Wednesday, June 30, 2010

Anak

"Cikgu, seringgit cikgu. Laparlah.." tegur Faris semasa saya berselisih dengannya.

Setakat seringgit memang tidak akan memiskinkan saya. Tetapi saya tetap membuat pekak telinga, dan buta mata, seolah si Faris yang memang sedia kecil ini tidak wujud di situ.

Bukan Faris seorang sahaja. Ramai juga anak-anak murid zaman sekarang ini yang tidak lagi takut kepada gurunya (seperti saya ni) dan secara berseloroh ( atau tidak, tak tahulah) meminta cikgunya membelanja makanan atau minuman di kantin.

Mungkin sebab selalu sangat melihat orang di luar meminta sedekah dan cuba mengaplikasikan dalam kehidupan mereka.

Padahal bukannya budak-budak susah mana pun, rokok boleh dibeli tetapi asyik meminta. Kalau kita meminta tolong pun, pasti bersyarat. "Cikgu belanja air ya , cikgu." Budak-budak sekarang memang liat sekali hendak memberi bantuan, kalau dipanggil menolong mengangkat kerusi, boleh berlari menyorokkan diri. Agaknya ramai bibik di rumah, jadi bab-bab menolong ini tidak termasuk dalam senarai hidupnya.

Kalau disuruh menyapu lantai pun, ada saja alasannya. "Cikgu, hari ni bukan tugas saya." Padahal sampah yang kelihatan, berada di bawah kerusinya sahaja. Tak kira lelaki atau perempuan. Sekarang ini sama sahaja.

Mungkin kehidupan kita sudah terlampau senang sekarang ini kan. Semuanya sudah di hadapan mata. Cakap saja, insyaAllah mak bapak akan carikan juga.

Anak......anak. *saya menggeleng kepala dalam hati*

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dua tahun jagung..

Sebenarnya saya baru sahaja berblog. Kalau budak, ibarat saya ini baru boleh bertatih. Walau bagai mana pun saya kira saya berada dalam lingkungan orang yang cepat menangkap, terutama bab-bab belajar benda yang saya suka. Dalam usia 'bocah' (budak-budak kecil)  dalam blog ini, saya kira saya hendak menulis sedikit tentang adab berblog, terutama bagi mereka yang lebih baru dari saya. (konon-konon  dah senior sikitlah ni). 

Nak tulis sikit sahaja, sebab usia blog pun baru dua tahun jagung.....

  1. Tulislah entri dengan tujuan untuk perkongsian membina. Janganlah menulis entri bertujuan menghentam dan membalas dendam terutama terhadap blogger yang lain.  Selalu yang kena hentam ni blogger yang sudah terkenal lah, kalau yang tak dikenali oleh sesiapa macam saya ni , haram orang tak tulis pun, kan. Takde faedahnya. Kecualilah blog anda itu blog politik yang sedia maklum asal tujuannya. Perkongsian boleh jadi juga dalam bentuk nasihat yang tidak memalukan dan tidak merendahkan maruah orang. Percayalah apa yang kita tulis akan datang semula dalam hidup kita nanti. .....Hukum karma? (asyik orang lain je guna perkataan ini, ingin menyelitkan juga dalam entri saya)
  2. Tidak terlalu mendedahkan. Internet bukanlah dunia yang selamat. Segala buah butir dalam blog kita boleh diguna pakai oleh insan berhati busuk dan sakit jiwanya. Begitu juga FB, Yahoo, Gmail  atau yang seangkatan dengannya. Butir-butir peribadi seperti susun atur perabut  dalam rumah dan gambar boleh dimanipulasi oleh sesiapa sahaja. (saya pun dah terfikir tentang gambar yang selalu saya upload di blog saya ini....) Ada dengar cerita tentang peranan FB dalam CIA sebagai pengumpul data dan maklumat seluruh penggunanya? Itu pun menakutkan juga.
  3. Memberikan kredit pada yang berhak. Janganlah sentiasa copy paste kerja orang lain. Kalau hendak menyebarkan idea yang baik dari penulis asal, kenalah melakukannya secara berhemah. Link balik ke tuan punya artikel, memaklumkan kepada rakan blog kita bahawa artikel tersebut bukannya ditulis oleh kita tetapi oleh orang lain. Ia lebih terhormat.
  4. Berani bertanggungjawab dengan apa yang ditulis. Ini terutamanya menyentuh bab komen dari anonymous. Janganlah membaling batu dan menyembunyikan tangan anda, serta menjadi orang yang pengecut. Terutama bila hendak menghentam tuan punya blog. Masa itulah anda menjadi si anonymous. Jika tidak berani memperkenalkan diri, janganlah berani menulis komen yang menyakitkan hati penulis. Anda memang berhak menyuarakan pendapat, tetapi tuan punya blog berhak memadamkan komen anda.
Bagaimana pun saya sedar, siapalah saya. Blogger yang sudah super senior dari saya dalam dunia blogging ini mungkin lebih almaklum dan lebih tahu. Dari mereka juga saya banyak belajar. 

