Wednesday, February 29, 2012

hati tersentuh

Semuanya ada 10 kelas tingkatan 2. Dan ini adalah kelas yang paling akhir dalam senarai kelas mengikut susunan.

Riuh suasana sewaktu itu. Waktu saya mengajar. Sebenarnya tidak mengajar pun, sekadar memberi latihan di papan putih, beberapa soalan kuasa dua, punca kuasa dua, kuasa tiga dan punca kuasa tiga. Meminta mereka menyelesaikan sendiri kerana ia sudah dipelajari dan saya hanya bergerak mengawasi.

Mengulang kaji entah kali ke berapa pun tak tahulah saya.

Budak Farhan di depan mata saya waktu itu sudah menyembamkan kepalanya di atas meja sambil mengeluh kuat. Merajuk dengan saya.

Saya panggil cikgu berapa kali , cikgu saja tak nak ajar saya.

Alahai. Dari Tingkatan 1 lagi, perangainya begitulah. Kuat betul merajuk.

Bukannya tak mahu mengajar dia, tetapi pelajar-pelajar lain pun sibuk memanggil dan bertanya, menarik lengan baju lagi, menunjuk kerja yang telah mereka buat agar saya beri pujian dan berbunga hati mereka.

Cikgu...

Cikgu ...

Kiri kanan  memanggil. Dan si Farhan masih menyembam kepalanya.  Bila diterang, faham waktu itu dan masuk soalan seterusnya menjerit semula sebab tak faham dan menyalahkan saya tak mahu menunjuk ajar dia.

Tetapi budak yang seorang  ini pula lain perangainya. Ke depan ke belakang, sibuk membuat kerja saya. Ke depan, menunjuk kerja beliau, dan setelah saya memuji sesen dua, dia tersengih suka dan kembali menekuni soalan yang seterusnya.

Hariz, namanya. Budaknya  hensem.

Bila loceng berbunyi, bersegera mengutip buku-buku rakannya dan ingin mengikut saya keluar.

Tak payah Hariz, saya dah suruh penolong tingkatan bawakan. Lain kali awak bawak ya.

Patuh .

Tetapi, tetap mengekori saya hingga beberapa langkah menjauhi kelas dan rakan-rakannya.

Cikgu, cikgu ...

Ya, Hariz. Eh pergilah masuk kelas.

Tak , nak cakap sikit.

Saya mendengar. 

Saya nak minta maaf sebab tahun lepas saya selalu ganggu kelas cikgu, lari-lari tepi kelas.

Ya, saya memang ingat si Hariz ini, pelajar kelas sebelah yang selalu mengganggu kelas saya. Berlari-lari, membaling kertas dari luar ke arah kawannya yang berada dalam kelas saya, mengintai celah tingkap dan membuatkan anak murid saya tak senang duduk dalam kelas.

Saya masih ingat.

Tapi , tak sangka sungguh, dia meminta maaf dari saya.

Ah, tersentuh hati :)

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 28, 2012

boleh tak?

"Want to deliver the message, be the message ~ Saifulislam "

Selamanya saya tertanya dan saya tahu , saya tidak berperanan mana. Sampaikanlah walau satu ayat, tidak saya jelmakan dalam cara dan tindakan saya. 

Saya sayang agama ini, saya sayang iman ini, tetapi kehendak itu, merealisasikan mesej menyampaikan , tidak saya penuhi. Dan kita pun tahu, pemergian Rasulullah usai khutbah terakhir Baginda, menghasilkan ribuan pendakwah yang mati mereka bukan di bumi Arab malah melangkaui ke negara jauh, yang bahasa pertuturan dan budaya amat asing sekali. Kerana tanggung jawab menyampaikan itu, walau pun hanya satu ayat tidak melemah atau mematahkan semangat mereka.

Dan saya di sini, dengan sahabat dan jiran yang masih berlainan agama pun tidak tega berbicara tentang agama yang saya kasihi ini.

Lemah sekali kan.

Cumanya saya berharap dengan hati sekeping ini agar, mesej Islam yang hendak saya sampaikan itu terselit dan terjelma dalam tindak tanduk dan langkah yang saya bawa.

Saya mahu menjadi mesej itu.

flower hooks
menyangkut bahagia dalam hati .....

Mesej apa?

Bahawa agama ini adalah agama yang penuh dengan rahmat mencurah. Agama ini terisi dalamnya segala kebaikan, kasih dan pengertian.

Justeru itu, saya mahu menjadi insan yang terisi dalam diri ini dengan segala kebaikan, hadir saya mendatangkan kebaikan bagi insan lain , kewujudan saya mencambahkan kebaikan dan pemergian saya mewariskan kebaikan. 

Saya juga mahu menjadi insan yang terisi kasih dalam hati ini, melimpah ruah, sehingga semua yang ada di sisi juga terpenuh hati mereka dengan kasih yang sama.

Saya juga mahu menjadi insan yang penuh dengan pengertian, memahami kepayahan sahabat dan membantu memudahkan, mengerti waktu dan saat sahabat memerlukan pertolongan dan doa tanpa perlu diminta dan ditagih.


Tetapi persoalannya ... boleh dan mampukah saya?



~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 26, 2012

kita saling melengkapi

Formula is blunt and memorizable. Cold and feelingless. Unlike poems you can interpret it in any way you like it. They are alive and give lives to other people ~ Noorul.Aaron Drowning

Sesungguhnya. 

Saya hanya seorang guru Kimia, yang saban hari mengadap fakta dan logik akal . Cuba memberi makna pada apa yang berlaku di sekeliling. Memang, seperti ia  kaku dan beku. Walau kaku dan beku itu bukan selayaknya, kerana saban hari penemuan baru sentiasa sahaja berlaku.

Cumanya, dinamika dalam logik ini hambar tanpa roh. Dan kerana itu puisi hadir melengkapi. 

Puisi itu memberi nafas.

Memberi roh dalam dinamika itu. Memberi getar dan rasa yang berbekas, agar sains itu tidak jumud dan kembali hidup. 

Saya tidak pandai berpuisi, tetapi cuba memahami, kerana saya tahu puisi yang baik itu sangat indah dan memberi makna.

Tetamu Senja, puisi yang sering ke udara di radio Ikim. Baru hari ini menemuinya.



Sesungguhnya kita saling melengkapi. :)

Salam kasih yang mewangi dari saya.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 25, 2012

i luv u ...

Sejujurnya  belum pernah seumur hidup saya melihat pengantin berbajukan surat khabar. 

Pernah dahulu sekali berpeluang menghadiri perkahwinan keluarga yang agak dhaif juga, di kawasan yang agak jauh ke pedalaman, menaiki rumah pengantin pun risau kerana terasa seperti bergegar dan amat kecil. Tetapi tetap pengantinya memakai baju pengantin berkain songket, walau songketnya hanya songket yang dicap mesin bukan kain tenun.

Tapi hari ini, menjadi sejarah yag manis. Terakam dalam ingatan dan moga ia kekal dalam fikiran.

Satu, satu pengantin yang ada dihias dengan helaian suratkhabar menyerlahkan kreativiti dan semangat keakraban yang tinggi.

Memang satu anugerah Ilahi mendapat sahabat-sahabat seperti mereka ini.






Acara kerja kumpulan semasa Latihan Dalam Perkhidmatan di sekolah pagi tadi , mengeraskan perut dengan ketawa yang seperti tak ada hentinya.

Yang pasti dan sesungguhnya terkesan di hati adalah sifat sporting dan kesungguhan rakan-rakan di sekolah.

