"Tengah buat apa Mah?"
"Takde buat apa mak, tengah menanda kertas." Ibu mertua rupanya, di hujung talian.
"Masak ke hari ni?"
"Errr... tak, pun. Makan kat luar je." Malulah pulak pada ibu mertua saya yang memang rajin dan suka sekali ke dapur. Berbeza betul dengan menantunya ini.
"Mah, mak nak tanya."
"Ya? Ada apa mak?"
"Hari ni dah Syaaban ke?"
"Err... jap, nanti Normah tengok." Terkial-kial saya mencari kalendar. Ah... nasib baik, kalendar yang ada ditulis juga kalendar Hijrah. Lega.
"Ha...a, dah 6 Syaaban, lah mak"
"Ooo... mak ingat masih Rejab. Terima kasih ya. Tu je lah mak nak tanya."
"Itu je ke? Mak sihat ke......?Takkan tanya tu je?"
Mak mertua tertawa kecil. "Mata dah tak nampak tengok suratkhabar, mak nak tau tarikh je."
Nanti saya dah tua nanti, harap-harap tidaklah berdua sahaja bersama suami di rumah. Kasihan pula mengenang ibu mertua di sana. Bila bapa mertua keluar bersama rakannya, tinggallah ibu mertua bersama pembantu rumah sahaja. Nak tanya tarikh pun terpaksa menelefon anak, sebab anak dan menantu masing-masing jauh darinya.
Tapi , yalah, masa depan tidak ada siapa yang tahu pun.
~cikgunormah@klcitizen~
Lepas Syaaban - Ramadan - Syawal..yeaa Raya raya !
ReplyDeleteyang penting kan cikgu.. walau sejauh mana anak.. kita tetap ada dalam hatinya.. mudah2an..
ReplyDeletesob2
salam cikgu...
ReplyDeletemula2 baca td ingat ker , mak mertua nk perli per2 ke , ttg tarikh tu , ooppppp rupanya dia betul2 tak tahu dah masuk Syaaban ...
untung cikgu masih ada mertua lagi , ummi dah tak der mertua lg , cuma yg tinggal mak ummi sorang jer ....mdh2an bonda2 kita sihat dan tabah ..
masa depan yang belum pasti...
ReplyDeletesering tertanya apa yg akan jadi pada diri di masa dpn..
Salam Cikgu normah,
ReplyDeleteBeruntung ibu mertua cikgu dapat anak dan menantu yang penyayang. Cikgu juga beruntung menjadi menantu yang disayangi dan diingati mertua.
Salam Sdr.
ReplyDeleteKita semua sedang menuju menghampiri saat itu. Saya apa lagi umur sudah menjangkau 55 tahun bulan depan. Kami agak bernasib baik setakat ini setelah lebih 5 tahun tinggal berdua tetapi setelah siAdik tamat belajar dengan izin Allah dia dapat kerja di KB . Jadi sekarang kami bertiga di rumah. Mamanya tidaklah sunyi sangat walau pun Along di Sabah.
Walaupun beranak 10, mak ayah cklah pun tiggl berdua sekarng....dan ckLah anak paling dekat. Mudah memantau sakit peningnya....Alhamdulillah.
ReplyDeletecikgu, sedih pulak baca your last sentence tuh...
ReplyDeleteDah syaaban, bila la nak puasa ni...
nak beri tahu anak menantu .. puasa sunat bulan syaaban.
ReplyDeleteSalam cikgu..
ReplyDeleteSayu baca cerita di akhirnya..
Kita hampir di pertengahan syaaban..
Isnin ni dah Nisfu Syaaban..
Pastu Ramadhan..tapi tak tahu sampai ke tidak usia kita ke bulan puasa tu nanti..
love the entry.. sedih saya membacanya..
ReplyDelete