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 29, 2010

Tutor Peribadi

Pagi tadi sepasang suami isteri datang berjumpa Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah, dan meminta berjumpa saya, guru Sains anaknya. Anaknya di Ting 4 di kelas paling hujung. Sebenarnya anak beliau dalam kategori sederhana, tetapi sebab kurang fokus dan kerap juga  ponteng,  akibatnya, pencapaiannya dalam peperiksaan memang lemah.

Si ayah bekerja di Sabah, dan dalam usahanya membantu anaknya, beliau sekarang ini mensyaratkan anaknya membuat peta minda di rumah setiap hari, dan pada belah malamnya beliau akan menyoal anaknya tentang nota peta minda tersebut dari Sabah.

Beliau menyuarakan kemusykilannya kenapa anak beliau tidak dapat menggarap konsep "Jirim dan Bahan" walau pun telah belajar di sekolah. Sama ada guru Sains mengajar tidak cukup padat atau apa?

Terus terang saya katakan:
  • di kelas hujung, pengajaran hanya melibatkan perkara asas, kerana aras pelajar yang lemah menyukarkan pemahaman pada peringkat dalaman. Bayangkan pelajar kelas hujung hendak menguasai bab atom yang terdiri dari proton, elektron dan neutronnya bagi 20  elemen dalam  Jadual Berkala.  Belum lagi dengan sifat dan tindakbalas yang perlu diketahui untuk 4  kumpulan utama  dalam Jadual Berkala tersebut.
  • Saya memudahkan isi pengajaran. Tidak semua yang ada dalam buku teks akan saya sentuh. Kerana ada beberapa perkara dalam buku teks memerlukan pemahaman yang lebih senang dikuasai oleh pelajar yang mempunya 'basic knowledge' yang baik dari menengah rendah, tetapi ia akan menjadi sukar dan payah bagi pelajar kelas hujung yang rata-rata mendapat C, D dan E dalam subjek Sains dalam PMR.
  • Berpandukan soalan-soalan tahun lepas, saya menekankan apa yang perlu dan mesti diketahui oleh pelajar, dan apa yang boleh ditinggalkan.
  • pelajar mesti sentiasa mengikuti pelajaran dalam kelas, untuk memastikan flow pengajaran diterima. Kalau sekejap datang, sekejap tak datang memang payah memastikan urutan ilmu dapat digarap dan memang payah melihat bab secara seluruhnya.
  • Tiada kerja rumah dibekalkan bagi pelajar kelas hujung. Everything has to be done in the class.  Pengalaman mengajar saya sudah cukup saya kira, untuk mengetahui bahawa kerja rumah yang diberi akan sebegitulah  apabila berjumpa di kelas yang lain pula. Kekadang, buku tulis yang dibawa balik akan lenyap dalam perjalanan ke rumah. Jadi, tulis, buat latihan dan hantar pada hari itu juga. Bila nak periksa akhir tahun barulah dikembalikan sepenuhnya pada pelajar.
  • Mengajar di kelas hujung punya teknik yang tersendiri. Lebih baik pengajaran yang pendek tetapi diberi penumpuan dari mengajar berjela-jela, tetapi sepanjang pengajaran pelajar tidur atau berangan-angan. Biasanya pengajaran saya bersyarat, mereka beri kerjasama dalam 20 - 30 minit, selepas itu mereka boleh berihat. Biasanya mereka akan tidur selepas  memberi tumpuan. Kerana kebanyakan mereka jenis yang tidur pukul 2 atau 3 pagi samada bekerja di luar atau merempit semalaman.... (ini saya melebih-lebih je ni)
Walau bagai mana pun, saya menyokong usaha si bapa kerana jarang berjumpa bapa yang sangat prihatin tentang cara belajar si anak. Biasanya hanya si ibu yang akan berjumpa guru-guru menyuarakan rasa risau dan khuatir tentang si anak. Kalau ada si bapa pun yang datang biasanya mengkritik tentang kekurangan dan ketidak upayaan guru-guru mencemerlangkan si anak.

