ini disiksa sebelum mati. Mereka dipukul kejam, anggota-anggota badan dililit dengan wayar elektrik, mata dicungkil , wanita dirogol berkali-kali, anak-anak dibom hidup-hidup. Melihat mayat-mayat ini, saya mula berfikir yang mana mereka yang matinya segera itu adalah mereka yang beruntung.

Boleh menatap gambar dan menonton video kekejaman Yahudi ini di laman tersebut.

*terjemahan dari bahasa inggeris ini saya buat sendiri, jadi minta maaf jika sangat tidak sempurna.

16 September nanti , tarikh kita meraikan penubuhan Malaysia yang merdeka. Bertuahnya setiap dari kita ini. 

Segala puji bagimu Ya Allah. Engkaulah yang maha tahu atas segalanya.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

rasa macam nak cubit-cubit je...




Sabar cikgu, sabar

Semakin banyak membicara tentang sabar, semakin banyak pula adegan dalam kelas yang menguji tahap sabar itu. Realiti. Jangan menyangka yang engkau tidak akan diuji wahai cikgu.


Walk the talk

Kotakan apa yang dikata.

Memang mudah menunjuk , mengata silap insan lain tetapi mengakui silap sendiri dan menyatakannya secara eksplisit untuk diketahui oleh insan lain , itu yang payah amat.


Duduklah, buat pembetulan ujian awak ni.


Tak nak. Banyak sangatlah cikgu.

Dia berdiri di hadapan kelas. Membaca kertas-kertas yang tertampal di papan kenyataan kelasnya.

Yang lain sibuk menulis. Tak peduli dengan drama yang berlaku. Dah faham benar dengan kerenah si dia yang satu itu.

Malas hendak melayan kernahnya, saya membiarkan sahaja. Meneruskan aktiviti saya yang sepatutnya.

Melihat tiada respons dari saya, dia duduk di sebelah rakannya yang sedang menulis. Tak lama. Saya lihat kawannya itu berhenti menulis, bersembang pula dan bergelak tawa.
Alahai.

Panas.

Di luar dan dalam hati saya. Budak sekecil itu boleh menaikkah darjah kepanasan hati saya setinggi ini. Ajaib sekali kuasa Tuhan. Tidak perlu pun saiz badan atau lancang mulut untuk berkata, tahap sabar saya rapuh sungguh rupanya.

Suara saya memanggil nama dia ibarat halilintar. Hilang sudah lembut suara, ada nada geram, amarah dan menyampah menyeringai dalam panggilan.

Ish, cikgu ni. Apa lah nak marah-marah. Sabar lah sikit. Nanti cepat tua.

Annoyed
Kita pulak yang disuruhnya bersabar dengan kelakuannya.

Kalau anak sendiri ni dah lama kucubit mulut kau wahai budak, biar lebam seribu.

Aduhai. Sabar, sabarlah cikgu.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 6, 2011

memang tak akan kawan sampai mati


Isu yang tidak pernah habis. Dua perkara sebenarnya, iaitu cepat melatah dan mengejek.

Sejak kecil lagi saya pun diejek, dipanggil anak vespa sebab nama aruah abah ialah Mispar, jadi diejek sebagai Vespa. Merah telinga, memang. Panas hati, memang. Tapi memang jenis berat mulut, jarang saya balas, cuma mencuka itu terserlah di wajah. 

Tak nak kawan dah, sampai mati

Azam tersemat kukuh waktu itu dalam hati. Cumanya sekarang sudah tidak ingat pun siapa yang mengejek saya.

Saya lihat budaya mengejek ini kita wariskan pada anak-anak tanpa sedar. Cara bagaimana? Entah, saya pun kurang pasti.

Diejek nama mak bapak, darah akan mengalir laju. Dada berdegup kencang, panas hati. Diejek pula warna kulit, di katanya anak India lah,  anak Indon lah, anak Banglalah, kepala si mangsa jadi besar , merah dan panas dek tekanan darah meningkat. 

Lalu, cepat melatah. Pantang diejek, walau mak bapak sendiri tak tahu dan sedang senang lenang di rumah. Bangun, membalas cakap, berlawan mulut dan kalau tak cukup serta masih tak puas hati , ajak bergaduh.

Kita kena jaga maruah cikgu. Tu nama mak bapak.

Alahai, anak-anak.  Maruah bukan pada nama, tapi pada akhlak dan bawa diri anda.


