Thursday, January 12, 2012

Threaded Comment di Blogspot

Wah teruja sungguh saya tadi, bila membuka blog sendiri dan membaca komen dari rakan-rakan. Walau pun sebenarnya tak banyak mana komen itu, keterujaan saya bukan kerana bilangan pengomen.

Habis tu, kenapa?

Melihat threaded comment  oleh blogspot. Setelah sekian lama, kan. Rupanya, terpaksa juga blogspot menyisipkan threaded comment dalam sistemnya, setelah ramai rasanya blogger sedunia yang mencari alternatif lain bagi membina blog disebabkan kekurangan ini.

lihat butang Reply dan Delete itu !!

Ha, mulanya pelik juga menengok ada button untuk Reply  dan Delete di bawah komen. Dan bila dicuba, inilah hasilnya.

kisah sebabak 

Best jugak.

Tak perlulah nak mengubah segala kod-kod CSS (?) *pakai hentam je mengguna istilah ini* bagai, hendakkan threaded comment seperti dalam medium Wordpress itu kan.

Tapi, malangnya tanda waktu yang termateri itu macam tak betullah pulak. Dah godek-godek mana yang patut dan mana yang tahu, tak juga berjaya. Tak apalah, biarkan saja. Buat pe nak pening kepala pada benda yang tak penting ini pun.

Ada satu lagi tapinya, bila meronda ke blog rakan-rakan yang guna blogspot seperti saya , ramai yang comment features  tak seperti saya terima ini pulak. Saya lihat yang guna kotak komen jenis pop-up , memang tidak punya threaded comment. Nampak gayanya, kenalah bertukar ke kotak komen jenis lain pulak ya.

berita dari Buzz Blogger

Suka lah pulak... :)

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. perubahan yang dinantikan. sebelum ni pengguna tercari-cari alternatif lain. contohnya macam disqus dan instandebate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, saya dulu pun ada juga mengguna 2 medium tersebut, disqus dan intensedebate, tetapi selalu menghadapi masalah loading yang lama

      Delete
    2. memang terbaiklah..
      saya paling suka
      speednya..laju

      Delete
    3. memang laju, kan. cuma tak ada ciri commentluv sahaja

      Delete
  2. Saya suka kotak komen jenis thread berbanding pop up.

    ReplyDelete
  3. ooo mcm tu yaa.. saya ni kalau bab2 edit2 blog mmg lemah.... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun, tapi komen ini memang yang asal dari blogspot :) tak ada ubah apa pun

      Delete
  4. Assalamualaikum...

    Suka juga rasanya bila dah ada sistem camni..bolehlah saya merubahkan blog saya sebegini

    TQ cikgu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikummussalam razak..

      lebih mudah membalas komen dari rakan dengan threaded comment ni, kan

      Delete
  5. bagus kalau mcm ni, sangat baik

    ReplyDelete
  6. bagus juga blogger buat mcm ni , tinggal lagi blogger masukkan commenluv dah canggih tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga cpt2 la fungsi ini ditambah. sy psg intensedebate yg ada commentluv...mai la tengok..

      Delete
    2. bee... itulah, tunggu duapuluh tahun lagi kut, baru blogspot letak commentluv... hehehe

      Delete
  7. saya guna intensedebate sbb ia ada commentluv..at least the visitor can leave his blog URL...nak tanya sikit ni...kalau guna threaded comment adakah komen dari pengunjung akan sampai ke emel kita spt yg intensedebate buat tu? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak subscribe ke email, jadi tak adalah notification ke email.. :)

      Delete
  8. Salam. Kak Normah, Nur dah buat juga.. Memang sangat menarik.

    p/s : Nur ada linkkan blog akak dalam entri tentang "threaded comment". Terima kasih ye kak.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.