Rakan datang dan pergi, silih berganti, tapi yang ada di hati tetap tidak boleh dicari ganti.

Luv u all :)

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 24, 2012

buku impian

“The poor man is not he who is without a cent, but he who is without a dream” – Herry Kemp

Saya mengimpikan kasih ini berkekalan, tidak kenal erti surut dalam limpahan sayang tetapi terus mekar dalam redha Allah. Walau saya tahu impian dan kenyataan adalah dua realiti yang jarang sungguh terjumpa titik pertemuannya.

Awak datang kursus motivasi semalam ?

Pelajar-pelajar perempuan ini berlima, tinggal sebentar selepas kelas, membantu saya mengemas makmal. Menyapu dan menyusun kerusi  dan alatan makmal.

Datang.

Semuanya mengangguk. Pelajar-pelajar yang baik. Pekerti mereka juga sedap dipandang. 

Ramai tak datang semalam kan ?

Mereka mengangguk.

Biasalah, bila kursus motivasi percuma, ramai yang mengambil peluang memonteng dari sekolah. Tidak hadir, kerana merasakan diri sudah bagus dan tidak perlu suntikan apa pun dari sudut persediaan serta mental.

Seronok tak ?

Best, cikgu.

Awak dah buat buku yang disuruh oleh fasilitator tu semalam ?

Buku impian tu, ya , cikgu ? Dah, semalam pergi beli.

Wah, bagusnya ... jangan lupa selitkan juga ...

Terhenti. Sengaja saya berhenti sebentar, mahu mereka menerka dan bertanya.

Kimia A ya cikgu ?

Yalah, tapi bukan yang itu.

Habis ?

Tuliskan juga impian tentang orang yang akan mengasihi dan menjadi pasangan anda nanti. InsyaAllah apa yang tertulis dalam buku impian, akan direalisasikan Allah.


Anda pernah dengar ?

Saya baru hendak punya satu :)

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 23, 2012

makbulkanlah doanya

Dua tiga hari ini, kerja saya asyik tidak menjadi.

Perubahan acap kali mengubah kebiasaan. Dalam hendak mencari rentak dan tempo yang sesuai, segala yang dipegang rasa tak kena. Pun begitu bersyukur sangat kerana Allah kurniakan kemanisan rasa waktu ini.
Kita tidak boleh mengawal apa yang berlaku ke atas diri kita, tetapi kita boleh mengawal reaksi kita terhadap apa yang berlaku. Ini yang dinamakan persepsi. ~ kata pujangga

Akak sentiasa percaya bahawa kesedihan yang kita rasa hari ini sebenarnya adalah kegembiraan di masa akan datang.

Suara di hujung talian diam mendengar kata-kata saya. Sedih dia di sana. Saya tahu.  Tapi saya tahu dia wanita kental, hatinya waja dan azamnya sentiasa kuat. Sejak kecil lagi, sifatnya begitu. Pantang menyerah. 

Akak , doakanlah ya.

Pasti.

Sudah semestinya.

Lena tidurnya lewat ini asyik terganggu. Fikirannya kacau tetapi saya tahu dia bukan duduk membatu . Ujian yang tidak diminta. Ah, siapalah yang waras akalnya di dunia ini mengharapkan diuji dalam hidupnya?

Pun begitu, sedih di jiwanya itu tetap juga menyinggah di hati saya. Dan saya rasa juga gusar dan resahnya.

Doa saya sentiasa bersama dia. Moga Allah mudahkan usahanya dan makbulkan doa-doanya.

Amin.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 22, 2012

salam sayang

Life is so unfair.

Saya pandang wajah sahabat saya ini. Seri wajahnya tampak jelas di mata saya. Tutur katanya masuk satu-satu dalam hati. Akan saya ingat sampai mati.

Dan waktu ini, tatkala menaip, wajah itu muncul semula. Jelas. Senyum dan pandang matanya berbekas dalam hati dan jalur fikir.

Kalaulah hidup ini sudah terpenuh keadilannya, sahabat, tak payahlah kita bersusah payah dalam hidup ini. Kerana akhirat memang pasti tiada. Semuanya sudah kita terima dan kita genggam di sini. Dan pasti syurga pun sudah tersedia di depan mata kita di sini.

Tapi, kerana akhirat itu wujudlah, maka segala ketidak adilan itu sedang berlaku sekarang. Dan terpaksa kita telan satu-satu, sebutir demi sebutir, langkah demi langkah.

Pedih.

Sakit.

Dan berat sekali, kan.

Tapi, kan kita ada sama-sama. Mendoakan satu sama lain. Memberi tenang dan rasa bahagia walau cuma sebentar dan sementara. Supaya selepas rasa tenang dan bahagia itu, hati kita tambah kuat dan cekal untuk menerima segala ketidak adilan ini. Biarlah masa berapa lama pun, yang pasti segalanya tidak kekal.

Kita cuba perbetulkan niat. Kasih kita keranaNya, doa kita dan pengharapan kita mutlak hanya untuk Dia. 

Saya percaya sahabat saya ini juga mendoakan saya, kerana saya juga sentiasa mendoakan untuk dia, selagi nafas ini kekal dalam jasad ini.

Salam sayang.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 21, 2012

hantu kopek

*Muazzin.

Namanya indah. Kalau dalam Islam , nama itu punya status tersendiri , istimewa sebagai penyeru dalam aktiviti paling penting, menegakkan solat.

Eh, tulislah Muazin. Napa awak termenung lagi ni?

Kecil molek budaknya, sebaya anak saya, walau tubuh anak saya dua kali ganda dari saiz tubuh Muazin. Dia tersengih. Masih menari-narikan pen biru di atas kertas sekeping. Buku tulisnya dikata hilang entah ke mana. 

Awak pernah dengar kisah Nabi Muhammad pertama kali terima wahyu ?

Pelajar yang lain tidak menghiraukan saya. Dan saya tidak kisah. Kerana saya hanya ingin berbicara dengan Muazin sahaja. Memujuk dia untuk menulis.

Dia angguk.

Bila malaikat Jibrail minta Nabi baca, baginda kata baginda tak boleh baca, apa malaikat tu buat lepas tu?

Dia peluk Nabi.

Ha, pandai, dia peluk Nabi kuat-kuat sampai  Nabi susah nak bernafas. Lepas tu, Nabi kata dia tak boleh baca lagi,  kan, lepas disuruh oleh malaikat. Jadi malaikat Jibrail buat apa?

Dia peluk Nabi kuat-kuat..

Betul, Muazin. Sampai Nabi terasa seperti susah bernafas. 

Muazin pandang saya kehairanan. Sejak bilalah pulak cikgu Matematiknya ini menjadi seorang ustazah? Seperti saya boleh baca fikiran dia.

Ha, awak kalau tak boleh nak buat jugak ni, saya peluk kuat-kuat, sampai awak sesak nafas . Nak tak?

Tak nak, tak nak.

Tak pe, kalau tak nak, saya suruh Penolong Kanan Petang peluk awak kuat-kuat, nak?

Dia geleng kepala dan bersegera menulis.


*Bila mengugut si Muazin ini, terus saya terbayangkan kena kepit dengan hantu kopek. Hahaha. Anda tahu tak tentang hantu kopek?


~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 20, 2012

nasib kita camana ?

Mak akak tak marah ke nanti ?

Tu lah. Dia terpaksalah ikut nampaknya. Akak pun dah lama berkorban, suami pun alhamdulillah dah lama faham dan tak ungkit.

