Saturday, June 19, 2010

23 yang melekat pada diri

Cikgu Isza mengetag, jadi hari ini ingin melangsaikan tag yang satu ini.

23 perkara tentang diri saya. Payah juga hendak menjawabnya....

  1. Perahsia. Saya tidak gemar bercerita tentang diri sendiri, ramai yang sudah maklum agaknya. Dan saya juga banyak menyimpan rahsia orang. Kalau rahsia kucing susah sikit nak simpan...
  2. Anak polis. Aruah bapa ialah polis FRU di Ipoh. Lama juga di sana, sehingga beliau pencen.
  3. Anak sulung. Adik beradik 3 orang sahaja, walau pun begitu, hubungan saya tidaklah rapat sangat, mungkin sebab saya suka menyendiri.
  4. Cikgu Sains. Mengajar subjek Sains dari tahun 1992 dan Kimia dari tahun 2002.
  5. Normah. Oranag sekeliling memanggil saya Normah, tetapi emak, aruah ayah, adik beradik sendiri dan keluarga belah saya memanggil saya LIZA. Split personaliti... gitu. :)
  6. Anak seorang. Anak saya cuma seorang. Namanya Harith.
  7. Membaca. Ini hobi, membaca apa saja, kalau dah takde benda sangat nak baca, baca manual gajet atau ingredients pada tin makanan atau label makanan pun jadi...
  8. Memasak. Bukan minat, jarang sekali memasak. Tapi mak mertua selalu meminta saya masak soto bila hari raya..... sedaplah kut pada tekaknya.
  9. Menangguh kerja. Ini salah satu sifat buruk pada saya. Keinsafan selalunya datang sekejap je, iaitu bila tabiat ini menyusahkan saya sendiri.... lepas tu balik semula ke asal. Seperti bab membayar tag ini lah.
  10. Make up. Hari perkahwinan sendiri pun tidak bermakeup, apatah lagi hari biasa. Selalu orang menegur muka pucat, sebab tidak berlipstick, tetapi bila mengenakan lipstick terasa bibir sendiri tebal macam digigit tebuan... Jadi memang tidak bermakeup lah saya. Jimat duit, cepat pergi haji, kut...insyaAllah.
  11. Bercermin mata. Obvious kan.... sejak darjah enam bercermin mata, awal bercermin mata, malu dilihat orang, simpan cermin mata dalam beg, kalau di panggung, bila lampu dah gelap baru pakai cermin. Sekarang ini, malu bila dilihat orang tidak bercermin mata, sebab mata pun dah macam orang Jepun asli... sepet.
  12. Menonton wayang gambar. Ini memang tak boleh nak buang lagi tabiat ni. Suka menonton cerita omputih sahaja. Minta maaf pada pengeluar filem tempatan, ya. Bukan tak sudi, cuma tak suka je... hehehe.
  13. September. Bulan kelahiran, tanggal 20, tahun 1966. Dr Fadzillah Kamsah beritau orang yang lahir bulan September, pandai-pandai....Memang pandai Dr Fadzillah. Jangan jealous ya orang yang lahir bulan lain.  Jadi tahun ini umur saya 44 tahun lah.
  14. Sekolah. Rendah di Marian Convent , Ipoh,itu tahun 1973, menengahnya pula di Main Convent dan di Ting 4 di SM Sains Taiping, batch pertama 1982. Sekarang ini  SM Sains Taiping di kenali SM Sultan Azlan Shah, kan. Hanya student biasa, tak menonjol dalam persatuan atau apa-apa. Melanjutkan pelajaran di Matrikulasi UKM, Jitra, Kedah, di Jenan dan seterusnya mengambil Ijazah pertama dalam Biokimia di UKM.
  15. Pedas. Bukan pilihan kalau memilih makanan. Saya makan makanan macam orang sakit, sup lebih diutamakan. Kalau masak lemak kuning pun, tidak gemar yang pedas-pedas.
  16. Laksa Penang. Pantang nampak, mesti nak rasa. Favourite sangat-sangat. 
  17. Ketinggian. 5 kaki  4 inci.
  18. Berat badan. 61 kg kalau belum makan, lepas makan mesti naik 62 kg. Dalam proses menurunkan berat badan. Berat badan impian 55 kg. 
  19. Cita-cita. Dulu banyaklah cita-cita, kecik-kecik dulu nak jadi wartawan, lepas tu nak jadi pelukis, kemudian nak jadi penulis novel.... sekarang? Tak tahulah... nak cepat pencen rasanya, lepas tu nak melancong satu dunia.
  20. Bercakap. Kurang sikit. Tapi tidaklah pendiam sangat.
  21. Shopping. Tak berapa minat sangat. Sebab susah nak buat keputusan bab membeli barang. Kecuali dah terpaksa membeli, ambik je....tak suka masuk kedai keluar kedai, pas tu masuk balik kedai yang awal... membuang masa je saya rasa. Walau pun begitu saya kagum dengan kengkawan yang macam ni, sebab barang yang mereka beli memang berbaloi dengan harga.
  22. Majalah. Dah lama tak membaca majalah Wanita, Keluarga, Nona, Herworld.... dan yang seangkatan dengannya. Sebab dah tetua ni rasa, macam pengisian majalah tersebut sama saja sejak dulu lagi.
  23. Warna...tak ada warna pilihan, tapi bila melihat baju-baju yang tergantung dalam almari, warna pilihan yang dominan ialah oren, perang dan merah.
*mengelap peluh, penat* Wah ... habis juga tag ini saya jawab. Diminta mengetag yang lain juga...

saya tag Fairylilly, Razak, Ain.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

32 comments:

  1. salam ziarah membaca tag sesambil saling kenal mngenali mengukuhkn ukhwah :)

    ReplyDelete
  2. hehe.. sy nyuruk bwh bntal ngeeee.. jwb cikgu jgn x jwb heheh..

