Wednesday, June 23, 2010

Syurga yang disegerakan

Syurga yang disegerakan.

Itu antara isi sembang motivasi Ustaz Pahrol dalam radio IKIM. Tertanya juga. Apa dia syurga yang disegerakan? Saya terbayangkan rumah tangga. Tetapi ada kalanya rumah tangga boleh menjadi neraka yang disegerakan. Tak percaya? Percayalah. Bukan sedikit manusia yang punya masalah dalam rumah tangga, hidupnya jadi kecelaruan ya amat. Jangan main-main.

Rupanya syurga yang disegerakan merujuk kepada ketenangan hati. Hati yang tenang memang tidak boleh dibeli dengan apa saja. Bila hati tenang, segala di sekeliling nampak mudah dan tampak indah. 

Tapi hendak mendapat syurga yang disegerakan ini bukan mudah. Ibarat hendak memiliki kaca dan permata. Bukan mudah jika ingin memiliki permata. Dan tidak susah hendak memiliki kaca. Memiliki syurga di hati, perlukan mujahadah, kata Ustaz Pahrol.

Ingat saja kata-kata ini,' Ada kerja yang kita perlu buat, tetapi kita tidak suka; ada juga kerja yang kita suka buat, tetapi tak patut dibuat'. Dalam berusaha memiliki syurga yang disegerakan kita patut membuat kerja yang patut dan perlu dibuat, walaupun kita tidak suka.

Semua pun rasanya sudah maklum apa kerja-kerja tersebut.
Saya pun sedang meneliti semula senarai kerja yang patut saya buat dan yang saya suka dan tidak patut saya buat.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. urm...sgt betul.Nak memiliki ketenangan hati tu sgt susah.Dan jika dimiliki,mmg seumpama memiliki syurga.Sbb ketenangan bukannya boleh dibeli dgn wang.Allah yg beri...sprtmana yg dinyatakan dlm suraj al-Fath ayat 4.

    Sgt setuju!Walaupun tak suka,kita perlu juga buat apa yg wajib kita buat.Yakin sgt2...setiap perintah Allah adalah utk kebaikan kita!

    Be a muslim?Oh!sorry.I'm not interested...

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Kalau hati kita punya sifat-sifat mazmummah memang payah nak kecapi bahagia dan tenang...kena buang segala hasad dengki, marah, dendam, bakhil, tamak, tidak sabar, ego, cinta dunia dan lain-lainnya.

    ReplyDelete
  3. rumahtangga kalau dibina atas dasar kasih sayang yang jitu, akan berkekalan insyaAllah...

    ReplyDelete
  4. cikgu,

    kalau hati kite tenang, tp org lain yg buatkan hati kite x tenang...ada gangguan dalam rumahtangga..walaupun rumahtangga dibina diatas dasar kasih,sayang dan cinta....gangguan2 ini lah yg buatkan kite buat perkara yg x patut kite buat....walaupun kite tidak suka...olehitu dalam mencari syurga yg disegerakan..org2 yg membuat gangguan rumahtangga orang ini haruslah insaf pd diri sendiri....insaflah.. jgn biarkan permata berderai di dalam mimpi... buatlah perkara2 yg wajib di sisi Allah S.W.T..

    ReplyDelete
  5. salam ...


    bukan sng nk tenang ......

    ReplyDelete
  6. Ketenangan hati mmg takde jual kat 7 eleven... So kalo dh dapat ketenangan mmg sgt best...

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Mah..

    Ke tenangan hati datang bila kita bersyukur kpd tuhan atas segala yang diberikan kpd kita.....

    ReplyDelete
  8. Inilah yang sebetulnya bila kita merujuk 'syurga dunia'

    Dalam satu buku Dr. Haji Jahid yang saya baca, antara ditulis Allah s.w.t kurniakan hidayah pada tiap2 org sesuai dgn keadaan hati. Antara kebijaksanaan Rasulullah s.a.w ialah kebolehan memberi jawapan yang benar2 sesuai dgn kedudukan orang yang bertanya.

    ReplyDelete
  9. suka baca buku ustaz pahrol...thanx cikgu

    ReplyDelete
  10. salam singgah! :)

    suka entri ni. :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.