Bukan isu melepaskan tanggung jawab. Kerana telah  mengenali kakak ini sekian lama dan tahu benar sikapnya yang sangat mengambil berat dan sabar terhadap ibunya, saya tahu tindakannya itu telah lama ditimbang tara dan diperhalusi atas segala aspek. 

Saya hanya insan luar yang memerhati. Tidak berhak menilai dan menghakimi.

Sejak jaga emak akak ni, akak faham kenapa sesetengah orang begitu tega meletakkan ibu atau bapa masing-masing di rumah orang tua. Bukan kerja mudah, Normah. Banyak hati perlu dijaga. Hati emak, hati anak dan hati suami kena sentiasa dijaga. Lagi pula kalau dapat emak yang sangat sensitif dan ingin perhatian sepanjang masa. 

Nada suaranya berbaur sedih dan lelah.

Masalah kucing pun boleh jadi isu, emak akak tak suka kucing, dimarah-marah kucing tu, suami pulak terlebih sayang kucing. Akak lah kena jadi orang tengah. Kalau sehari tak pelah, ini isu bertahun-tahun. 

Memang payah. Dan sebenarnya, menjaga orang tua bukan kerja enteng dan bukan sebarang orang yang sanggup membuat sepanjang hayatnya.

Akak dah bincang dengan kakak akak yang sulung. Dialah pulak yang akan menjaga emak akak dua tahun lagi. Bergilirlah pulak. 

Isu yang tak habis. Selagi insan masih bernafas dan bumi masih berputar. 

Dari pandang mata saya, masih bertuahlah emaknya kerana anak-anaknya itu masih berperanan dan masih  mencuba jadi anak-anak terbaik.

Nasib kita pula ?  Tak siapa yang tahu.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 19, 2012

letak batu di muka

Hidup adalah sekolah , proses pembelajaran sepanjang hayat.

Kita berhenti mempelajari dan mengajar insan lain setelah nyawa kita diambil Allah keluar dari jasad yang fana ini. Dan waktu itu segalanya dibentangkan semula. Satu, satu. 

Ah, menakutkan...

Apa yang saya pelajari hari ini?

Belajar bersabar dalam jemu menunggu waktu, dan tahu bahawa orang lain akan senyum pada saya dengan syarat saya senyum terlebih dahulu kecuali kanak-kanak di bawah ini.


Mereka bukan anak-anak saya atau pun anak buah, tetapi anak-anak yang sedang menunggu waktu untuk masuk ke wad bersalin menziarahi ibu mereka . Dan penantian mereka dipenuhi dengan rasa keterujaan untuk mencium adik baru.

Kenapa makcik tak nak keluar baby?

Itu, yang berbaju putih bertanya saya. Tersedak saya dalam menyedut air MILO kotak. Masih jam 420 pm waktu itu, ada lagi 40 minit sebelum pelawat dibenarkan masuk menziarahi pesakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kelang.

Ada baby best tau, makcik, kita boleh cium-cium...


Ini untuk makcik, nanti boleh letak kat muka.

Itu yang saya tak tahan dan tak faham. Kenapa batu mesti diletak di muka?

Hahaha...

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 18, 2012

memang ngeri dan menakutkan ..

“If you would not want to be forgotten, as soon as you are dead and rotten, either write things worth reading, or do things worth writing.” – Benjamin Franklin (1706-1790) : sumber
Jika anda tidak mahu dilupakan (oleh manusia lain), sebaik sahaja anda mati atau mereput, buat salah satu perkara, iaitu tulislah perkara yang berbaloi untuk dibaca atau buatlah perkara yang berbaloi untuk ditulis.

Adakah selama ini apa yang saya tulis itu berbaloi untuk dibaca?

Entahlah, kan.

Yang pastinya, saya bukan insan terkenal punya fikiran tajam dan idea kreatif atau bernas hingga membuat manusia lain terpegun dan tercari-cari bahan untuk dibaca dari hasil tangan saya. Walau pun itu memang ada dalam spesifikasi anganan saya, tetapi memadailah dengan tulisan-tulisan syok sendiri saya selama ini dan  masih dikira bertuah  juga punya rakan-rakan yang sudi meluang masa membaca butir demi butir perkataan yang saya susun rangkaikan.

Saya tercari-cari idealisme seorang pemimpin itu bagaimana.

Setiap dari kita memang punya tanggung jawab memimpin, malah jika tidak memimpin orang lain pun, memimpin diri sendiri itu sangat dituntut serta akan dipersoalkan nanti. Dipersoalkan atas setiap tindakan dan keputusan yang kita ambil serta laksanakan. 

Sedangkan di persoalkan di dunia sahaja sudah bertitik peluh di dahi dan kering lidah dek kurang air liur, apatah lagi nanti bila di sana .

Dan andai menjadi pemimpin dalam kelompok sendiri? Bagaimana kah nanti?
Menjadi pemimpin, dan menjadi golongan yang dipimpin tidak sama. Golongan yang dipimpin seperti manusia di kaki bukit. Mendongak ke atas dan melihat pemimpinnya di puncak bukit. Serba-serbi tentang pemimpin itu diperhatikannya. Ada pujian, tetapi yang sering adalah kritikan dan celaan. 
Sedangkan pemimpin yang berdiri di puncak bukit, beliau melihat ke bawah dengan pandangan yang luas. Kritikan dari orang yang mengkritiknya, hanyalah salah satu daripada keseluruhan pandangan luasnya terhadap realiti golongan yang dipimpin. ~ Pemimpin Sepanjang Zaman
Hell
Pemimpin harus memimpin dengan pemikirannya yang berbaloi dibaca dan dikaji. Bukan pemimpin yang dungu oleh teks yang disediakan orang lain atau yang tidur di lensa massa. Kita boleh bersetuju atau menolak idea dan pemikiran seorang pemimpin. Tetapi pemimpin yang tidak mempunyai sebarang pemikiran dan idea, harus awal-awal lagi ditolak. Pemimpin tanpa idea, memimpin ke arah binasa dan memimpin sebagai boneka. ~ Pemimpin Harus punya Idea
Sememangnya  kepimpinan unggul dan tiada tandingan hingga akhir zaman nanti ialah kepimpinan Rasulullah SAW, dan kehadirannya di dunia ini adalah sebagai contoh. Bukan ilusi yang tidak boleh digapai dan direalitikan. 

Walau tidak bisa menjelmakan seluruh idealisme dari kepimpinan Baginda itu ,  apakah tidak mungkin cebis-cebis akhlak Baginda itu ditampak dan dijelmakan dalam peribadi?

Menjadi pemimpin walau dalam kelompok kecil bukan kerja main-main , apatah lagi jika ia dibayar dan ianya menentukan masa depan orang lain .  Dipersoalkan dan dinilai bukan di dunia sahaja tetapi selepas mati pun nanti ia menjadi penentu kesudahan hidup sendiri yang kekal nanti. Itu yang menakutkan. Menjadi igauan dan mengganggu mimpi.

Ngerinya ..

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 17, 2012

sedih

Hujan.

Hari ini rupanya hari ramai bersedih di sekeliling saya.

Dan Allah turunkan rahmatNya seolah memberitahu, sedih itu pasti akan surut juga dan diganti dengan rasa nyaman serta selesa.

Sedih.

Kitaran perasaan yang berupa nikmat Allah, dikurnia pada setiap kita dalam darjah yang berbeza. Kadang sedih itu terasa seperti selaran halus mata pisau berkali-kali atas sekeping hati, yang secara fizikalnya tidak nampak di mata tetapi pedihnya terasa hingga ke ulu hati. 

Jangalah bersedih.

