Sunday, June 13, 2010

Fakta Menarik

Giant Book of Cool Stuff

Ada macam-macam dalam buku in rupanya. Selama ini dok terperuk dalam almari. Terjumpa dan membelek-belek bahagian fakta-fakta menarik:

  • Kuantiti air yang ada di dunia sekarang ini sama seperti 4.3 billion tahun dahulu  (jangan tanya macam mana diorang ni tahu)
  • 80% dari mangsa yang disambar kilat adalah lelaki (jadi waktu kilat sabung menyabung, pastikan anda jauh dari lelaki)
  • Logam yang paling banyak dalam dunia ini ialah aluminium
  • Mengunyah chewing gum boleh mengelakkan mata berair semasa menghiris bawang. (kena cuba yang ini)
  • Makanan bertin mula diperkenalkan pada tahun 1813, tetapi alat pembuka tin hanya diperkenalkan pada tahun 1870. (jadi sebelum itu, buka  tin pakai apa ya?)
  • Kebanyakan lipstik mengandungi sisik ikan.
  • Kebanyakan lembu akan menghasilkan susu lembu yang lebih banyak semasa mendengar musik.
  • Hujan mengandungi Vitamin B12.
  • Lelaki berpeluh 40% lebih dari wanita.

Ada banyak lagi. Saya kongsikan di lain kali.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 comments:

  1. hahaha...org selalu buat2 terpeluk lelaki kalau guruh. macam dalam cite hindustan. lepas nieh...hentikanlah...hentikanlah:P

    ReplyDelete
  2. hahha... buku ni terbitan tahun bila kak???
    kuantiti air tu dah berubah rasenyer skang ni atas sbb pemanasan global... ekeke ;)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana berkongsi maklumat.

    Mungkin pengarang buku ni org perempuan kot hehehe

    ReplyDelete
  4. salam..

    mungkin bukak tin pakai pisau :)

    ReplyDelete
  5. Wah...info best ni...part 2 plak eh...hehe

    ReplyDelete
  6. sangat menarik....nnti boleh share lagi sbb susah nk jumpa buku mcmni..

    ReplyDelete
  7. Ha'a orang-orang dulu kala bukak tin guna apa? Guna jari kot...tak pun, dia baling tin ke batu sampai tin pecah..hehehe

    ReplyDelete
  8. Salam...

    Bolehlah mandi hujan pasni cikgu..hehe

    ReplyDelete
  9. Salam my dear sis Normah..:)

    Baca fakta lembu susu tu yg didgrkan muzik!..
    teringat citer teman..tempat pelihara ikan air tawar yang dipasangkan speaker utk alunan bacaan alquran..dan hasilnya..tumbesarannya lebih cepat & saiznya > besar berbanding ikn2 yg jauh dari speaker !!!Maha KuasaNya.....

    :):)

    ReplyDelete
  10. fakta tambahan - 40% lelaki mula berpeluh bila mrk kantoi dgn isteri mrk yg mrk ada affair dgn aweks lain.

    fakta saje2 - Saya telah membeli 2 buah majalah gila2 lama dgn harga RM35 akibat terlalu rindu ngan majalah tersebut semenjak dulu kala lagi..

    ReplyDelete
  11. @Pn Kartini

    patut direkodkan secara saintifik data tersebut

    ReplyDelete
  12. @YuSeNzE - KniGhT

    tahun 2007... buku ni. dah 3 tahun.
    takkan banyak sangat berubah...
    wallahualam

    ReplyDelete
  13. @Yunus Badawi

    tak pastilah pulak
    yang pastinya, pembacanya saya...seorang perempuan

    ReplyDelete
  14. @Tirana

    rasanya guna pisau..
    kalau baling.. pecah, abis berterabur isinya

    ReplyDelete
  15. @alkisah

    wah mahalnya...
    tapi buku lama atau majalah lama yang bernilai dan nostalgik memang mahal harganya

    ReplyDelete
  16. @cHeRyNa PiReS

    betul sangat sha...
    peluk diri sendiri je lepas ni

    ReplyDelete
  17. menarik kalo ilmu camni..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.