Saturday, February 4, 2012

keliru

Makan free memang tak boleh nak tolak. Ada  nasi putih, ayam goreng, masak lemak nenas dan ikan masin, daging lembu masak steak, sayur campur, ikan masin goreng, ulam dan sambal belacan, air oren dan kuih muih tiga jenis, memang heaven lah orang kata.

Jamuan bertunang anak dara jiran sebelah rumah. Menolong langsung tidak, dah diajak makan takkan lah pulak tak pergi.  :)

Heaven tu orang kata maksudnya syurga kan.

Eden ? Eden , cara nak sebutnya, iden (e tanda di atas), pula ialah Taman Firdaus.

Paradise ? Syurga lah jugak tu .

Tetiba, mengajar bahasa Inggeris pula, petang-petang Sabtu ni apahalnya kan.

Cuma teringat satu kisah semasa tahun 1997 dahulu , kalau tak silap saya lah, menumpangkan anak murid dalam 2 orang, menaiki kereta saya hendak balik ke rumah mereka.

Waktu itu saya bertugas di sekolah yang semuanya lelaki. Saya pun tak ingat kenapa saya menumpangkan mereka balik. Cuma mungkin saya terpaksa membawa mereka pergi mengikuti aktiviti luar sekolah.

Dalam perjalanan balik, kami melalui kawasan perumahan kondominium mewah.

Ish, cikgu, kaya juga orang Negeri Sembilan ni cikgu.

Orang mana?

Tu ...

Dia menunjuk saya batu nama kawasan perumahan kondomonium tersebut bersebelahan dengan pondok jaga.

Mana awak tahu kondo ni orang Negeri Sembilan punya?

Tu, dia tulis, Eden  ( dia menyebut eden, e tanda di bawah). Orang Negeri Sembilan cakap eden tu maksudnya  saya ... cikgu.

Hampir nak pecah perut saya waktu itu, tapi taklah pecah dalam erti kata perut terburai. Cuma, hati saya bagai digeletek kerana lucunya saya rasa waktu itu.


Salah sebut tu , Eden tu, maksudnya Taman Syurga Firdaus. Nak beritahu kat kita,  seolah-olah kalau awak hidup dalam  kondo ni , hidup awak seperti dalam syurga.

Dan hari ini semasa menulis entri ini baru saya tahu, bahawa eden atau den itu ialah bahasa kasar bagi orang Negeri Sembilan.

Sebenarnya itulah kesilapannya. Umum tahu perkataan 'saya' dalam loghat Negeri Sembilan ialah 'den' atau 'eden'. Ia berasal dari bahasa Minang 'denai'. Tetapi ramai tidak tahu sebenarnya perkataan 'den' untuk 'saya' ialah bahasa kasar. 
Orang muda tidak boleh membahasakan dirinya 'den' kepada orang tua, jika tidak akan dianggap kurang ajar. Begitu juga perempuan tidak manis membahasakan dirinya 'den' kepada mana-mana lelaki. 'Den' hanya boleh digunakan oleh seorang yang tua untuk bercakap dengan orang muda. Juga antara sama-sama sebaya. Walau bagaimana pun saya tetap menganggap ia kurang manis digunakan oleh budak-budak atau perempuan. Saya sendiri tidak pernah membahasakan diri saya 'den' kepada sesiapa pun. ~ Loghat Negeri Sembilan - Bahagian 2 

Betullah seperti kata Tuan al-Lavendari dalam blognya bertajuk Aku Keliru .'e' tanpa tanda ni memang mengelirukan .

Tapi petang-petang Sabtu ini apalah sangat yang hendak dikelirukan. Orang kata Go with the flow...

Selamat bersantai semua.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. Sistem e tanda sudah tiada. Kalau ada boleh bezakan mana e tanda atas dan mana e tanda bawah. Saya pun tak belajar semua tu tapi tahu lah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak ada dah , dari saya kecil lagi kut, tapi rasanya pernah belajar masa saya darjah satu dulu, tahun 70an

      Delete
  2. Kalau begitu perkataan yang bermula dengan E milik orang Negeri Sembilan yer cikgu. E-mail, epay, emas, ebay :-)

    ReplyDelete
  3. Nasib baik saya bukan orang Negeri Sembilan. Eleh

    ReplyDelete
  4. salam Maulidur Rasul...

    ReplyDelete
  5. Tersonyum eden baco eh...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sering tersenyum kalau teringat babak eden ini

      Delete
  6. tu lah penting nya kita saling belajar loghat2 dari rakan2 semenanjung kan.. ehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, banyak yang kita salah anggap :)

      Delete
  7. hik3.. dah mcm lagu keliru nurul plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu keliru ya? nanti saya google, nak dengar :)

      Delete
  8. salam..
    suka dengar orang Nogori
    ni bila bercakap..lebih
    lagi anak2 daranya..

    ReplyDelete
  9. lain padang len belalang..hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.