Walau saya tahu, kata-kata yang tertulis tidak bisa meredakan sedih itu. Percayalah yang sedih itu akan lupus juga. Kerana tidak ada yang kekal di dunia, hatta rasa itu sendiri.

Saya sentiasa percaya, kesedihan itu menguatkan hati, agar hati lebih kental dan tabah. Hati yang tidak teruji akan sentiasa lemah dan hilang arah, leka dan menjauh dari Allah.

Dan dalam detik meniti kesedihan ini, saya panjatkan doa, buat mereka yang bersedih di sekeliling saya, agar Allah limpahkan rahmat dan kasihNya pada setiap keping hati itu, agar bila nanti dinilai sekeping hati itu , syurga lah yang layak menjadi tempatnya.

Amin.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 16, 2012

hari dan hati yang suram

Kalau boleh ya Allah, matikanlah saya pada hari Jumaat dalam bulan yang berkat dalam husnul khatimah.

Andai, diterima doa dan kehendak, alangkah gembiranya, kan. Bukan saya seorang saja yang bercita demikian. Saya tahu, berjuta lagi di luar sana yang lebih layak untuk dimakbulkan Allah doa ini.

Tapi, rezeki masing-masing tak siapa yang tahu .

Khamis malam Jumaat ini seperti suram bagi hati saya. Dari sejak pagi tadi, sebenarnya. 

Dalam perjalanan ke sekolah mendapat berita tentang penghijrahan deejay  radio Ikim , Allahyarham Abdul Razak  Arbain ke alam barzakh, membuat hati saya tiba-tiba sedih. Memang , saya pun tidak kenal beliau dan tak perasan pun siapa beliau, tapi mungkin di masa hidupnya yang penuh kebaikan, Allah dorongkan hati orang lain untuk mendoakan yang baik buat dia.

Lahir tahun yang sama dengan saya.

Membuatkan saya terfikir, agaknya berapa lamakah lagi bilah-bilah hari saya yang tinggal?

Bukankah hidup kita adalah bilangan hari?

Hari yang telah lepas, adalah hari yang telah hilang dalam garisan hidup kita. Dan masing-masing pun tak tahu, berapa sebenarnya bilangan hari yang tersedia untuk kita. Yang pastinya, bilangan hari yang tinggal untuk kita bersedia apa yang patut makin berkurang dengan bertambahnya bilangan hari yang telah luput.

Setiap kita juga ada rahsia keaiban yang tersendiri. Hanya kerana rahmat Allah masih tertutup keaiban itu. Kita berjalan dengan bangga di hadapan khalayak ramai serta merasakan diri suci. 
Sebenarnya, dalam banyak hal kita tidak suci, cumanya dosa kita tidak didedahkan kepada manusia. 
Kata al-Imam Ahmad dengan linangan airmata ketika dia dimuliakan: “Kami ini kesian. Jika tidak kerana tutupan Allah, nescaya akan terdedah aib kami”. Demikian tawaduknya imam yang agung itu. ~ Insaf Dalam Menilai Setiap Insan 

Agaknya sedih yang saya rasa  ini kerana memikir keaiban diri sendiri.

Kisah masa lampau , kalau boleh ingin dipadam dan dipetakan semula.

Saya tahu saya tidak bersendirian. Dosa pastinya tercalit dalam kain putih hidup setiap insan yang bukan maksum. Cuma besar atau kecil calitan itu yang membezakan.

Yang lepas hanya menjadi kenangan dan iktibar buat saya, agar tahu dan sentiasa sedar, saya ini tidak sehebat mana pun. Darjat saya tidak lebih hanya tanah yang dipijak-pijak, gah saya hanya ilusi dalam dunia yang tidak kekal ini.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 15, 2012

pelawak cilik

Ini kelas paling hujung di tingkatan dua. 

Kalau sudah dikategori sebagai kelas paling hujung, tentulah mereka ini lebih lemah dari sudut akademiknya berbanding dengan pelajar yang dikategori sebagai pelajar kelas-kelas hadapan.

Saya pula, sudah lama benar tidak mempraktikkan kemahiran saya dalam mengajar Matematik . Jadi , dua jenis manusia dipertemukan, di kelas ini. Kurang pengalaman dan kurang pengetahuan.

:)

Sifir?

3 darab 7 berapa ?

Terkebil-kebil mata-mata bundar mereka. Haha... kasihan pula rasanya.

Ok ... ok, keluarkan buku GAPEN awak tu, ada jadual sifir di belakang buku tu kan. Cuba tengok. Berapa agaknya 3 darab 7 ?

Pantas mereka mengeluarkan. Dan sibuk mencari.

21 .... 21 !!

Seronok sungguh dapat membahagiakan seorang guru dengan jawapan yang betul kan. 

Beruntunglah mereka ini kerana tidak di suruh berdiri di belakang kelas mengadap dinding seperti saya dahulu kerana tidak berjaya menghafal sifir. Selagi tidak menghafal, selagi itulah saya tiada keistimewaan untuk duduk bersama di dalam kelompok sahabat-sahabat yang telah celik sifir.

Tapi, objektif pengajaran hari ini bukan menghafal sifir. Jadi, walau ada keinginan untuk mendera mereka ini begitu tinggi dalam dada seperti yang saya rasa dulu , tetap tidak boleh terlaksana, kerana objektif pengajaran hari ini pasti tidak akan tercapai kalau saya asyik melayan keinginan itu.

Ok, sekarang keluarkan buku hijau ni. Kita buat latihan dari buku hijau ni.

Masing-masing sibuk menyeluk dan membongkar khazanah dalam beg . Buku hijau yang saya maksudkan terbentang di atas meja masing-masing, kecuali seorang ini. Rizwan.

Mana buku awak Rizwan ?

Ada.

Ha, keluarkan lah. Nak saya tokong ambikkan keluar dari beg awak ke?

Tak ada dalam beg saya cikgu.

Habis tu , kat mana ?

Ada kat kedai buku lagi,  buku saya tu. Simpan kat kedai buku.

#@?*&# !!

Bakal Maharaja Lawak rupanya budak si Rizwan ni.

Ish, ish, ish ...

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 14, 2012

musim mencerap kembali lagi





Min, kak Normah masuk tengok Min ngajar ya ?

Satu-satunya ayat yang menggusarkan bagi kebanyakan guru, bila mana ada rakan sekerja menyatakan hasrat untuk membuat pencerapan.

Alah, kak Normah janganlah. Takutlah kalau kak Normah nak masuk. Stress.

Jangankan si Min tu, saya pun akan stress kalau tahu ada orang yang akan membuat pencerapan hendak melihat saya mengajar dalam kelas. 

Kenapa stress ya?

Sebagai guru, saya rasa mungkin ramai juga yang sependapat dengan saya, bahawa mengajar adalah seni kemahiran. Kemahiran itu tidak sama antara satu sama lain. Dan biasanya kemahiran itu menjadi lebih baik dengan pertambahan pengalaman.

We are sensitive about this work we put our heart, souls, and imagination into, as well as our brains. Although there are many best practices from which we can learn, there is also the reality that what works in one moment might not work in the next. What works for one student might not work for another. What works for you might not work for me.

