Sunday, August 1, 2010

mengidamkan menantu

"Harith ada tak doa macam mama ajar tu?"

Anak seorang ini, masih tidak sematang rakan seusia, dek sebab manja terlalu, dan  kerana dialah sesatunya permata di hati.

Antara ayat doa yang saya minta beliau panjatkan saban waktu ialah," Ya Allah, kurniakanlah kepadaku isteri solehah."

Saya juga turut mendoakan agar dikurniakan menantu yang solehah. Padahal si Harith baru berusia 12 tahun. Yalah, doa bukan dimakbulkan dalam sehari dua, kan.

Saya mengidamkan menantu yang
  • baik agamanya
  • baik akhlak pekertinya
  • bijak mengurus rumah tangga
  • anak yatim piatu
Yang last tu, yang betul-betul diharapkan. Anak saya seorang sahaja, kalau raya nanti asyik beraya di rumah mak mertuanya sahaja.... kan sedihlah saya. :)

Apa pun masa depan tak siapa yang tahu.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. salam Cikgu ...

    he he he tergelak ummi baca n3 kali nie coz anak dara ummi yg umur 14 tahun pun pernah cakap macam tu masa dia umur 12 tahun dulu ," kalau boleh Dina nk cari pasangan yg anak yatim piatu coz raya2 boleh balik umah ummi jer ,macam ummi ler ,abah anak yatim piatu ,tiap2 kali raya balik rumah mak ummi jer ....

    ReplyDelete
  2. ..salam cikgu..

    rasanya ramai juga yang mintak macam tu..

    masa remaja dulu saya pun pernah idamkan isteri yang yatim piatu...

    tapi jodoh kita tak ada siapa yang tahu...yang itu tak makbul mungkin dapat yang lebih baik lagi,kan?

    ReplyDelete
  3. kalau yatim piatu tak seronok juga, kurang saudara mara.

    saudara mara ramai tu yang menyeronokkan.

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Biasalah kita mendoakan yang terbaik untuk anak kita. Keadaan kita ni lebih kurang sama. Ada seorang anak bongsu bujang. Umur 20 th dan sedang belajar di Shah Alam. Emak ayah sibuk mengingatkan anak ini agar memilih pasangan yg solehah dan tak mahu yg moden2. Geram kerana cakap kami ni tak ada response drp beliau. Dia buat tak dengar sahaja.

    Kita sama-samalah berdoa kpd Allah agar harapan kita ini menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  5. salam cikgu,
    alamak ! saya pun pernah terpikir macam tu..nak cari 'calon' yg yatim piatu :)

    ReplyDelete
  6. saya kowt...haha muda lagi ni..eh anak cg normah lelaki no..huhu..tak bleh la jadik menantu

    ReplyDelete
  7. jodoh pertemuan ditangan tuhan, namun...hendaklah jua kita berusaha...betul la yang cikgu buat tu...

    ReplyDelete
  8. Hhhmmm...hajat yg baik..
    pertama bantu anak yatim..
    Semoga hajat diperkenalkan ALlah swt..
    p/s- mana tau sorang je...
    ntah2 lepas nih pragnent lagi...bahkan kembaq ka lagi sapa tau??
    rezeki tu kan Allah punya dan kehendak DIA lah nak bagi kat sapa2 pun kan..???

    ReplyDelete
  9. Salam..
    Saya pun sebenarnya dah ada 'menantu' utk anak bongsu (lelaki) yg baru darjah 1. Saya dan kawan saling panggil menantu pada anak2 kami ( anak dia perempuan). Saya selalu pesan pd ke tiga2 anak lelaki, kumpul duit spy tak payah meminjam bila nk meminang nanti..

    ReplyDelete
  10. walaupun jauh lagi moga doa cikgu dimakbulkan..
    lucu pulak rasanya anak tu kecil sangat lagi, namun tak salah memasang hajat

    ReplyDelete
  11. Hi KL Citizen, just dropped by say hello.
    How you doin'?
    You have a pleasant week and keep well, best regards, Lee.

    ReplyDelete
  12. alamak..anak kita pon baik tp lelaki..xleh la nak berbesan kan..hehehe..

    apapon doakan ygterbaik utk anak..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.