Sunday, June 13, 2010

Yang tidak berkenan di majlis kenduri...






Musim kenduri kendara.

Apa yang saya tidak gemar semasa menghadiri kenduri kahwin?

  • semasa beratur hendak mengambil lauk (sekarang kan kenduri banyak yang ala-ala buffet) , ada orang-orang yang tidak mahu beratur. Mencelah masuk sahaja. Mentang-mentanglah gelang tangan dia berurat-urat di pergelangan, beraturlah sikit, saya pun lapar juga.
  • memilih lauk ayam berjam-jam (okay ini menipu je... bukan berejam... tapi memang lamalah) , kejap ambik ayam, letak balik, pilih yang lain lagi, ambik... letak balik... (makcik... ini bukan pasar tani ya... ambik je la... tak cukup nanti, beraturlah balik, ambik yang lain)
  • tempat duduk tak cukup, orang yang dah habis makan buat tak nampak.... saya tahulah dah lama tak jumpa kaum kerabat, tetapi lepas makan ajaklah mereka ke tempat lain untuk bersembang bagai...
Tapi apa pun... saya sebenarnya suka menghadiri kenduri kawin. Dapat lihat pelbagai ragam dan selalu dapat berjumpa dengan ramai kenalan.

SELAMAT PENGANTIN BARU untuk yang akan dan baru menyambutnya.
*khas untuk Suhaili dan suami.... nampak cantik bertema merah putih.


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 comments:

  1. salam. kakpah juga tak gemar bila:
    ambek lauk penuh sepinggan. lepas tu bila makan, tak habis. Lauk beketul2 terbongkang dalam pinggan.
    Allo!!.. larilah bajet. Ada orang yang belum makan lagi tuuu....

    ReplyDelete
  2. Salam...

    ..."Mentang-mentanglah gelang tangan dia berurat-urat di pergelangan," situasi di mana-mana saja masa kenduri kahwin ada saje yang suka mempamerkannya walaupun baju kurung itu lengannya panjang sanggup disinsingkan dan memanjang jer bertongkat siku..

    Saya selalu nampak ni cikgu...tak gemar tengok

    ReplyDelete
  3. @kakpah

    betul kak pah... macam tak pernah jumpa ayam masak merah diorang ni kan...

    ReplyDelete
  4. @Abd Razak

    ni kekadang diorang buat tak sengaja kut...
    *berbaik sangka*

    ReplyDelete
  5. salam ziarah..
    huhu, da ramai2 orang cam tu macam2 fesyen la ada kan..sy tak gemar sangat tempat2 cam nie..
    datang makan jew la..hehe

    ReplyDelete
  6. Aku plak kalau kat tempat orang kawin suka menjeling2 kat awek2 yang kontrol ayu. makin d kenyit semakin ayu di kontrol nya.. hahahahaha

    ReplyDelete
  7. sha pulak tak suka org yang suka sangat jumpa saudara mara tp macam saudara mara tu dia aje yang punye.

    kita takde can nak jumpe sebab semua org kena dgr kata dia, laga pipi dengan dia.

    tp, biarlah...semua org nampak perangai gila kuasa tuh...

    ReplyDelete
  8. nanti akak normah nak buat kenduri jangan lupa jemput saya..hehe

    ReplyDelete
  9. baru balik dari kenduri kawen.. dan apa yg akak sebutkan memang jadi tadi kat depan mata..

    ReplyDelete
  10. sambutan perkahwinan dekat gaza tak sempat nak buat itu semua. majlis kita terlalu mewah dan sampai peringkat membazir melampau.

    ReplyDelete
  11. CIKGU, semua yg tersenarai tu saya setuju. Benar belaka. Nak gelak pun ada...


    Apapun kalu sekali sekala jumpa kaum kerabat sahabat handai memang seronok. Sebab tu kalu kenduri kengkawan lama, saya lebih suka datang lewat skit, waktu tak puncak so leh borak lama skit.

    Kalu sedara mara pulak, datang awal dari waktu puncak, sbb leh tolong dan leh spend masa lama dgn kaum keluarga..

    Ok ler tu kan?

    ReplyDelete
  12. haha. nice entry akak. suka point no 1 tu..

    "Mentang-mentanglah gelang tangan dia berurat-urat di pergelangan, beraturlah sikit,"

    -- biasa org2 kaya ni eksyen je lebih...

    ReplyDelete
  13. itulah jadi kalau masing2 pentingkan diri...

    psstt
    plz email me your details, nak pos buku tu..

    ReplyDelete
  14. @DiL

    jangan jadi juling sudahlah DIL

    ReplyDelete
  15. @cHeRyNa PiReS

    yalah... nak tunjuk yang dia ada sangkut paut...kan sha

    ReplyDelete
  16. @n@m@n

    insyaAllah... takut lak buat kenduri, orang tak datang

    ReplyDelete
  17. @s1t1 2uL41k4

    sama ngan akak petang tadi... gitulah

    ReplyDelete
  18. @abu muaz

    betullah abu muaz... buat salah, tak buat pun salah jugakkan...

    ReplyDelete
  19. @azieazah

    yang azie buat tu elok benar... boleh contohi

    ReplyDelete
  20. @Oh Malaysia

    kadang-kadang, tak kaya mana pun...

    ReplyDelete
  21. Salam Cikgu.
    Hmm, sekarang Cikgu lebih kerap buat N3 ya? Baguslah dpt lebih berkongsi pandangan, ilmu & pengalaman.
    Isu ini mmg lece. Saya selalu langkau jer orang yg buat lambat2 tu! Kalau tak cukup tempat duduk pula, menengek aje kat mana dapat! :)

    ReplyDelete
  22. saya perhati itu semua...persangka baik dah lah...dah memang adat begitu...pergi kenduri kawen nak baju baru - nak pakai macam2 barang kemasnya dan sebagainya....( kadang2 terfikir depa tu tak faham cara berpakaian ke majlis ke )...tapi saya malas nak kisah...sebab saya pergi majlis ni nak penuhi jemputan...lepas tu nak ke jemputan lain pulak...macam majlis rasmi pulak!

    ReplyDelete
  23. dalam semua senarai tu yang paling saya tak suka

    1. anak beranak laki biini kaut lauk semua jenis menimbun - kemudian makan tak habis

    pantang nombor satu - kita dtg kenduri atas jemputan dapat pahala, kalau buat sikap macam tu tak dapat apa-apa..berdosa lagi!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.