We teach in public schools, but having someone come into your classroom often feels more like having someone come to your home. You want to make sure your dishes are done, dirty laundry is not lying around, etc. You want to be ready. I can't fully explain why, but even when the plan is exactly the same, the art is a little different when it's not just you and the students. 
Understanding Why So Few American Teachers Observe Each Other

Masalah pencerapan dalam konteks di Malaysia ini saya kira, berdasar pengalaman ialah kebanyakannya lebih bercorak performance indicator dan bukan bersifat personal development


Sejak saya mula mengajar lagi, kebanyakan yang masuk ke kelas sebagai pencerap adalah mereka yang punya autoriti di aras pentadbiran atau nazir-nazir pelajaran. Dan biasanya, walau bukan semua, pencerapan lebih berciri melihat kekurangan dan kelemahan pengajar mengawal kelas, interaksi antara guru dan murid, kreativiti teknik penyoalan dsb.



Siapakah yang suka dirinya dikritik dalam seni kemahirannya?



Kritik dan komen sebegini iaitu kelemahan dan kekurangan menjadi kritikan bersifat personal . Inilah yang tidak sanggup didengar, sebab kita bukannya artis program realiti yang menerima bilangan sms paling tertinggi. Kita hanya manusia biasa, yang cepat terasa dan cepat terkilan.



Bagaimana pencerapan yang bersifat personal development ?



Secara idealnya, yang tergambar dalam kepala , dan tidak semestinya semudah itu terlaksana ialah pencerapan rakan sebaya (peer observation). Mencerap dengan tujuan ingin mempelajari dan mengambil nilai baik dari rakan guru. Itu sepatutnya menjadi asas pencerapan.



Pencerap boleh jadi sesiapa sahaja dari rakan guru, dan bukan bertujuan memberi penilaian markah berskala apa pun, tetapi lebih bersifat memperkaya pengalaman dan kemahiran. Guru baru duduk mencerap guru yang lebih senior atau sebaliknya dan usai pencerapan, perbincangan serta perkongsian teknik yang baik wajar dibuat.



Secara teorinya nampak indah sekali, kan.



Nanti lah, bila saya punya sekolah sendiri... kahkahkah.




~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 13, 2012

memang tak ada kena mengena pun..

Manusia boleh terbang di udara seperti burung dan berenang di laut seperti ikan, tetapi masih ramai yang tidak boleh hidup di muka bumi seperti manusia.

Bila terbaca kata pujangga tersebut, lantas terus jatuh cinta.

Bukan jatuh cinta pada penulisnya, tetapi pada kata-kata tersebut. Walau pun memang penulis dan cara penulisannya memang hensem, tetapi kata-kata tersebut saya kira pun bukan hak mutlak beliau. Baca artikel beliau di sini , tajuknya pun hensem : Mereka tak tahu dendam dan kecewa.

Saya teringat dulu, tatkala masih zaman budak-budak, waktu itu awal 70 an, memang zaman apa tu ya? Zaman hippies kut  kan. Zaman itu saya berangan sangat-sangat hendak punya rambut stail flip.

Macamana stail flip tu?


cantik tak ? link nya di sini


Saya memang hendak yang amat sangat mengikut. Tuhan saja yang tahu. Nasib baiklah, tak reti dan waktu itu pun masih budak lagi. Sekadar berangan.

Saya sentiasa mengingatkan para pemuda dan sahabat saya. Ia satu amalan sunnah, jika kita belajar dan mengajarnya kepada orang lain, kita akan mendapat banyak ganjaran ~ Syeikh Fattabiouni.
Bukan mengajar dan mengamal potongan rambut ala flip tu, tapi tentang satu rutin yang selalu kita lakukan, tetapi jarang benar kita kaitkan dengan amalan sunnah yang Nabi sangat gemari.

Kalau kita buat dalam keadaan kita sedar secara khusus serta mengajar orang lain untuk punya kesedaran khusus itu, menggemari lalu mengamalkannya bukankah ia pahala yang berterusan dan menjadi pencen kubur kita juga nanti.

Apanya?

Mengutamakan segala yang kanan dalam mebuat kerja baik.

Pakai kasut sebelah kanan dulu, sikat rambut sebelah kanan dulu, beri minum pada orang sebelah kanan kita dulu, menyusun benda dan meletakkannya mengikut urutan kanan dahulu, memberi dan menerima barang sebelah kanan dulu.

Bukankah semua itu perkara biasa yang kita lakukan setiap hari.

Tetapi tanpa sedar, kita tidak mengaitkan ia dengan sunnah Rasulullah.



Contoh; kalau saya pergi ke kedai gunting. 
Saya akan ajarkan dia dengan berkata, Ya fulan, sunnah Rasulullah SAW, baginda suka dahulukan mencukur bahagian kanan sebelum bahagian kiri. 
Lebih baik kau ikut sunnah Rasulullah SAW. 
Berapa banyak kau gunting dalam sehari? Dia mungkin jawab, 10, 20 kali dan yang terkenal mungkin 40 kali sehari. 
Jika kita congak kebiasaannya 20 kali sehari. Jadi dalam setahun sebanyak 70 ribu kepala yang telah dia guntingkan. 
Maka kita telah hidupkan sunnah nabi SAW sebanyak itu. Sebab itulah saya suka bercukur di kedai gunting . 
Kenapa? 
Supaya saya boleh ajarkan mereka sunnah Nabi SAW. Dengan itu saya telah sebarkan sunnah Rasulullah SAW yang asing bagi orang lain. 

Saya yang menonton video itu tadi , terasa keterujaannya hendak mengingatkan dan menyebarkan tentang  sunnah Rasulullah SAW yang satu itu, iaitu mendahulukan yang kanan. Sebab ia teramat mudah. 

Jom.

Kita buat dan kita tahu ia adalah sunnah.

*Jadi apa kena mengena mengutamakan sebelah kanan dengan rambut flip ? Tak ada kena mengena pun. Saja merapu. :)


~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 12, 2012

jom, banding apa yang kita ada..

Ahad.

Segalanya tentang hal peribadi dan keluarga perlu dilangsaikan hari ini. Tapi, masih berlengah, mengambil ruang masa untuk menulis juga.



Lalu Mariam kata, " Alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku pun dilupai, tak dak sapa kenal aku." 
Dia tahu ujian Allah, tapi (sebagai) seorang hamba Allah , berat dia rasa, kalau mati pun tak palah, dia kata. 
Allah Maha Pengampun, Allah tak murka kat Mariam. Allah rakamkan apa yang Mariam sebut. Allah tahu ini hambaNya. Ini beban. 
Ulamak-ulamak tafsir menyebut bahawasanya, apabila satu orang itu (terasa) beban dengan ujian hidup, dia rasa beban dia nak hidup, dia kata Ya, Allah, kalau kau matikan aku pun tak apalah. Tidak dianggap berdosa, selagi mana dia mintak kat Allah. ~ bermula minit ke 0:15 - 1:01

Maryam ibu kepada Nabi Isa, takut menghadapi fitnah selepas beliau diberitakan perkhabaran yang dia mengandungkan Nabi Isa tanpa seorang lelaki bergelar suami di sisi.

Betapa besar dan hebatnya ujian itu.

Hendak dibanding dengan ujian yang saya tempuh hari-hari? Setakat, pelajar degil dan bermasalah. Setakat duit tinggal sesen dua sementara gaji akan masuk di hujung bulan. 

Tak payahlah rasanya saya membanding diri dengan Maryam.

Cukuplah dengan membanding dengan wanita-wanita  yang membesarkan anak mereka untuk menjadi syahid di Palestin.

Itu pun ibarat jauh panggang dari api.

Memang jauh nilai hati mereka dengan sekeping hati yang saya punya.





Ahad, memang hari terbaik untuk membanding diri. :)

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 11, 2012

nak jadi jutawan juga ..

Siapalah dalam dunia ini yang tak ingin menjadi jutawan?

