Tuesday, January 10, 2012

nak peluk kuat-kuat

Kalaulah awak tahu yang awak hanya punya setengah jam sahaja lagi untuk hidup, apa yang awak akan buat?

Waktu ke 8 di sekolah semalam, iaitu lebih kurang dalam pukul 11 pagi lebih. Mengajar seperti biasa. Tapi biasalah, bila sudah tua-tua begini, kekadang fikiran jadi melompat-lompat dan terus bertanya pada anak-anak murid di hadapan.

Solat , cikgu.

Berzikir ...

Hendak pulak budak-budak ini melayan saya. :)

O ya ? Sempat lagi nak solat ya ? Mmm, kalau saya, saya rasa dalam saat-saat terakhir tu, saya nak peluk suami dan anak saya kuat-kuat. Nak beritahu yang saya sayangkan mereka dan minta mereka maafkan segala salah silap saya.

Hahaha... macam drama lah pulak kan.

Bukan ada hadis ke yang kata, kalaulah kiamat tu datang, dan waktu itu ada benih di tangan, hendaklah kita terus menanam benih tersebut, walau dalam keadaan kacau bilau itu dan kita tahu benih tersebut mungkin tidak sempat pun mendatangkan hasil?

Sebenarnya, saya kira , kita tak tahu pun bila kita akan mati. Kadang-kadang dalam semua orang menjangka yang si dia akan menghembuskan nafas beberapa ketika sahaja lagi, Allah panjangkan umurnya pula. Dan selalu juga, kita sangka orang itu sihat walafiat, menjalani hidup yang teratur segalanya, tetapi usianya tak panjang dan sekelip mata Allah tarik nafasnya.

*Jadi, cikgu normah, apa sebenarnya yang cikgu Normah nak tulis ni? *

Hahaha, nak mengingatkan diri saya sahaja, jangan terlepas pandang benda-benda yang saya rasa biasa dan rutin, tapi hendaklah sentiasa sedar, bila-bila masa sahaja, yang biasa dan rutin itu akan dirindukan nanti.

Salam pagi Selasa, pagi yang  kelihatan mendung di luar :)

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. Hargai setiap saat bersama yang tersayang. Ingatan yang baik.. Di JB pun mendung juga sejak semalam.

    ReplyDelete
  2. Salam pagi selasa juga cikgu..
    pagi tadi hujan rintik-rintik di kelate..:)

    kalau saya pun saya akan minta maaf dengan semua orang di sekeliling saya..setengah jam jer..huh celaru juga ya..:)

    ReplyDelete
  3. Peluk tanda sayang semoga pelukan terakhir terus hidup didalam hati mereka.

    ReplyDelete
  4. hehehe. tersenyum membaca nya.. semoga ianya menjadi renungan buat diri ini.. salam pagi selasa cikgu

    ReplyDelete
  5. Salam Cikgu,

    Setuju dengan Cikgu, untuk berbakti jangan fikir sama ada kita akan merasa hasilnya atau tidak. Mudah2an bakti kita itu hasilnya akan dirasai oleh orang terkemudian.

    ReplyDelete
  6. salam cikgu.
    hidup kita semakin hari sebenarnya semakin pendek..semakin dekat dengan kematiaan, dan sepatutnya lah kita menjadi semakin baik..yg penting nikmati setiap saat kehidupan..

    ReplyDelete
  7. salam..
    ermm..peluk jangan tak peluk...

    "macam dah lama tak peluk
    nih..tetiba je..buang tebiat ke?"
    (reaksi tersayang nanti)

    ReplyDelete
  8. Hendak peluk anak pun ditolaknya. Kalau ketika kecil dahulu memang peluk ketat-ketat. :-)

    ReplyDelete
  9. nur > mengingatkan diri sendiri :)


    prettywhite > huru hara pastinya, berpeluk-peluk :)


    jun > yang ditinggal pasti sedih berlebih kan :)

    ReplyDelete
  10. gen2 > :)


    kunang-kunang > ya , kak ani, niat di hati memang sentiasa ingin berbakti


    faizal > kadang-kadang tak teringat bab yang hidup ini perlu dinikmati :(

    ReplyDelete
  11. zulkbo > kalau tak diberitahu sebab yang kita ada setengah jam je untk hidup, mesti dia kata kita buang tebiat . kalau dah tau, mesti dia tak nak lepaskan kita, kan :)


    akubiomed > saya rasa saya pun macam tu jugak, dah tetua ni baru terasa nak peluk kuat-kuat semula :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.