Sikap bapa sebegini yang datang bertanya, meminta pendapat dan menyuarakan cadangan memang boleh saja membuatkan guru berkorban masa dan tenaga untuk turut sama berusaha bagi si anak. 

Jadi, masa khas akan  diperuntukkan untuk anak beliau, di luar waktu pengajaran, kerana apa yang akan saya bincangkan isi pengajaran nanti bersama anaknya adalah yang tidak saya bincangkan di dalam kelas. Lebih mendalam lebih men-detail. Itu sudah pasti!

Yang pasti pelajar tersebut mendapat tutor peribadi secara percuma.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babyhatch terima bayi pertama

Babyhatch ! Kalau diterjemah menjadi Perlindungan Bayi, bagi pasangan atau single parent yang tidak mahu memelihara bayi mereka. Dalam erti kata lain, bagi mereka yang hendak membuang bayilah.

Buat yang masih tak tahu lagi, Pusat Babyhatch  di Malaysia telah menerima bayi pertamanya, yang berusia 5 hari.

sumber
Pusat ini mengambil contoh dari negara Jerman, Pakistan dan Jepun. Memang banyak pro dan kontranya, kan, tetapi tengokkan si bayi dalam gambar tu berbaloi jugalah ada pusat seperti ini. 

Di Jerman kabarnya terdapat 60 pusat babyhatch seperti ini. 60% dari bayi yang ditinggalkan itu biasanya akan dituntut semula oleh ibu bapa kandung setelah mereka berubah fikiran. Itu pun jangka masa boleh tuntut semula ialah 8 minggu. [sumber]

Jepun memulakan babyhatch mereka pada tahun 2007 , tetapi menghadapi masalah kerana ramai yang meninggalkan anak mereka yang cacat.

Kita tengoklah macam mana kesan baby hatch ini dalam masyarakat kita. Harap-harap tidak adalah lagi bayi yang meninggal dunia dalam tong sampah atau hilang kaki tangannya dimakan anjing lagi selepas ini.

Dan kepada adik-adik di luar sana, berhati-hatilah dalam dunia percintaan. Tidak segala yang manis itu indah.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 28, 2010

Pengadilan yang pasti...

Dunia ini terlalu banyak pengadilan, tetapi susah sungguh mencari keadilan.


Itu kata-kata Ustaz Pahrol dalam sembang motivasinya pagi tadi di radio IKIM. Setiap yang beragama pasti ada 'sense of the end'. Semua agama meyakini bahawa ada kehidupan kedua setelah kehidupan di dunia ini. Kerana tanpa keyakinan tersebut pasti setiap dari kita akan hilang punca dalam kehidupan.