Ada?

Tak pernahlah lagi terbaca atau kenal insan yang tidak ingin menjadi jutawan. Mungkin istilah jutawan itu sekarang boleh diganti dengan bilionwan. 

Sebab maksud jutawan mengikut kamus DBP online ialah orang yg kaya dan mempunyai wang atau harta yg nilainya berjuta-juta ringgit. Jadi kalau dia punya harta berbilion dolar Amerika, patutkah lagi kita panggil dia jutawan, sedangkan hartanya saja telah melebihi jutaan.

Kalau millionaire dalam Bahasa Inggeris bermaksud jutawan dalam Bahasa Malaysia, perkataan billionaire pula ?

Entah?

Saya hanya menjadi perosak bahasa sahaja, saya tahu. Kalau mengikut DBP online juga , billionaire masih juga disebut jutawan. Sangat tidak adil bagi billionaire itu kan  :)

In reflex, I blurt out my thoughts, “I will never be rich like a millionaire ...” 
“You can say that again!” Mother says tartly. 
Chin tilting up defensively, I say, “Well, I love my job because I meet all sorts of people. I am rich in experience.” 
“I agree,” Encik Saiful says, startling me. “It’s not every day I have a chance to sit down and share these stories with anyone. Your daughter has a good job. She is a millionaire in experiences!” ~ Alexandra Wong - Money isn't everything

Artikel tersebut berkisah tentang En Saiful yang menjadi jutawan hanya dengan berniaga Nasi Kandar. Ditulis oleh Alexander Wong, yang bukan seorang jutawan tetapi hanya bertugas sebagai seorang wartawan. Dan ayat En Saiful itu menunjukkan sifat rendah diri beliau, mengatakan Alexander Wong adalah seorang jutawan juga, iaitu jutawan pengalaman.

Itu sebenarnya, cita-cita saya semasa masih bersekolah rendah lagi. Menjadi seorang jutawan pengalaman.

:)

Cita-cita yang tak pernah padam dalam hati, seperti cinta pertama yang tak pernah dilupa, tetap punya tempat istimewa.

Pengalaman tidak boleh dijual beli. Ia milik tersendiri, dan sesatunya aset yang sentiasa bertambah dan tidak berkurang, kecuali lah, tiba-tiba kita jadi hilang ingatan.

Dan bukan semua orang boleh berkongsi pengalamannya dengan sesiapa sahaja. Seperti En Saiful, kisah hidup beliau, hasrat dan keinginannya tak selalu dikongsi dengan manusia lain, tetapi terhambur keluar waktu sesi bertemu ramah dengan wartawan itu.

Itulah istimewanya wartawan yang tulus niat dan jelas arahnya berkongsi peristiwa hidup dengan manusia lain. Menulis untuk berkongsi agar warna hidup insan lain juga meriah dan indah.

Kepada semua wartawan dan penulis di luar sana, salam kasih dan doa saya bersama kalian agar nilai kemanusiaan sejagat itu kembali menjadi agenda utama dalam laporan , analisa dan penulisan, bukan sisi-sisi murah dan nilai kehaiwanan itu yang diangkat dan dipapar di muka depan tulisan anda.

Salam petang Sabtu.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 10, 2012

dah tetua baru nak insaf

Kita adalah orang atau insan yang sentiasa nak jadi baik walau pun kita belum menjadi baik, tapi kita komited nak jadi baik. ~ Ustaz Pahrol Mohd Juoi : Orang ikhlas tertindas?
Itu mukaddimah Ustaz Pahrol dalam sembang bicaranya pada petang 23 Jan 2012 di radio Ikim, yang saya ulang dengar sekarang, sambil menaip entri di hari Jumaat yang penuh berkat ini.

Suara Ustaz bergemersik menyentuh hati.

Belum pernah lagi berjumpa dengan Ustaz Pahrol, tapi saya membayangkan mestilah orangnya tampan dan soleh.

Membuat kerja walau kecil tetapi dengan berjiwa besar.

Seperti kisah budak gembala kambing di zaman khalifah Umar yang tetap enggan menjual seekor kambing dari beratus ekor kambing milik tuannya kepada khalifah Umar, walau dipujuk oleh khalifah Umar yang mencadangkan supaya budak itu menipu kepada tuannya.

Katakan sahaja seekor kambing itu telah dimakan serigala.

Umpan Khalifah Umar, yang secara logiknya memang boleh diterima akal oleh sesiapa sahaja, ekoran suasana waktu itu di padang pasir dan budak gembala itu hanya bersendirian.

Kalau begitu, di mana Allah?

Bijak budak itu menjawab. 

Ah, lantas saya teringat diri saya. Sudah puluhan tahun bekerja, walau pun bukan sebagai gembala kambing. Tetapi saya pasti , saya tidak seamanah budak itu. 

Memanglah saya tidak menjual kambing yang bukan hak milik saya.  :D

Tapi, saya pasti ada -  mengguna bahan di tempat kerja dengan bukan tujuan kerja tapi dengan tujuan untuk diri sendiri. 

Charge henfon mungkin , tanpa kebenaran dan tidak pernah membayar bil elektrik sekolah.

Alahai ....

*dah tetua baru nak insaf , kan    :(

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 9, 2012

berangan

Nak bercerita pasal diri saya hari ini boleh?

Eh, bukan ke tiap-tiap hari Cikgu bercerita pasal diri Cikgu dalam blog ni kan? 

Hehehe.

Yang tiap-tiap hari tu, memang saya bercerita pasal saya, tapi saya tak bagi tau . Yang hari ini pun hendak bercerita pasal saya juga, tapi saya bagi tahu dari awal.

Cerita aja lah cikgu, kalau sedap kami baca sampai habis, kalau tak sedap kami skip ke blog orang lain . Apa susah, kan.

Berangan.

Memang perangai saya yang utama.

Dari kecil dulu suka berangan. Masa duduk di flet polis Sungai Senam, saya berangan saya sebagai pelakon Hindustan, bila emak suruh saya menyiram pasu-pasu bunga kertasnya yang berderet di beranda depan rumah, saya akan menyiram sambil bernyanyi-nyanyi, siap berlari-lari anak dikejar 'hero' . Masa dulu memang suka betul menonton filem Hindustan di  TV hitam putih. 

Saya juga berangan nak lari dari rumah , waktu itu. Terutama selepas dimarahi emak. Siap buat plan dalam kepala lagi, nak keluar pukul berapa, bawak baju apa. Tapi selalunya , plan  terbantut, sebab saya tak tahu nak pergi mana dan takut nak keluar rumah waktu malam.

:)

Dah tua-tua ni pun, berangan jugak. 

Niat hati nak buat air nescafe tadi, entah macamana, boleh membancuh air milo pulak tanpa sedar.  

Entah apa lah yang saya angankan, saya pun tak tahu.

*sudah senja rupanya , leka menaip entri tiada motif ini :)



~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 8, 2012

kepala hotak di mana?

Hoi !!

Dia mengisyaratkan kemarahan dengan dongakan kepalanya. Orang lain tidak sedar. Tapi saya yang memang bersifat k-poci memang tahu apa yang berlaku. Kerana duduknya di depan saya. Kekasih di sebelah dia sudah tersipu malu.

Mamat India yang dimarahinya tadi datang membawa ais kosong.

Hoi ! Apa yang engkau tak puas hati dengan aku ?

Takde, saya mahu tukar lah itu air ..

Yang engkau buat muka dengan aku apahal ?