Are other people making fun of me? Si pengejek dan mangsa berbalas cakap, merendahkan satu sama lain, masing-masing merasa lebih hebat dari yang lagi satu. Ah, ego setinggi gunung betul.

Budaya kitakah cepat melatah ini?

Rasulullah s.a.w. sendiri apabila Baginda diejek dihadapan Sayidatina Aisyah, dan isteri baginda itu bangun memarahi kaum musyrikin kerana kasihnya beliau terhadap Rasulullah, telah menghalang Aisyah dari berbuat demikian.


“There is nothing that has gentleness in it except that it is beautified, and there is nothing that has harshness in it except that it makes it ugly. So be calm, O Aisha!” ~ Being religious without being a jerk 

Contoh dari insan maksum yang patut kita contohi, sedaya mungkin.

Cepat melatah. Janganlah. Menjaga maruah bukan dengan membalas kata, dan beradu tenaga atas perkara seremeh itu.

Walau diejek sebanyak mana pun, anak-anak ..., tidak luak sehuruf pun nama ayah dan ibu kita itu.

*penat rasanya melihat perangai tak sudah ini....


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 5, 2011

kalut dan kucar kacir betul



Researchers have found that happiness forms a U-shaped curve over the course of life. We're happiest in youth and old age - The Geography of Bliss , pg 371

Terjemahan
Pengkaji mendapati kebahagiaan membentuk lengkung huruf-U melintasi perjalanan hidup. Kita di puncak bahagia semasa zaman kanak-kanak (muda) dan di usia tua.



Itu kajian.

Dan kajian biasanya berdasarkan fakta yang terkumpul dan biasanya melibatkan pengukuran dan penganalisaan secara saintifik.

Walau pun ia tidak menggambar keadaan sebenar bagi setiap individu, tetapi secara umumnya ia boleh merasionalkan keadaan.

Waktu remaja, saat mencari identiti , jiwa kucar kacir, bahagia dan sedih seperti hembus nafas , silih gantinya pantas.

Chaos Bukan mengata sesiapa, berdasar pengalaman sendiri. Resah , bosan, geram dan menyampah adalah kamus realiti waktu itu. Di waktu tenaga melimpah, tenang sukar menyinggah. Emosi tidak stabil.

Menghampiri usia senior , hehehe, taknak juga menyebut tua, segalanya lebih stabil. Alhamdulillah.



Nampak gayanya saya semakin menghampiri puncak hujung huruf 'U'. :)

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 4, 2011

Soalan bocor peperiksaan







Beg? .... check 

Kasut?.... check 

Baju?.... check 

Tudung? .... check 

Beg tangan? .... check 

Okay. 

Dah sedia untuk ke sekolah esok, tuan-tuan dan puan-puan sekelian. :) 

Yang pasti esok, tiada proses P&P (pengajaran dan pembelajaran) dalam kelas pelajar-pelajar  tingkatan 5. Sebabnya ?  Peperiksaan Percubaan SPM bermula. 

Alahai, berdebar pulak rasa di hati, kan. Berkongsi rasa apa salahnya kan, anak-anak sekelian. Saya tolong memberi moral support

Ujian atau peperiksaan. 

Semua orang pasti akan melaluinya. Sedangkan hidup ini pun satu ujian dari Allah.

Bukanlah ujian itu dalam bentuk kesusahan sahaja, ada kala kesenangan juga merupakan ujian Allah. Tengoklah si Qarun dan Firaun, yang senang hidup mereka melebihi kesenangan ramai dari kita. Kesenangan yang Allah hamburkan rupanya adalah ujian buat mereka untuk menentukan sama ada rasa kehambaan dan kepatuhan boleh tercerna dari limpahan nikmat yang pelbagai. 

Kesusahan hidup juga adalah ujian. Tengoklah kisah Nabi Ayub yang ditimpa kesakitan bertahun, menerima ujian Allah bagi meningkatkan keimanan dan rasa takwa yang mendalam. Lulus cemerlang dalam ujian, itu matlamat semua, saya kira. Tidak kiralah ujian dalam hidup ini atau ujian dalam peperiksaan di atas kertas. 

,,Exams,,
Lebih mudah kalau mendapat soalan bocor, kan. Boleh bersedia dari awal, menghafal mana yang perlu, dan cuma memuntahkan semula semasa dalam dewan peperiksaan nanti. Kalau tidak pun soalan ramalan. Lebih kurang jugalah senarionya. 