Setiap dari kita pernah disakiti hati tanpa kita minta. Kesilapan lama memang tidak boleh dihapuskan dari sejarah hidup, Tetapi kalau dek kesilapan itu setelah kita cuba melupakan dan membuka lembaran baru dalam hidup, hati kita terusan disakiti, memanglah kita berdoa akan adanya pengadilan.

Pasti juga ada yang dianiaya dalam hidup, tanpa sebab dan kehendak. Kekadang yang pecah amanah terusan mencanak naik kehidupannya, sedang yang amanah dan baik terusan ditindas serta terpinggir. Keadilan di dunia memang seolah tidak wujud, tetapi bagi yang meyakini, pastinya hidup di dunia ini tidak berakhir di sini. Akan tiba masanya, nasib akan berubah dan menjadi lebih baik di sana, insyaAllah.

Seboleh mungkin janganlah kita cuba menyakiti sesiapa, baik dari kata atau tingkah kita. Kekadang menghiris hati dengan tulisan lebih dalam calarnya dan lebih tekad doa yang tercalar. Cerita lama janganlah diungkit-ungkit, biarkan ia terkubur dan bawalah hidup masing-masing dengan cuba mencari kebaikan.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Knight and Day dan cinta tak berbalas saya...

Saya pasti ramai di luar sana yang pernah mengalami situasi cinta tidak berbalas. Bila kita kata cinta tidak berbalas, sama juga agaknya dengan bertepuk sebelah tangan sahaja kan.


Saya mengalami situasi ini ada dua tiga kali juga, tapi semuanya semasa tengah muda remaja. Yang saya ingat cinta pertama yang tidak berbalas tu masa saya masih sekolah rendah. Nama pemuda yang saya minati tu pun saya dah tak ingat.

Tapi selepas itu dalam lingkungan umur lewat 20an kut, saya tertarik pula dengan si dia ni. Orangnya memang kacak habislah, tinggi, suaranya sedap, pandangan matanya tajam menusuk kalbu. Memang ramai yang minat pada si dia. Saya tahu cinta saya memang tiada harapan untuk diletakkan padanya, jadi saya pun akur dengan ketentuan Ilahi..... tapi gambarnya di internet merata-rata. Ni satu darinya...

V

V

V

V

sumber
Ha... itulah dia. Keanu Reeves, terpikat sungguh dengan dia ni selepas menonton filem Matrix. Jangan marah ye... gurau2 je. Ini entri tidak bermanafaat ni. ...

Lelaki yang ketiga yang saya perasan sorang-sorang ialah Tom Cruise.


Sekejap je terjatuh suka ke Tom Cruise... lepas perangai tak betul dia dengan agama yang memang tak betul Scientology tu, langsung tak tertarik.

Apa pun Ahad baru ini berkesempatan menonton filem 'Knight and Day' lakonan Tom Cruise dan  Cameron Diaz. Kalau dulu menonton Mission Impossible versi Tom Cruise membuat hati berkocak, tetapi kali ini menonton Knight and Day terasa hambar plot ceritanya. Saya memang gemar cerita aksi, tetapi aksi dalam Knight and Day, terasa merepek.

Mungkin sudah ternampak ketuaan Tom Cruise dalam filem ini dan saya memang kurang gemar dengan Cameron Diaz.

O ya... jejaka pertama di sekolah rendah dulu saya tidak ingat namanya, tetapi saya ingat cerita yang dia berlakon, iaitu Marco Polo... Malam-malam pun terkenang kekacakannya...

Sekarang ni... insan paling kacak di dunia sudah saya temui. Yalah... kacak di mata saya, tidak semestinya kacak di mata orang lain kan. 

:)  Salam Isnin. 

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 27, 2010

Tiara

Saya tidak gemar bersenam. Waktu sekolah dahulu, perkara paling malas bila disuruh menukar baju untuk bersenam, sebab selepas bersenam berpeluh-peluh, terus menukar balik baju sekolah dalam keadaan berpeluh.