Inilah keturunan Hang Tuah dan Hang Jebat. Takkan Melayu hilang di dunia. Kerana tidak puas hati dengan layanan manusia lain dan merasakan dia lebih tinggi tarafnya dari Mamat India, maka dia berhak meninggikan suaranya di hadapan orang lain. Persetanlah dengan semua orang. Hak dia , itu yang penting.

Bukan begitu?

Babak tidak habis setakat itu.

Mamat India datang lagi, kali ini membawa mee goreng sepinggan. Saya membayangkan dia akan membaling pingan mee itu di hadapan anak muda ini. Tetapi tidak. Ah.... kalau ya, alangkah bagus adegan drama sebabak yang boleh saya rakam dan muat naik ke akaun Youtube. :)  

Anak muda itu berusia awal 20an, saya kira.  Sasa badannya. Keliling kukunya  kehitaman , balik dari bengkel , agaknya. Seluar jeans  yang dipakainya kelihatan rugged kerana ada kesan koyak di belah peha dan lutut. 

Engkau apahal ? Aku mintak ais kosong tiga kali, kepala hotak engkau bagi air suam. Lepas tu engkau buat muka kat aku. Apa jadah ? Apa yang engkau tak puas hati ?

Muka Mamat India sudah merah padam. Menahan marah atau menahan malu? Entah. Kuasa dia terhad waktu itu. Ini tempatnya mencari makan.

Dan kerana itu si Mamat India segera berlalu.

Budak muda itu tak puas hati lagi. Provokasinya tidak menjadi. 

Dia berdiri. Mengeluarkan rokok sebatang dan menyalakan. Disedut asap rokok sekali dan lantas berjalan ke arah cashier. Perjuangan perlu diteruskan , kalau boleh hingga ke titisan darah (atau titisan air liur ?).

Saat itu, adegan babak yang berlaku sudah jauh dari  saya. Yang saya nampak ialah Mamat India itu dipanggil, dan budak muda itu mengadu pada tauke restoran sambil menuding jarinya yang berkepit rokok pada Mamat India. Tauke kedai hanya mengangguk memohon maaf.

Dan saya lihat nada puas kemenangan tergaris di muka anak muda ini.

Anak muda zaman sekarang, yang kaya dengan darah perjuangan. Bergejolak semangatnya. Bahasa sentiasa menunjukkan bangsa. Dan kata-kata sentiasa membayangkan status hati seseorang.

Ingin rasanya saya pergi pada anak dara di sebelah anak muda itu dan berkata, "Kalau boleh anakku, carilah lelaki lain yang kurang sikit semangat juangnya. Takut nanti bila Mamat India tak ada, awak pula yang akan menjadi mangsanya."

Tak begitu?

Entahlah, saya kurang bersemangat juang hari ini.


~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 7, 2012

sadis ....

Walau pun sebelum ini,  dia tersenyum tanpa A, tetap hanya dia seorang buah hati pengarang jantung saya.

Kenapa  bidalan itu, 'buah hati pengarang jantung' ya?  Bila saya rujuk di laman web DBP, pengarang jantung tu maksudnya kekasih atau buah hati. Buah hati, memang maksudnya kekasih.

Jadi, buah hati pengarang jantung tu, maksudnya ialah kekasih kekasih. 

Baru saya tahu.

Ekoran dari kejadian "patutnya...", saat ini saya masih berjalan terhencot-hencot sedikit. Ah, tak perlu khuatir, sakit yang tidak menyusahkan pun, kerana semua anggota badan saya yang lain masih berfungsi dengan efisyennya. 

Dan , rutin harian waktu cuti masih seperti biasa. Pukul 12 pm, ke medan selera, makan tengahari bersama buah hati pengarang jantung.

Biar Harith gi bayarkan.

Tak apa, mama gi bayar nanti. Harith dah siap, gi masuk kereta dulu, k.

Tapi, kaki mama kan sakit.

Tak apa, mama gi bayar, Harith gi kereta dulu.

Dan saya pun menyerahkan kunci kereta pada si buah hati pengarang jantung.

Mama ni ....

Dia masih tak puas hati lagi. Saya pandang dia yang kelihatan besar dan tinggi sungguh bila berdiri di sebelah saya yang masih duduk menghabiskan baki ikan masak singgang di pinggan.

Kenapa?

Mama tak nak harith dapat pahala ke sebab tolong mama....

Hahaha....

Dan saya pun menyerahkan duit secukupnya untuk dia bayarkan di meja penjual. Sebab , sadis juga kalau orang nakkan pahala , kita menghalang pulak kan.

*selamat beristirehat bagi yang masih bercuti hari ini.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 6, 2012

patutnya....

Siapa yang buat ni ?

Jari kecil moleknya menunjukkan lantai yang tak rata. Matanya basah dengan air mata dan lolongan suaranya melagukan kesakitan berjaya diredakan sebentar.

Oh, jahat ya lantai ni, nanti mama babab lantai ni. Biasa ya, lantai ni buat adik jatuh. Mana sakit, tunjuk mama. Jangan nangis dah ya. Nanti tak cantiklah adik nangis.

Adegan biasa, kan.

Bukan dalam drama. Kisah betul, kisah biasa bagi yang punya anak kecil atau adik-adik kecil, kan. Kalau terhantuk dinding atau terhantuk bucu meja, dinding dan bucu mejalah akan menjadi mangsa dipukul oleh emak dan ayah , bagi memastikan jeritan sakit reda dan hati si 'pesakit' kembali tenang melihat 'dendam' sudah berbalas.

Bedebub!

Macam nenas busuk terjatuh atas lantai bunyinya. Plastik makanan bercap A&W bertebaran. Buku cerita paperback yang dikepit ke hulu ke hilir  turut menerima nasib sama.

Itu, lantai itu punya angkara. Lantai yang tidak sama aras, menampakkan kelainan dalam seni bina dan mewujudkan ciri eksklusif, rupanya menjadi medan untuk mencari mangsa. 

Jelas-jelas perkataan MIND YOUR STEPS dicat dengan huruf cetak di hujung lantai restoran, sebelum lantai itu terpisah dengan lantai laluan di luar restoran. Kenapalah saya tak perasan dan asyik memasukkan wang lebihan tadi ke dalam purse hingga tersalah langkah.

Ahh....!

Siapa lagi yang terjelepuk di depan A&W itu kalau bukan saya . Malu tak? Taklah... *hihihi*   

Mama, mesti mama ada buat salah ni tadi, tu sebab mama jatuh.

Pulak. Patutnya anakku, kau pergilah babab lantai tu tadi ...


*selamat beristirehat semua*


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 5, 2012

dah kata cinta, kenalah ikut

Kita sentiasa tidak boleh menipu hati sendiri. Biarlah sejuta orang di sekeliling menyatakan kita bahagia , tulus mulus dan ikhlas, jika kita telusuri hati kita sendiri, maka kita akan dapat jawapan yang sebenarnya.

Tidak perlulah kita membuat ego kita kelihatan besar, jika sudah jatuh cinta, tetap hati kita akan merintih. Dan jika benci sudah bersarang , tetap hati itu akan penuh rasa mual dan loya.

Dan kita juga tahu, hati yang penuh kasih tidak semestinya ia akan menurut.

Walau memang resamnya hati yang kasih itu akan menurut sahaja, tetapi manusia itu juga dibekali dengan sifat angkuh, kan. Dalam kita sebut kasih dan kita sayang bukan sedikit waktu-waktunya kita ingkar dan sengaja tidak mahu mengikuti.

Bukan begitu?

