Monday, May 17, 2010

biosteel- baju kalis peluru

terbaca tentang artikel Baju kalis Peluru dari susu kambing dalam majalah Milenia April 2010. mesti sudah ramai yang membacanya.

sebenarnya cerita baju kalis peluru dari susu kambing ini dah lama, sejak 1998. dan memang ada sudah kambing-kambing yang diternak untuk susu biosteel ini.

saintis di merata dunia memang mencari, mengkaji dan cuba menghasilkan aneka biosteel - bahan yang lebih kuat dari besi dan biasanya bahan organik yakni berasal dari benda hidup.


Kelebihan biosteel ini ialah:

  • 5 kali lebih kuat dari besi
  • tidak berkarat
  • tidak kering atau rapuh dimakan usia
  • boleh diregang 40 peratus tanpa putus
  • imun dari kerosakan serangan mikrob atau fungal
  • kalis air
  • lebih ringan berbanding besi

Cara menghasilkan biosteel ini ialah menyuntik gen labah-labah ke dalam embrio kambing, kerana sutera labah-labah adalah gentian terkuat di dunia. jadi si kambing itu nanti akan menghasilkan susu yang mempunyai ciri gentian sutera dalamnya.

ada pro dan kontranya, benda seperti ini. itu kena baca lebih lanjutlah...


tetapi yang menariknya juga, baju kalis peluru jenis cecair (liquid body armor) juga sedang giat dihasilkan oleh para saintis barat ini.


ada diterangkan di sini . secara ringkasnya zarah-zarah besi yang halus dicampurkan dalam cecair khas berupa minyak silikon (saya ingat silikon ini hanya digunakan dalam pembedahan plastik membesarkan payu dara sahaja). apabila arus elektrik dialirkan, zarah besi ini bertaut antara satu sama lain dan bahan berupa cecair itu akan berubah menjadi pepejal dalam sekelip mata. jadi dapatlah menutupi badan dan elakkan dari serangan peluru atau senjata tajam...canggih.


juga dalam masa yang sama, liquid body armor yang jenis lain juga turut dalam kajian. yang ini jenis tidak menggunakan arus elektrik, tetapi dengan hanya tekanan dalam bentuk serangan peluru atau tikaman ke atas cecair tersebut, cecair itu serta merta berubah menjadi pepejal. apabila tiada serangan peluru atau tikaman , pepejal itu akan berubah menjadi cecair semula.


fikir-fikir semula, kenapalah beriya sungguh membina baju kalis peluru ini ya... nak berperang dengan siapa mereka ini semua? apa yang hendak diperangkan dan bila target mereka hendak berperang ni?


model konsep baju kalis peluru tahun 2025 di usa



~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. Kalu luaran saja yang sangat diutamakan, perlindungan dan pelbagai, tapi dalaman kosong, tiada semangat dan kekuatan pun boleh kalah juga di mana-mana medan pun...

    ReplyDelete
  2. salam,

    rasa pelik sebab 'mereka' beria-ia menyiapkan diri utk peperangan sebegitu rupa..

    ReplyDelete
  3. salam.
    kalaulah kita ada baju kalis kuman h1n1, mesti dah ramai orang pakai kehulu kehilir ek..

    ReplyDelete
  4. baju ni semua tak bermakna kalau hati dorang masih hati tikus (penakut)..keberanian penting..hehe

    ReplyDelete
  5. Saya sebenrnya nk ucap Slmt Hari Guru..hehe .

    Selamat yea cikgu..

    ReplyDelete
  6. Nak beli lah!bampak ganas!heehe..
    erm kak!Selamat hari pendidik~hehe

    ReplyDelete
  7. h..sy jadi folower cikgu yg ke 220..selamat hari guru..jemput ke b,og sy ..tenkiu

    ReplyDelete
  8. Ini sudah macam Robocop ye cikgu..

    ReplyDelete
  9. Citiz, Slmt Hari Guru. Nampak berkilau-kilau tu...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.