Monday, August 2, 2010

Blogger Yang Tersepit



Tersepit antara rasa mahu dan malu. Tetapi digagahkan juga dengan entri ini. Orang mempelawa, kita merasa, kan.

Blogger terkenal ijad membuat tawaran tanpa hadiah lumayan, tetapi  menjanjikan pengalaman dan kenangan yang pasti beliau takkan lupakan. Menawar sesiapa sahaja membuat entri "Blogger Tersepit" sebelum 12 tghari 2 Ogos 2010. 

Bukan calang blogger yang turut serta... kabarnya kujie, suri rumah blogger mantap pun turut sama. Aii... memang tersepit rasa malu di celah keyboard saya ini dengan entri tak seberapa.

Tersepit apa ya saya? Pernah tersepit bibir dulu satu ketika... (ha jangan berfikiran lain di sini, ini entri orang beriman...ecece).. tersepit bibir semasa makan ketam, kerana kulit ketam yang keras. Kesannya, bibir bengkak ala Angelina Jolie. Tapi saya rasa saya lebih lawa sikit dari beliau.

Kuih sepit...? Suka juga. Dulu-dulu semasa kecil ada kuih sepit dijual, berisi kertas menilik nasib dalamnya. Suka membeli kuih sepit, dengan harapan dapat hadiah wang, boleh claim semula dari tuan kedai. Sekarang saya kira dah tak ada begitu..

Yang pelik, kenapalah ijad ni pilih perkataan tersepit tu. Memang idea betul2 tersepit sekarang ni.. ijad.

So, ijad, adakah entri tersepit ini memenuhi kriteria?

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments:

  1. IM selalunya tersepit bila hujung bulan.

    ReplyDelete
  2. kerajinan cikgu membuatkan saya tersepit.. :)

    ReplyDelete
  3. Selalunya saya tersepit bila naik bas - dicelah-celah gadis yang terpaksa berhimpit.

    hehe..

    komen cikgu pada blog saya amat besar maknanya..
    pasal elviza, saya ada baca minggu lepas, link dari cikgu juga....cuma tak sempat nak komen, sempat baca saja - sebab masa saya pun tersepit!

    ReplyDelete
  4. A'salam cikgu, saya juga join situasi 'tersepit'. Jangan lupa untuk view demi melihat perbezaan di sebalik tajuk entri yang sama.

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Saya hanya ingin membaca perbezaan "TERSEPIT" ni.. mesti best ni.

    ReplyDelete
  6. Salam Puan

    Memang banyak yang tersepit. Jangan tersepit menjadikan orang menjerit sudahlah!

    ReplyDelete
  7. Jangan biarkan diri anda tersepit..bila tersepit jangan cuba cuba nak menghimpit orang lain pula...

    ReplyDelete
  8. saya lagi tersepit ni..due date beberapa jam saja lagi tapi satu benda pun belum draft..baru balik..sampai rumah tengahmalam tadi

    ReplyDelete
  9. salam..kueh sepit jugak yg best..ori dan penuh dgn tradisi

    ReplyDelete
  10. Masa sekolah rendah dulu kuih sepit satu keping 10 sen. Kadang2 ada hadiah duit 5 sen dalam kuih tu. Itu yg rajin beli hehehe

    ReplyDelete
  11. hahaha.. best jugak kan. satu tajuk pelbagai isi. hehehe. cikgu, salam kenalan dari ann jugak. :)

    ReplyDelete
  12. ni betul² tgh kesempitan idea masa menulis ni..huhu

    ReplyDelete
  13. waah mmg entry yang simple dan nmpk cam tersepit sampai xtau nk tulis pa haha..jgn marah gurau2 ja

    ReplyDelete
  14. Bertambah meriahlah cabaran sifu ijad ni

    ReplyDelete
  15. Mentang-mentang nak bulan puasa, cerita kuih sepit pun ada... haha

    ReplyDelete
  16. tersepit! tiada idea untuk melontarkan komen :)

    ReplyDelete
  17. kekeke.. lantas semua nye jadi tersepit la pulak yer.. :)

    ReplyDelete
  18. kuih sepit? yg mcm dlm cerita cina tu ke..
    yang tau kuih sepit yg selalu tgk time raya tu je.. :D

    ReplyDelete
  19. ramai pula entri ini di kongsikan dan semua semakin memperkasakan minda saya

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.