Saya tidak mengisahkan orang lain, tetapi tentang kisah saya. Yang selalu juga cinta, kasih dan sayang tapi sering juga tidak menuruti. Kasih , sayang dengan suami, emak, dan ayah, tetapi sering juga tidak menuruti kemahuan dan kata mereka.

Typical , seorang insan, kan.

Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu…. ~ Dia pernah mencintaimu

Dan layakkah saya meminta orang lain menuruti insan agung itu, sedang bibir yang menutur kasih ini juga tidak sebanyak mana asyik menyebut nama Baginda. Dan kata serta langkah saya sering juga tidak menurut kata dan langkah insan besar yang dikasihi ini.

Dan saya tahu juga, bukan serban, jubah atau janggut Baginda itu sahaja yang perlu dituruti, kerana jika itulah yang menjadi kayu ukurnya, manalah mungkin saya seorang wanita ini layak berdiri di belakang panji-panji Hamd nya waktu dibangkitkan nanti. Bukan. Bukan. Bukan itu sahaja.

Segala yang baik itulah Baginda Rasul.

Kata-katanya, senyumnya, pandang matanya, marahnya , kasih dan sayangnya, itulah yang patut saya turuti.

Tidak mahu saya nanti menjadi seperti Abu Talib yang mengasihi Baginda sepenuh hati tetapi tidak menurutinya. Juga tidak mahu menjadi seperti Abdullah bin Ubai bin Salul, yang mengikut dan menuruti Baginda Rasulullah tetapi tidak mencintai Baginda s.a.w.

Jadi bagaimana ya?

Tanyalah pada hati sendiri , kan. Bukan pada orang lain.

Moga Maulidur Rasul kali ini lebih membawa makna dan memberi bekas dalam hati saya dan hati kawan-kawan semua.


~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 4, 2012

keliru

Makan free memang tak boleh nak tolak. Ada  nasi putih, ayam goreng, masak lemak nenas dan ikan masin, daging lembu masak steak, sayur campur, ikan masin goreng, ulam dan sambal belacan, air oren dan kuih muih tiga jenis, memang heaven lah orang kata.

Jamuan bertunang anak dara jiran sebelah rumah. Menolong langsung tidak, dah diajak makan takkan lah pulak tak pergi.  :)

Heaven tu orang kata maksudnya syurga kan.

Eden ? Eden , cara nak sebutnya, iden (e tanda di atas), pula ialah Taman Firdaus.

Paradise ? Syurga lah jugak tu .

Tetiba, mengajar bahasa Inggeris pula, petang-petang Sabtu ni apahalnya kan.

Cuma teringat satu kisah semasa tahun 1997 dahulu , kalau tak silap saya lah, menumpangkan anak murid dalam 2 orang, menaiki kereta saya hendak balik ke rumah mereka.

Waktu itu saya bertugas di sekolah yang semuanya lelaki. Saya pun tak ingat kenapa saya menumpangkan mereka balik. Cuma mungkin saya terpaksa membawa mereka pergi mengikuti aktiviti luar sekolah.

Dalam perjalanan balik, kami melalui kawasan perumahan kondominium mewah.

Ish, cikgu, kaya juga orang Negeri Sembilan ni cikgu.

Orang mana?

Tu ...

Dia menunjuk saya batu nama kawasan perumahan kondomonium tersebut bersebelahan dengan pondok jaga.

Mana awak tahu kondo ni orang Negeri Sembilan punya?

Tu, dia tulis, Eden  ( dia menyebut eden, e tanda di bawah). Orang Negeri Sembilan cakap eden tu maksudnya  saya ... cikgu.

Hampir nak pecah perut saya waktu itu, tapi taklah pecah dalam erti kata perut terburai. Cuma, hati saya bagai digeletek kerana lucunya saya rasa waktu itu.


Salah sebut tu , Eden tu, maksudnya Taman Syurga Firdaus. Nak beritahu kat kita,  seolah-olah kalau awak hidup dalam  kondo ni , hidup awak seperti dalam syurga.

Dan hari ini semasa menulis entri ini baru saya tahu, bahawa eden atau den itu ialah bahasa kasar bagi orang Negeri Sembilan.

Sebenarnya itulah kesilapannya. Umum tahu perkataan 'saya' dalam loghat Negeri Sembilan ialah 'den' atau 'eden'. Ia berasal dari bahasa Minang 'denai'. Tetapi ramai tidak tahu sebenarnya perkataan 'den' untuk 'saya' ialah bahasa kasar. 
Orang muda tidak boleh membahasakan dirinya 'den' kepada orang tua, jika tidak akan dianggap kurang ajar. Begitu juga perempuan tidak manis membahasakan dirinya 'den' kepada mana-mana lelaki. 'Den' hanya boleh digunakan oleh seorang yang tua untuk bercakap dengan orang muda. Juga antara sama-sama sebaya. Walau bagaimana pun saya tetap menganggap ia kurang manis digunakan oleh budak-budak atau perempuan. Saya sendiri tidak pernah membahasakan diri saya 'den' kepada sesiapa pun. ~ Loghat Negeri Sembilan - Bahagian 2 

Betullah seperti kata Tuan al-Lavendari dalam blognya bertajuk Aku Keliru .'e' tanpa tanda ni memang mengelirukan .

Tapi petang-petang Sabtu ini apalah sangat yang hendak dikelirukan. Orang kata Go with the flow...

Selamat bersantai semua.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 3, 2012

ponteng

Cuti lagi.

Alhamdulillah. 

Pasti ramai yang akan bermusafir dalam perjalanan keluar daerah. Semoga perjalanan anda semua di dalam lindungan Allah , selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Kelas tu, 9 orang tak hadir hari ni kak.

Sebenarnya , kalau sedang bersemangat hendak mengajar kelas yang tertentu, dan dimaklumkan sekian ramai pelajar tak hadir, terasa ah... tak best nya. Sebab , mengajar ini jadi seronok kalau ada anak murid. Kalau tak ada anak murid, itu bukan namanya mengajar, itu namanya gila bercakap berseorangan. 

Bukan begitu?

Kenapa ramai sangat tak datang hari ini ya?

Bukankah kelas Chemistry kelas yang best? Sepatutnya bukankah kalau tahu ada kelas Chemistry, semangat untuk hadir meluap-luap. Sebab, saya rasa, Chemistry itu best sangat. *ayat-ayat perasan*

Tak siap homework lah tu kut, kak.

Tak siap homework, maka jalan mudah ialah tak payah datang sekolah. Sayang sungguh.

Tapi saya rasa , itu hanya sebahagian kecil dari masalah tak datang sekolah. Saya lihat ramai juga yang tak siap homework, tapi gagah juga datang sekolah untuk dibebelkan oleh cikgu. 

Mungkin sebab cuti yang panjang mengekori hari Jumaat ini, kut.

Atau mungkin juga sebab cikgu Chemistry nya dingin sangat ? Ah, Mungkin juga, kan.

SURVIVAL TIPS FOR TEACHERS: Tip no. 30 - Allocate the last five minutes of your teaching session for a short, special dedication to one of your students. One student for each session. It can be a line of poem, a Malay pantun, a remark or a statement that indicates your hope - with his/her name specifically mentioned in it. Start with the last student in the name list, going upward. Feel the anticipation excitement buzzing in the class as each session comes to an end....Enjoy it! ~ Dr Harlina's Survival Tips For Teachers

Nak cubalah.

Habis Thaipusam nanti.  Itu pun kalau diorang tak ramai-ramai ponteng lagi  lah. :)

*Salam Jumaat rakan-rakan semua dan selamat bercuti .


~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...