Tetapi saya suka Sukan sekolah. Semangat rumah memang ada. Dari sekolah rendah hinggalah menjadi guru, sentiasa saya dalam rumah Kuning. Di sekolah tempat saya mengajar rumah Kuning diberi nama Tiara.

Walau pun sukan tahun ini lewat diadakan ia tetap meriah. Malangnya, Tiara tidak menjadi Johan, tapi ia menjadi second best. Tahniah untuk Cikgu Noorul Huda, Guru penasihat rumah Tiara tahun ini. 

moniroh, hafizah, mariam, huda, ruzaini dan saya

 gambar-gambar lain di sini ..

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 26, 2010

Dah pandai 1...

Harith tidaklah sebijak anak orang lain, tetapi dialah satu-satunya permata di hati. Mungkin kerana dialah, Allah sering meletakkan saya mengajar di kelas paling hujung di sekolah setiap tahun tanpa henti, agar saya lebih mengerti dan faham anak-anak sepertinya.

Balik dari kelas tambahannya pagi tadi di sekolah, seperti biasa saya bertanya bagaimana pelajaran hari ini.  Bolehkah beliau menjawab soalan latihan Sains di kelasnya?

"Mama ajar Harith haritu betullah mama. Cikgu tanya relationship dalam soalan. Saya jawab macam mama ajar, cikgu kata Correct!" senyum si Harith.
"Ha... baguslah. Kan Harith dah pandai buat 1 soalan, lain kali kita buat yang lain." jawab saya.
"Thank you mama" 
Saya pun senyum ke arah Harith.

Bukannya mudah hendak mengajar agar dapat menjawab seperti kehendak soalan. Memakan masa berhari-hari dan geram yang tidak sudah. Baru hendak mengambil UPSR, tetapi hati tetap risau kerana saya tahu tahap dan kemampuannya. 

Apa pun, usaha tetap diteruskan dan doa yang tidak putus untuk Harith agar hidupnya bahagia di dunia hingga akhirat nanti serta dipermudahkan segala urusannya dan diberi kejayaan dalam hidupnya dunia dan akhirat.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berbadan dua

Sedang menunggu waktu masuk ke kelas awal pagi Jumaat, sempat bersembang Jumaat dengan rakan-rakan yang masih muda-muda dan masih dalam fasa produktif. Salah seorangnya menekan bahagian perut sebelah kanan sambil muka mengerut seolah menahan sakit.

"Kenapah Dah? Sakit?"

"Ya, kak normah. Doktor kata air kencing kotor tapi sakitnya di belah kanan perut ni...bukan di bahagian ari-ari. Demam yang sudah pun tak kebah lagi ni."

"Engkau kena jaga betul-betul Dah, jangan pikir sangat pasal kerja sekolah ni. Kesihatan tu yang pentingnya. Sudahlah susah nak lekat.." seorang sahabat menasihat.

"Tulah, dengar cerita si Kiah dah keguguran, semalam Wok pula mengadu belakang pinggangnya sakit selepas sibuk di padang. Aku pun risau. Takut jadi macam  hari tu." sambung sahabat lain,  yang juga sedang mengandungkan anak ke tiga setelah keguguran hujung tahun lepas. Semua nama yang disebutnya itu juga sedang berbadan dua masing-masingnya.

Memang kasihan. Walau pun nasib saya tidak sebaik mereka, tapi memang belas melihat rakan-rakan yang berbadan dua  di sekolah. Naik tangga turun tangga, kejap ke blok A, kejap ke blok C, mengejar pelajar lagi, berdiri sepanjang waktu mengajar atau mengawas peperiksaan, sempat berkebun dan bergotong royong, dan di hari sukan ke hulu hilir menguruskan pelajar-pelajar di padang dan di kelas. Yang sihat walafiat macam saya ni pun selalu mengah memanjat tangga, apatah lagi mereka yang berbadan dua.

sumber


Mungkin juga kerana itu ramai juga yang mengalami keguguran. Boleh dikata setiap tahun mesti ada yang mengalami situasi keguguran di sekolah saya. Memanglah setiap satu yang berlaku ada rahmat di sebaliknya. 

