Sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa ala kadar di dapur, bunyi henfon menjerit kecil menandakan ada pesanan ringkas minta diberi perhatian.
Hari ni genap setahun pakai tudung. Alhamdulillah! Manisnya rasa Hidayah Allah yang buka pintu hati. Jadi apa nak sedih bila selalu diuji... Alhamdulillah!Ahh... terhenti sebentar pergerakan dan tumpuan saya memang hanya terarah pada kata-kata dalam pesanan.
Terus wajah sahabat saya ini menerjah kotak fikir saya seolah boleh melihat senyum manis dan lirik matanya kala itu.
Memang lewat ini, dirinya banyak betul diuji. Bukan sedikit ujian dan bukan mudah menghadapinya.
Yang memandang hanya bisa simpati dan mendoakan. Sayalah antara yang hanya bisa melakukan perkara tersebut.
Pastinya saya yakin ujian ini mendekatkan sahabat saya ini lebih kepada Yang Esa daripada saya yang tidak teruji lagi masa ini. Yang pasti juga, hatinya makin kuat dan cekal memanjatkan hajat dan munajat terus kepada si Dia.
Airmata yang mengalir di pipinya tanda pasrah beliau dengan ketentuan Allah. Saya mengiringi doanya beserta doa saya agar hari ini dan seterusnya, Allah permudahkan beliau menjalani kehidupan bersama keluarga, di dunia ini hingga akhirat nanti.
luv u always |
Moga beliau istiqamah dalam nikmat hidayah ini dan menjadi insan yang terbaik. Ameen.
~cikgunormah@klcitizen~
Kalau bulan ramadhan..gangguan makhluk halus kira takder lah kan?
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeletePerubahan yang membuahkan bibit kesedaran berupa hidayah dari Allah. Semuanya bergantung pada keikhlasan kita yang memberi dan menerima disamping kehendak Allah menentukan siapa yang layak mendapat anugerahNya yang hebat itu. Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang ada dalam hati kita.
Salam Cikgu,
ReplyDeleteSemoga selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketenangan dan kesabaran
salam..semoga konsisten dalam mengerjakan kewajipan itu :-)
ReplyDeleteSalam cikgu..
ReplyDeleteSalam Ramadan..
salam..
ReplyDeleteselamat berpuase aok..
Salam ukhwah dari Kak G & famili bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini.
ReplyDeleteSemoga ibadah kita semua diterima sepenuhnya.
Insya Allah silaturrahim sesama ummah juga akan ikut terus bersemarak.
Selamat Beribadah.
salam ramadan
ReplyDeleteselamat berpuasa
salam cikgu..
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga sahabat cikgu itu akan sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian yang diberikan kepadanya...setiap yang berlaku itu ada hikmahnya :)
Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa selamat berbuka nanti...hehe :D
Alhamdulillah....semoga kita semua sentiasa mendapat petunjukNya...dan tidak tercicir dari senarai hambaNya yang mahu dikurniakan hidayah.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. she is indeed strong.. kita hanya mampu mendoakan yg terbaik for her and the baby..
ReplyDeleteSalam kak normah. Dah lama saya tak menjenguk blog akak. sangat terperanjat bila saya terbaca yang ini. memang diikutkan kata hati dan kata doktor, kena duduk di rumah coz there's no other treatment can be done kerana saya pregnant. Doktor pakar pun nasihat "sabar banyak2". tapi bila teringat tugas yang tak habis di sekolah, biarlah mc tu diabaikan. tapi, Allah Maha Agung, diberi ujian hebat, tapi diberi jugak kemudahan lain. Guru2 sains semua beri laluan untuk saya guna makmal fizik wpun bertembung dgn waktu mereka. Pihak sekolah pun dah banyak beri kelonggaran dalam tugas.Kawan2 kat sekolah pun selalu menghibur, jadi sakit tu wpun sentiasa 'melekat' di badan, tak terasa sangat. Terima kasih kak normah, tapi saya belum lagi jadi 'insan yang terbaik'. Org yg saya admire jauh lebih bagus drp saya, yang tulis blog ni la.
ReplyDelete