Perasan tak? Saya rasa kita perasan. 

Baginda Rasul sendiri sudah membocorkan soalan yang akan ditanya nanti di dalam kubur. 5 soalan yang semua orang pun tahu. Kalau ditanya sekarang ini , tanpa pause kita boleh menjawabnya. Semua di hujung lidah. 

Tapi, bila berhadapan dengan Munkar dan Nakir nanti? 

*Tepuk dada saya sendiri dan lihat amal saya... :( takut ! 

 ~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, September 3, 2011

tak kira siapa, pasti terkena juga


Pagi menyusuri lebuhraya memberi tenang. Pelik?

Memandu tanpa kesesakan sebenarnya memberi ruang menyendiri dan memikir. Fikiran bergerak laju selaju kenderaan membelah angin. Tiada yang mengganggu.
Kemalangan terakhir hari Rabu ....
Melihat papan tanda elektrik di lebuh raya, tanpa sempat menghabiskan ayat, tetapi jelas dengan maksud yang tersirat. Memberi maklum serta mengingatkan bahawa kemalangan boleh terjadi pada sesiapa sahaja di lebuh raya ini, bila-bila masa sahaja dan tidak kira kenderaan apa yang dipandu pun.



For how long are you going to be busy in your  heads, in your mind thinking of your dunya, chasing the material goods. Even when we came to this jenaza, brothers, majority of us feeling guilty, thinking what time will this finish ... (01:02 s) We came to the Friday  prayers thinking when is it going to finish, when I'm going to leave it, when Yaumul Qiyamah is going to happen in Jumaat. How often do Muslims come to the Jumaah and knowing today might be the day of judgement (01:18 s)

Bukan illusi sebuah kematian itu. Kenyataan yang tidak ingin kita bicarakan.

Cuma saya sering merasa yang kematian itu lambat lagi buat saya. Alangkah tertipunya. Mendengar tazkirah pendek yang mengiringi jenazah dalam video tersebut menginsafkan sebentar. Kalau di sini, kita membaca talkin untuk mengingatkan yang hidup.

*Waktu-waktu kecemasan sebelum mula bekerja ini, dihabiskan dengan beristirehat. :) Semoga yang memandu pulang esok, semuanya selamat dalam perjalanan.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 2, 2011

tubuhnya montok, bahunya mulus, pehanya manis, dada dan lurahnya terserlah indah

Raya di Malaysia sinonimnya apa ya, selain takbir, rendang, balik kampung, lagu raya dan duit raya? Pasti banyak yang boleh dikaitkan dengan raya berdasar pengalaman peribadi masing-masing. 

Tapi, saya kira yang masih tetap ada sejak dari saya kanak-kanak dan bertambah lebih lagi hingga sekarang ialah rancangan hiburan di televisyen. Sejak dari siaran filem warna hitam putih hinggalah sekarang menggunakan skrin HD pelbagai, hiburan pasti mewarnai urusan ziarah kita di rumah-rumah yang kita singgah.

Ish, dah raya keempat pun masih lagi berjoget-joget kat tv ni lah. Rasa nak muntah kak. Setakat dengar lagu tu, bolehlah masuk lagi telinga ni, tapi bab nak memandang dah tak larat.

Itu keluhan adik ipar, sementara kami berborak kosong. TV di depan mata masih setia cuba menghiburkan. Rancangan apa entah, tidaklah saya perasan, tapi yang pasti TV9 , dan ada beberapa pasangan sedang menari tarian ala tradisional dengan suara latar lagu raya. 

Saya mengangguk. Perbincangan sudah beralih arah pada rancangan televisyen di hari raya.

Eid Mubarak
A...ah. Akak pun ada tertonton sekilas pandang filem-filem di TV ni, yang Adnan sempit lah, senario nya la. Yang pasti dan nyatanya ialah pelakon wanita melayu islam dalam filem kita memang bertubuh montok, berbahu mulus, pehanya manis, dada dan lurahnya terserlah indah. Ciptaan Allah memang cantik untuk ditonton meraikan kemenangan kita melawan nafsu selama sebulan....

Patutlah dulu-dulu masa masih muda remaja, teringat lagi orang-orang tua dok mengeluh melihatkan kami yang masih muda ini melekat mata ke skrin tv menonton filem dan rancangan hiburan.

Baru kini saya faham mengapa dan kenapa mereka asyik mengeluh.


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...