Satu kajian sains mendapati bahawa guru-guru mempunyai peratus risiko paling rendah untuk mendapat anak cacat. [baca di sini] Kerana itu agaknya proses keguguran di kalangan rakan saya agak tinggi. Mungkin bagi memastikan anak yang dikandung memang betul-betul anak yang lasak menghadapi situasi . Apa pun moga Allah kurniakan kesabaran di atas kehilangan tersebut bagi rakan-rakan guru yang menerima nasib yang sama.

Dan kepada yang sedang berbadan dua, seperti isza di sana, jaga diri baik-baik. Moga ibu dan anak sihat sentiasa.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 25, 2010

Tersungkur

Penampilan diri mestikah mencerminkan peribadi?

Pada zaman saya baru menghabiskan pelajaran di universiti, ramai rakan-rakan yang memakai tudung menghadapi masalah mencari kerja terutamanya di dalam perkhidmatan swasta. Adik saya sendiri semasa menjalani temuduga di sebuah bank yang berkonsepkan syariat Islam diberitahu bahawa peluang untuk beliau mendapat jawatan tersebut tipis kecuali memakai tudung yang kurang labuh sikit. Itu sekitar tahun 80an.

Pelik juga, kan. Kalau lelaki yang berkopiah juga sentiasa dilihat dengan pandangan curiga dan was-was, dan sentiasa disyaki membawa agenda politik dalam cara kerja mereka.

Namun begitu masalah tersebut saya fikir semakin kurang. Masyarakat lebih terbuka, hinggakan pembaca berita di TV3 juga ramai yang bertudung. Kecuali pembaca berita di TV1, saya lihat tidak seorang pun yang bertudung yang sempurna, sekadar meletak selendang di bahu saya kira masih belum menyempurnakan kehendak yang termaktub dalam Islam. (Maaflah kalau saya tersilap pandang, tetapi seolah ada syarat tersembunyi tidak boleh menutup aurat di TV1 sebagai pembaca berita di waktu siaran puncak... wallahualam)

Bila kita memilih untuk bertudung atau berkopiah, sebenarnya kita telah mengikat diri kita pada tanggungjawab memelihara nama baik semua muslim. Bukan nama kita seorang sahaja yang terlibat, malah seluruh umat Islam. Kerana perlakuan buruk kita  nanti akan dikaitkan bukan pada individu tersebut tetapi pada tudung atau kopiah yang terletak di atas kepala.


Kopiah yang terseleweng

Teringat pencuri yang berkopiah tempoh hari. Ramai di luar sana kini, yang memakai kopiah atau tudung atas tujuan yang tidak kena. Yang terlebih malang menggunakan keduanya untuk melakukan kerja jahat . Kalau di masa lalu, lelaki berkopiah atau wanita bertudung, kita akan kaitkan mereka dengan sifat boleh dipercayai. Tetapi kini kopiah atau tudung bukan lagi menunjukkan imej sebenar si pemakai.

Bukan tidak ada pemakai tudung yang tidak bersolat dan tidak berpuasa, malahan melakukan kerja terlarang. Dan bukan tidak ada yang tidak bertudung, cukup solat lima waktunya, baik akhlak dan sikapnya, lebih pemurah dari yang bertudung. Kekadang pelik dengan sikap, tetapi itulah hakikat.


Meletakkan pada tempatnya

Saya pun bukanlah terkecuali. Awal pemakaian tudung memang terikut dengan rakan-rakan. Alhamdulillah, waktu itu rakan-rakan memang jenis yang baik dan sentiasa berusaha menjadi terbaik. Saya pun ikut sama. 

Tetapi manusia tak selamanya begitu. Ada masa menerima ujian, dia tersungkur. Begitulah juga saya. Walau pun tudung tetap ada, tetapi ada saat dan ketika kehormatan tudung itu tidak saya jaga dan pelihara.

