Thursday, June 24, 2010

Pengalaman manis

Mengajar pelajar yang lemah akademiknya dalam sistem pendidikan di negara kita memang payah. Walau pun Falsafah Pendidkan menekankan aspek mengembangkan potensi individu, tetapi pendapat peribadi saya melihat senario yang ada hanya menekankan kepada pelajar yang berjaya meraih A dalam akademiknya sahaja.

Sehabis daya, pelajar yang lemah ini dipaksa juga untuk lulus, 'By hook or by crook'. Dicari jalan dan ikhtiar agar mereka bisa keluar dari sistem pendidikan dengan kelulusan, walau pun kelulusan yang diraih paling minima dan tidak memungkinkan mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Zulqawi. Saya kira sudah 3 tahun lepas beliau meninggalkan alam persekolahan.

Masih segar dalam ingatan saya, kelas yang terakhir dari 11 buah kelas di Tingkatan 5. Duduknya paling hadapan, berseorangan, kerana tiada yang mahu duduk di sebelahnya. "Busuk'" kata rakan sekelas. Walhal, itu hanya alasan budak-budak.

Susah mahu mendengar suaranya. Tidak berbunyi sepatah pun kata, walau ada rakan-rakan yang membuli dengan meminjam pensil, pemadam atau pembarisnya dan tidak memulangkan. Pada yang tidak biasa, pernah menganggapnya pelajar bisu.

Buku tulisnya silih berganti. Tidak ada yang tetap. Kalau hari ini menulis dalam buku nota yang panjang, dua tiga hari nanti, kita lihat buku nota panjang tersebut sudah hilang diganti dengan buku pendek. Membaca juga agak merangkak-rangkak walau pun sudah di Ting 5.

Awal mengajarnya saya hanya melihat dan menegur sesekali sahaja, kerana pelajar-pelajar kelas yang hujung biasanya memerlukan perhatian yang lebih dari segi kawalan kelas. Mana tidaknya, ada sahaja yang akan berjalan dalam kelas, sedang kita mengajar, kekadang bertengkar tiba-tiba dengan bahasa carutan peringkat tinggi. Memang menduga. Dan Zulqawi yang pendiam serta tidak banyak kerenah seolah tidak wujud.

Tapi kehendak Allah lebih besar. Hati saya berubah. Setiap kali masuk  kelas, orang pertama yang saya akan tanya sudah makan atau belum ialah Zulqawi. Saya paksa beliau untuk bersuara. "Cakap, Qawi. Cikgu nak dengar suara Qawi hari ini." Sehinggakan rakan-rakan di kelasnya menggelar beliau anak emas saya. Padahal soalan yang saya tanya tidak berkait pun dengan pelajaran, sekadar bertanya sudah makan, sihat ke tidak, hari Jumaat baru ni pergi masjid solat Jumaat ke tidak, siapa gosok baju Qawi, balik rumah nanti makan apa....Itu pun di tanya berjela-jela, dijawabnya sepatah sahaja. Bila sudah berjawab, baru saya mulakan kelas.

Kadang-kadang teringat, geli hati pula.

Keputusan SPM tahun tersebut  bagi subjek Sains Teras, okaylah jugak. Zulqawi gagal semua mata pelajaran.... kecuali subjek Sains yang saya ajar... Pengalaman sangat manis bagi saya.

Bagaimanalah Zulqawi sekarang ini ?

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. bercakap psl SPM n pelajar yg lemah ni .. suspen plak saye. anak pmpuan kedua saye bakal menduduki SPM thn ni .. dia ni sederhana jer, sampai sekarang masih relak2 lg ..
    bercakap psl zulqawi ni ..
    rezeki manusia tk same .. bengap dlm SPM tk semestinye tk berjaya dalam hidup ..
    saye ade bebrape kwn yg dulu SPM nye memang huru hara ..
    cakap ingeris pun tk tau ..
    tp sekarang, subhanaullah ..
    tk pandai berbahasa inggeris , carik staff yg pandai berbahase inggeris .. beberape kwn ni, staff nye pun melebihi 30 org .. dan assetnye, tk payah ckp la ..

    pd saye lemah SPM bukan end of the world ..
    tp SPM amat penting, sbb SPM ni la sempadan utk kecermalangan dalam pelajaran ..

    ReplyDelete
  2. salam.
    kesian tengok budak2 yang nak pandai tapi tak pandai2. ajar yang ini, hilang... ajar yang itu, hilang...
    kesian sungguh.

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Kesian ya cikgu zulqawi tu...namun yang pasti Allah dah tetapkan rezekinya dan punya kehidupan yang baik ketika ini, berguna dan manfaat kepada masyarakat sekelilingnya..

    ReplyDelete
  4. Kisah ini mengingatkan Nida pada kisah lama... ceritanya hampir sama, cuma anak murid Nida itu perempuan... semua subjek gagal kecuali Sains.. memang masa itu rasa sangat indah menjadi seorang guru.... pada masa itu juga Nida tunjukkan slip periksa pelajar berkenaan ke GPK 1, niat bukan menunjuk tapi at least biar beliau tahu saya bekerja...

    ReplyDelete
  5. salam, cikgu...

    saya selalu kasihan melihat pelajar yang kelas belakang-belakang ni sebenarnya..

    ada sesetengah yang baik, diam, tak banyak cakap tapi selalu kena buli..selalunya org macam ni yang saya akan dekat dulu berbanding mereka yang kelas pandai sama macam saya, tapi suka sisihkan mereka yang dibelakang..

    sebab itu saya lebih ramai kawan di kelas belakang dari di kelas depan kerana saya tidak 'semaju' mereka.

    pendapat cikgu, kalau kita mintak pelajar kelas depan untuk bergaul dengan mereka ni, adakah moral mereka akan lebih tinggi dan bersemangat?

    asal saja mereka yang tinggi tu tidak memandang rendah pada mereka yang dibelakang....

    ReplyDelete
  6. dh masuk IKM atau ILP gamaknya huhuhuhhu.......

    ReplyDelete
  7. bila mereka berjaya.. di situ kepuasan dalam mendidik...

    semangat diberi tidak hanya untuk SPM.. juga sebagai panduan hari muka :)

    ReplyDelete
  8. Cikgu normah,
    Jadi cikgu ni, memang banyak pengalaman manis! (Kalau kita sentiasa berusaha untuk memaniskannya!)

    ReplyDelete
  9. salam..
    seorang guru yang penyayang..

    ReplyDelete
  10. @aby

    betul cakap aby
    tapi, nak mengajar pelajar yang tak berminat pelajar bukan kerja mudah

    ReplyDelete
  11. @Abd Razak

    insyaAllah Allah pelihara beliau

    ReplyDelete
  12. @zaren

    brgaul memang tak salah
    yang kelas pandai lah kena initiate pergaulan tu, tetapi jangan terpengaruh dengan perkara negatif mereka sudahlah

    ReplyDelete
  13. @sahromnasrudin

    harapnya gitulah
    tapi BM pun tak lulus ... camana

    ReplyDelete
  14. @mantan

    betul mantan
    mantan pasti lebih banyak pengalamannya

    ReplyDelete
  15. cikgu,

    kesian ngan zulqawi yer... cikgu baik ngan dia..pandai amik hati dia..2 sbb dia lulus paper cikgu kan... cikgu xder pengalaman lain ker lg ajar murid2.. pengalaman lg "MANIS" ker?? mesti ada kan..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.