    ReplyDelete
  3. salam..:)

    jenuh juga yaa menjawab bila ditag-mengetag nii..
    Tapi sekurang2nya sedikit sebanyak blh mengenali empunya blog ini..:):):)menarikk sekali!

    Untuk mereka yang terpilih..selamat menjawab yaa..:):)

    ReplyDelete
  4. salam...dari sini boleh kenal sape Cikgu KL Citizen @ Cikgu Normah...dah lama kenal di maya pada ini...makin bertambah kenal...

    ReplyDelete
  5. nasib baik akak tak tag saya yang ni..hehe..

    mau bertahun jawab ni..

    ReplyDelete
  6. baru ku tahu
    siapa normah.....

    ReplyDelete
  7. @piewahid

    ya, harap begitulah
    lebih mengenal sahabat maya

    ReplyDelete
  8. k@maiyah

    giliran maiyah akan tiba juga nanti..
    :)

    ReplyDelete
  9. @Pn Kartini

    memang jenuh juga
    sebab, saya jenis yang susah nak bercerita tentang diri sendiri...
    so, banyak yang teragak- nak tulis atau tidak

    ReplyDelete
  10. @sonata anak kancil

    harapnya bertambah kenal perkara yang baiklah ya kak sonata

    ReplyDelete
  11. @n@m@n

    dok pikir tadi, nak tag sape...
    kira naman bernasib baik gak..
    tak pe, lain kali mesti ada lagi yang lain pulak

    ReplyDelete
  12. @- jinggo -

    harapnya perkara yang baik je ya...

    ReplyDelete
  13. Salam cikgu...

    Insya Allah akan saya cuba jwb...

    saya ni payah juga nak jwb tag ni cikgu...

    ReplyDelete
  14. salam cikgu.. meh saya tolong kesatkan peluh tu.. hehehe..

    banyak persamaan antara kita rupanya... tak sangka :)

    ReplyDelete
  15. walau pun dah baca..tentang 23 perkara tu..belum tentu bolih kenal kan..ape2 pun..alhamdulllah.kenal juga serba sedikit cik gu..melalui N3 ni....satu yang sama..suka sangat membaca..sampaikan..kalau beli barang guna pembalut kertas..itu pun nak dibaca kan...

    ReplyDelete
  16. letih juga menjawabnya..... ada orang tak bermakeup lebih cantik..betul kata cikgu...jimat...tapi masih menawan.(kalau suami suka tak apa)

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. sori cikgu. silap taip kt atas tuu...
    besday same dgn anak sulung saye ..
    umo pule same dgn wf ...

    ReplyDelete
  19. Salam..
    Terima kasih krn tak tag acik...
    acik ni jenis tak rajin main tag2 ni.
    Ada beberapa persamaan cikgu normah dgn acik... terutama sejak mula pakai spek, tp mata saya tak sepet sgt..hi..hi..hi.

    ReplyDelete
  20. uhhh lama tu nak tulis sampai 23

    ReplyDelete
  21. salam..

    wow sangat menarik tu cikgu hehe

    ingat cikgu nak kata ajar sekolah st gabrielle tu..

    ReplyDelete
  22. @cikgu isza

    yake isza
    saya tahu yang sama , bab masak tu, bukan minat

    ReplyDelete
  23. @kak Erna

    betul tu kak erna
    bab membaca ni meman tak boleh nak kata lah

    ReplyDelete
  24. @abu muaz

    memang letih...

    wah, pandai abu muaz menyedapkan hati saya
    bila tengok orang bermake-up, teringin juga,
    tapi memang tak selesa

    ReplyDelete
  25. WAHHH...banyak fakta tu~heeee

    ReplyDelete
  26. Bab perasia, suka membaca, tak suka pergi shopping,majalah - pun sama sebab rasanya isi yg dikitar semula make up serba sedikit.
    memasak pun sama lah kita - tak minat tapi atas tanggungjawap dan selalu ipar duai suka puding saya.

    bijak - walau bulan kelahiran kita berbeza - saya pun bijak..hehehe

    ReplyDelete
  27. @iqbalsyarie

    ya iqbal, bukan selalu
    semuanya benar, tapi banyak juga yang ditapis...
    biasalah tu

    ReplyDelete
  28. @Kujie

    orang bijak macam kita memang perlu banyak berahsia dan tak suka buang masa bershopping, kan

    hehehe

    ReplyDelete
  29. Cikgu Normah,
    Walaupun kurang bercakaap, tapi pandai menulis....

    ReplyDelete
  30. cikgu normah nie mmg pandai segala-galanya...hehehe..perahsia orangnyer...

    ReplyDelete
  31. Baru ku tahu tentang cikgu normah(wpun dah tau dah hehehehe)..dulu cikgukan ajar di st gabrielle kan... saya kenal cikgulah.. kalau cerita 23 perkara tentang st gabrielle x cukup rasanya ZAREN..byk kenangan..hehehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.