Namun, Allah Maha Kuasa dan kepadaNya sahaja keampunan yang saya harapkan. Mungkin Allah masih memelihara saya agar saya punya peluang meraih syurga seperti sahabat lain. Dan moga rahmat dariNya sentiasa tidak putus.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bapaku kawin lagi

Bukan bapa saya. Bapa saya sudah lama meninggal dunia. 

Melihat album perkahwinan bapa kepada rakan sekerja yang baru menjadi pengantin baru tidak sampai sebulan pun lagi, bibir saya tersenyum memanjang. Bukan senyuman sinis, tetapi senyuman ikhlas menumpang rasa gembira bagi mereka sekeluarga.

Ayahnya sudah menduda setahun. Selama itulah rakan saya ini terpaksa menguruskan makan minum ayahnya dan sentiasa mengejar masa. Berulang alik dari rumahnya ke rumah ayahnya, menyiapkan serbanika urusan yang patut. Itu belum lagi dengan bebanan di sekolah dan bebanan menguruskan keluarganya sendiri. Memang kesian. Namun, tidak pernah mendengar beliau mengeluh, cuma sesekali meluah perasaan kepenatan dek beban tugas di sekolah.

Alhamdulillah, bapanya bersetuju dengan cadangan rakan semasjidnya untuk mencari calon isteri. Walau pun pada awalnya bapanya agak keberatan, tetapi dek sokongan anak-anak, niat tersebut diteruskan. Pasangannya anak dara berusia 45 tahun.

"Lebih kurang sebaya ngan kak normahlah kan. kak normah 44 kan," beritau beliau kepada saya.
"Ha... lepas ni Min kena panggil kak normah mak de lah..." sahut yang lain.
"Yalah ... mak de kalau kak normah kawin dengan bapa Min, tapi malangnya tak sempat, bapa Min dah dapat orang lain... jadi panggil kak normah je...." balas saya, sambil tersenyum.

Memang lelaki yang menduda rata-ratanya tidak boleh bersendirian lama-lama. Kasihan melihat mereka menguruskan diri sendiri setelah sekian lama diuruskan oleh si isteri. Tetapi tidak pula bagi orang perempuan, kan. Memang sudah dijadikan begitu agaknya.



Sekarang ini, saya lihat sahabat saya itu lebih ceria. *lagu di atas hanya selingan sahaja* Maklumlah beliau tidak lagi risau memikirkan makan pakai bapanya lagi. Moga terusan begitu hendaknya.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 24, 2010

Nak wajah kelihatan cantik

Kalau nak wajah kelihatan cantik, senyumlah. Senyum itu kan sedekah.

Pendapat saya, yang tidak punya tauliah dari mana-mana ni, ada senyum yang memang mendatangkan sedekah, tapi ada juga senyum yang menempah padah.

  • Duchenne Smile. Otot di muka akan menarik kedua-dua hujung bibir ke atas. Kedua pipi akan tertonjol keluar. Mata akan menjadi sepet. Ramai yang berpengetahuan saintifik tentang senyum menggelar senyum ini sebagai Senyuman Duchenne  (sempena saintis yang banyak mengkaji tentang senyum ini). Dikatakan senyuman ini jenis ini adalah senyuman yang paling ikhlas (genuine smile) 
  • Senyuman Malu. Bayangkan kalau kita terjatuh di khalayak ramai. Untuk menutup rasa malu tersebut, biasanya kita akan senyum, kan.
  • Senyuman Palsu. Selalu kita nampak dan buat-buat tak nampak, kan. Bibir hanya ditarik ke tepi tanpa ada sirna senyum di mata.
  • Senyuman Sinis. Saya fikir biasanya senyuman sinis ini dilakukan oleh orang yang rasa dirinya benar atau lebih berkuasa pada saat tersebut. Contohnya kalau si Cikgu tahu yang anak muridnya menipu, tetapi anak murid tidak mengaku. Ha.. senyuman sinis lah si cikgu  tu.
  • Senyuman Takut (nervous). Contohnya adik-adik lelaki kita waktu cuti yang nak berkhatan, sementara menunggu giliran misalannya, diusik-usik oleh ahli keluarga, akan senyum juga, kan, Tapi senyum takutlah tu.
Tapi.. perasan tak? Tidak ada orang yang senyuman ikhlasnya akan memburukkan wajah masing-masing. Senyuman pasti akan mencantikkan wajah tidak kira apa.

