Sunday, December 11, 2011

terlewat menyintaimu

Ingat lagi?

Tatkala rindu datang melanda. Hati yang kecil itu jadi resah. Gelisah. Kalau boleh dikeluarkan hati itu, mahu sahaja diletak atas meja dan diusap perlahan, memujuk, supaya bersabar. Masanya akan tiba , untuk bertemu.

Masa jadi begitu lambat kan. Seolah ia kaku, tidak bergerak, meng-gelakkan kita dengan tajam matanya. Dan sekeliling jadi beku, kaku, seolah segalanya turut sama berduka dengan resah rindu yang tidak bertepi.

Siang dan malam pun jadi sama kelamnya. Kerana teringat si dia.

Payah. 

Dan kalau boleh, biar rindu itu usah datang.

Ah, cerita lama. Tika hidup ini begitu mentah, dan segalanya hanya berkisar di sini. Noktahnya di sini. Memang menyiksa jiwa dan raga. Hanya yang merasa yang tahu, kan.

Bila menonton video ini.




Terasa diri kerdil, sekerdil apa ya? Malu untuk dibanding tara.

Jika Rasulullah datang dan duduk bersama kita buat sekejap.

Bayangkan. Kekasih Allah sudi duduk dan mendengar keluh kesah kita, dan kita bisa merenung ke dalam matanya, melihat lirik senyumnya, mendengar suaranya . Ah, tidak tergambar kan. Pastinya gembira kita bukan kepalang, dan pasti air mata kita juga akan mengalir seperti wanita itu.

Gembira teramat, melebihi gembira berjumpa kekasih yang kita rindukan dahulu. Walau terlewat belajar menyintai Baginda, masih bersyukur amat kerana diberi peluang untuk merasa rindu ini juga di usia yang masih berbaki. Alhamdulillah.

Membaca poem ini menginsafkan ...

 If Prophet Muhammad (saw) Visited you? by Anonymous
I wonder……………………
If Prophet Muhammad visited you
Just for a day or two,
If he came unexpectedly,
I wonder what you would do?
Oh I know you would give your nicest room,
To such an honored guest,
And you would serve him your very best.
You would be the very best,
Cause you’re glad to have him there,
That serving him in your home
Would be a joy without compare.
But…when you see him coming,
Would you meet him at the door
With your arms outstretched in welcome,
To your visitor?
Or…would you have to change your clothes
before you let him in?
Or hide some magazines and put
The Qur’an where they had been?
Would you still watch those movies,
Or your T.V. set?
Or would you switch it off,
Before he gets upset.
Would you turn off the radio,
And hope he had not heard?
And wish that you did not utter
your last loud hasty word?
Would you hide your worldly music,
And instead take out Hadith books?
Could you let him walk right in,
Or would you rush about?
And I wonder…if the Prophet (saw) spent, a day or two with you,
Would you go on doing the things you always do?
Would you go right on and say the things You always say?
Would life for you continue
As it does from day to day?
Would your family conversations,
Keep up their usual pace?
And would you find it hard each meal,
To say a table grace?
Would you keep up each and every prayer?
Without putting on a frown?
And would you always jump up early,
For Fajr at dawn?
Would you sing the songs you always sing?
And read the book you read?
And let him know the things on which,
Your mind and spirit feed?
Would you take the Prophet with you,
Everywhere you plan to go?
Or, would you maybe change your plans,
Just for a day or so?
Would you be glad to have him meet,
Your very closest friends?
Or, would you hope they stay away,
Until his visit ends?
Would you be glad to have him stay,
Forever on and on?
Or would you sigh with great relief,
When he at last was gone?
It might be interesting to know,
The things that you would do.
If Prophet Muhammad came,
To spend some time with you


Selamat bersantai rakan-rakan semua. Moga Ahad ini lebih bermakna.


*ingat lagu ini?






hahaha... tetibe!

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu..

    Sungguh kemuliaan, keutamaan, keindahan Rasulullah s.a.w tak terlukiskan, tapak kakinya begitu mempesona, bagaimana lagi memandang kemuliaan wajahnya.

    ReplyDelete
  2. apa pun bersykur kerana kita hidup d zaman Rasulullah saw... semoga kita sentiasa mengamalkan sunnah2nya

    ReplyDelete
  3. .....salam sahabat..
    rindu sesangat pada RAUDAH......

    ReplyDelete
  4. Biar terlewat asalkan ianya ada permulaan.

    ReplyDelete
  5. suaj quote ni..

    Gelisah. Kalau boleh dikeluarkan hati itu, mahu sahaja diletak atas meja dan diusap perlahan, memujuk, supaya bersabar. Masanya akan tiba , untuk bertemu.

    :)

    agaknya kalau tiba-tiba rasulullah saw dtg jumpa kita masing2 dah tak jadi diri sendiri..huhu..

    ReplyDelete
  6. salam..
    semoga kita semua menjadi umat
    Baginda di akhirat kelak dan
    mendapat syafaat darinya..

    ReplyDelete
  7. Razak > waalaikummussalam, betul tu. tak terbayang ya, keindahan Baginda. Mendengar sirah nya sahaja sudah menawan apatah lagi berpeluang bertemu Baginda.

    Gen2 > ya, bersyukur amat berpeluang menjadi umat Baginda . :)


    mamaijat > sesungguhnya :)

    ReplyDelete
  8. kunang-kunang > alhamdulillah , Allah beri peluang :)


    prettywhite > hehehe memang betullah tu


    zulkbo > amin

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.