Friday, February 17, 2012

sedih

Hujan.

Hari ini rupanya hari ramai bersedih di sekeliling saya.

Dan Allah turunkan rahmatNya seolah memberitahu, sedih itu pasti akan surut juga dan diganti dengan rasa nyaman serta selesa.

Sedih.

Kitaran perasaan yang berupa nikmat Allah, dikurnia pada setiap kita dalam darjah yang berbeza. Kadang sedih itu terasa seperti selaran halus mata pisau berkali-kali atas sekeping hati, yang secara fizikalnya tidak nampak di mata tetapi pedihnya terasa hingga ke ulu hati. 

Jangalah bersedih.

Walau saya tahu, kata-kata yang tertulis tidak bisa meredakan sedih itu. Percayalah yang sedih itu akan lupus juga. Kerana tidak ada yang kekal di dunia, hatta rasa itu sendiri.

Saya sentiasa percaya, kesedihan itu menguatkan hati, agar hati lebih kental dan tabah. Hati yang tidak teruji akan sentiasa lemah dan hilang arah, leka dan menjauh dari Allah.

Dan dalam detik meniti kesedihan ini, saya panjatkan doa, buat mereka yang bersedih di sekeliling saya, agar Allah limpahkan rahmat dan kasihNya pada setiap keping hati itu, agar bila nanti dinilai sekeping hati itu , syurga lah yang layak menjadi tempatnya.

Amin.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. Kadang2 lama tak sedih, rindu pula nak menangis atau sayu sedan. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Salam kakcik,

    Betul tu, klau tak bersedih kita juga boleh lupa diri, hilang rasa manusia dlm diri...

    Tapi tak boleh selalu bersedih, stress sgt pun tak bagus jgk :)

    ReplyDelete
  3. lumrah setiap insan utk melalui saat2 kegembiraan dan kesedihan dalam hidup..
    itu lah perlunya kehadiran insan lain untuk memberi semangat dan dorongan kepada teman2 yang sedang dilanda kesedihan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju ngan gen2, itu pentingnya sahabat dan keluarga di sekeliling, kan

      Delete
  4. Anak jiran depan rumah cikgu bergembira hari ni sebab baru saja menjadi isteri orang. Cikgu tak pergi ke majlisnya di Masjid Mindef tadi ke? ngeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, tahu. tadi ada program di sekolah :) esok insyaAllah kalau panjang umur , akan hadir juga meraikan

      Delete
  5. Sesekali, perlu juga dilayan rasa sedih itu...

    ReplyDelete
  6. Dalam tidur kadang-kadang boleh menitis air mata diikuti sedu sedan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, ini memang betul2 sedih ni . semoga segera hilang sedih itu

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.