Monday, August 16, 2010

manalah tahu...

"Cikgu, harini balik cepat sikit lah ya," dia ingat saya tukang jaga loceng sekolah, agaknya. Matanya merah menahan kantuk, dan beg sekolah sudah digalasnya.

"Saya lapar sungguh harini," sambungnya lagi.
"Semua orang berpuasa memanglah lapar," jawab saya.
"Semalam saya buka makan kurma je," balasnya lagi.

Dalam hati saya, wah, bagus juga mengikut sunnah budak ni.

"Kenapa makan kurma je?" tanya saya. Manalah tahu, entah-entah budak susah tidak berduit. Saya sedap-sedap makan ayam goreng semalam, manalah tahu, ada anak murid sendiri yang kelaparan.

Saya memandangnya.
Mata bertentang mata, dengan selamba di amenjawab.....

"Yalah... petang tu saya dah melantak nasi dua pinggan. Buka puasa dah kenyang lah...cikgu."

Aduii.....
Ada juga anak murid yang macam ni. Tidak berpuasa dengan bangganya.
Saya pun menjadi ustazah tidak bertauliah sementara menunggu loceng berbunyi..........

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. Adussssss.. mmg selamba betoi anak murid kak normah ni.....

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Anak murid sekarang ini ada yang tak takut cikgu dan emak ayah. Tak tahulah siapa yang mereka mahu dengar? Pada masa yang sama ada ibu bapa yang semacam berserah kpd guru2 utk membimbing dan menasihati anak mereka.
    Apapun cikgu, buat apa yang terbaik !

    ReplyDelete
  3. Salam

    Sedihnya bila ada orang macam tu kan...dah lah tak puasa, bangga diri pulak..Ya Allah berilah petunjuk kepada golongan yang macam ni...

    ReplyDelete
  4. hahahaha...
    ini bukan suatu lumrah kehidupan yang luarbiasa. Setiap kita melalui zaman kegemilangan mengharungi kenakalan serta belum matang dalam mengenal erti tujuan hidup. Cermin diri dari peristiwa. Lebih berkesan dalam mengenal jatidiri.

    ReplyDelete
  5. luku je kepala dia kasi tune semula mana2 wayar yg putus >:O

    ReplyDelete
  6. ada murid yang jawab, mak ayah pun x puasa..
    so.. camne???

    ReplyDelete
  7. Sabor jer lah.. Baca pun dah rasa macam nak luku jer kepala budak tu. Anak sapa tuh?

    ReplyDelete
  8. hai..hai.. pening jadi cikgu ni ya!

    ReplyDelete
  9. agak2 berbuka b4 waktu berbuka tu lg nikmat kot...heheheh

    ReplyDelete
  10. haha..awal sangat dia buka..sbor jer

    ReplyDelete
  11. Salam...

    Jujurnya budak tu, moga dia insaf dan bertaubat

    ReplyDelete
  12. @luahfikiran

    insyaAllah kita cuba yang termampu

    ReplyDelete
  13. @YuSeNzE - KniGhT

    tulah...
    dalam menghadapi kerenah diorang ni, selalu mengingatkan diri yang mereka ni masih belum matang lagi

    ReplyDelete
  14. @azieazah

    anak orang kitalah juga azie...

    ReplyDelete
  15. @Abd Razak

    pandangan yang berbeza, bagus juga pandang positif

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.