Monday, May 31, 2010

masih nak berkawan dengan saya yang materialistik ni?






Hari Ahad baru ini, melepak di Low Yatt Plaza. Sementara menanti urusan siap, mata melilau melihat kereta-kereta yang berhenti di hadapan pintu masuk menggunakan khidmat Jockey kereta.

Kereta yang menggunakan khidmat tersebut mestilah kereta yang besar-besar. Tak perasan pula caj yang dikenakan berapa ...sebab dok asyik menengok orang-orang yang keluar dari kereta-kereta tersebut je.

Setelah analisa dibuat ada beberapa persamaan yang boleh saya katakan mengenai orang-orang yang keluar dari kereta tersebut:

1. Berbangsa Cina - diorang ini memang banyak duit

2. Semua yang memandu kereta lelaki.

3. Semuanya tidak handsome di mata saya . Memang tak hensemlah....betul-betul cakap ni..

4. Bini atau girlfriend masing-masing muda-muda, seksi dan berseluar/berskirt pendek...

Saya terbayang yang lelaki-lelaki tu masa diorang bersekolah dulu-dulu, mestilah termasuk dalam golongan 'nerd' dan tak lawa. Mesti tak ada girlfriend kut masa tu, tapi bila dah berduit... ha, senang je nak cari pasangan, kan.


Moral of the story:

Kepada cik adik di luar sana, masa tengah belajar ini, intai-intailah kawan-kawan yang nampak macam nerd je tu, tapi bijak belajar. 20 tahun akan datang, pastinya mereka pula yang akan memandu kereta berjenama mahal nih, kan...

Tapi pikir balik, kalau cik adik ni sebaya ngan bebudak nerd tu, pastinya 20 tahun lagi diorang dah tak pandang awak semua... sorilah ya...

*ini entri merapu je ni. perempuan sekarang ni banyak yang materialistik... saya pun tak terkecuali kut..suka kepada material, tapi tidaklah pisau cukur atau hamba kepada material tersebut, yalah takkan hidup berumah tangga asyik nak makan cinta , berbumbung dan berdinding rindu sahaja, kan.


~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. wahaha. tergelak saya baca. betullah, geng2 lelaki yg jenis bergaya stail rambut terpacak, pakai kemeja kolar angkat, dompet ada rantai besi...jadi pujaan ramai budak pmpuan sbb hensem bergaya, sekarang ni kerja tak tentu hala pun.

    yg skema, gemok, hodoh, mangsa buli, pandai tp tak dipandang pmpuan pn kecuali cikgu2, sekarang ni belajar course profesional...bakal engineer, bakal doktor...

    hehe

    what comes around goes around

    ReplyDelete
  2. salam cikgu..

    nampaknya kena start la pakai spec tebal, rambut belah tepi, seluar paras dada skarang..

    nanti boleh la dapat awex2 yg macam itu, kan....
    hehe

    ReplyDelete
  3. saya tak setuju kalau pompuan skrg dikatakan materialistik .. (x masuklah yg mmg jenis pisau cukur tuuu..)

    kalau hidup belum makan batu, kayu dan pasir.. xde apa kira pun.. betullah bukan landas cinta semata-mata... hidup kena teruskan..

    ReplyDelete
  4. salam,

    adakah fakta? hahaha..kwn2 sekelas saya dulu semua mat nerd. bila dah abes belajo semua dah tak nerd :) dah pandai b'gaya gitu ^^

    ReplyDelete
  5. Salam cikgu,

    hari tu adik lelaki sy ada stori, kwn dia nak pikat awek masa tu dia drive proton je. Katanya awek tak pandang pun. Bila member dia bawak BMW mula ajak awek gi minum terus awek tu balik ajak dia gi makan.

    ReplyDelete
  6. @ain fathihah

    ain

    memang betul...itu sebab cikgu2 suka ngan bebudak nerd ni... hehehe
    main je

    ReplyDelete
  7. @zaren

    ya, zaren...
    saya rasa sebab bebudak nerd ni takde masalah nak fokus dalam belajar berbanding dengan lelaki melawa masa belajar...

    akibatnya ... dilihat dalam 20 tahun akan datang...

    ReplyDelete
  8. @cikgu isza

    jangan marah isza

    kita ni memang perlukan material dalam hidup...so memang memandang aspek material lah kan..
    asyik menengok je orang sebelah pakai beg bonia takkan kitaasyik nak pakai beg beli longgok kat pasar malam je, kan...

    cinta memang kena ada, harta is a bonus

    ReplyDelete
  9. @Aidah

    proton mana main aidah...
    kurang2 gen2

    ReplyDelete
  10. saya dulu nerd jugak..tapi sekarang pandu kereta jenama malaysia ;)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.