sumber
Kalau nak wajah kelihatan cantik, senyumlah.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengalaman manis

Mengajar pelajar yang lemah akademiknya dalam sistem pendidikan di negara kita memang payah. Walau pun Falsafah Pendidkan menekankan aspek mengembangkan potensi individu, tetapi pendapat peribadi saya melihat senario yang ada hanya menekankan kepada pelajar yang berjaya meraih A dalam akademiknya sahaja.

Sehabis daya, pelajar yang lemah ini dipaksa juga untuk lulus, 'By hook or by crook'. Dicari jalan dan ikhtiar agar mereka bisa keluar dari sistem pendidikan dengan kelulusan, walau pun kelulusan yang diraih paling minima dan tidak memungkinkan mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Zulqawi. Saya kira sudah 3 tahun lepas beliau meninggalkan alam persekolahan.

Masih segar dalam ingatan saya, kelas yang terakhir dari 11 buah kelas di Tingkatan 5. Duduknya paling hadapan, berseorangan, kerana tiada yang mahu duduk di sebelahnya. "Busuk'" kata rakan sekelas. Walhal, itu hanya alasan budak-budak.

Susah mahu mendengar suaranya. Tidak berbunyi sepatah pun kata, walau ada rakan-rakan yang membuli dengan meminjam pensil, pemadam atau pembarisnya dan tidak memulangkan. Pada yang tidak biasa, pernah menganggapnya pelajar bisu.

Buku tulisnya silih berganti. Tidak ada yang tetap. Kalau hari ini menulis dalam buku nota yang panjang, dua tiga hari nanti, kita lihat buku nota panjang tersebut sudah hilang diganti dengan buku pendek. Membaca juga agak merangkak-rangkak walau pun sudah di Ting 5.

Awal mengajarnya saya hanya melihat dan menegur sesekali sahaja, kerana pelajar-pelajar kelas yang hujung biasanya memerlukan perhatian yang lebih dari segi kawalan kelas. Mana tidaknya, ada sahaja yang akan berjalan dalam kelas, sedang kita mengajar, kekadang bertengkar tiba-tiba dengan bahasa carutan peringkat tinggi. Memang menduga. Dan Zulqawi yang pendiam serta tidak banyak kerenah seolah tidak wujud.

Tapi kehendak Allah lebih besar. Hati saya berubah. Setiap kali masuk  kelas, orang pertama yang saya akan tanya sudah makan atau belum ialah Zulqawi. Saya paksa beliau untuk bersuara. "Cakap, Qawi. Cikgu nak dengar suara Qawi hari ini." Sehinggakan rakan-rakan di kelasnya menggelar beliau anak emas saya. Padahal soalan yang saya tanya tidak berkait pun dengan pelajaran, sekadar bertanya sudah makan, sihat ke tidak, hari Jumaat baru ni pergi masjid solat Jumaat ke tidak, siapa gosok baju Qawi, balik rumah nanti makan apa....Itu pun di tanya berjela-jela, dijawabnya sepatah sahaja. Bila sudah berjawab, baru saya mulakan kelas.

Kadang-kadang teringat, geli hati pula.

Keputusan SPM tahun tersebut  bagi subjek Sains Teras, okaylah jugak. Zulqawi gagal semua mata pelajaran.... kecuali subjek Sains yang saya ajar... Pengalaman sangat manis bagi saya.

Bagaimanalah Zulqawi sekarang ini ?

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 23, 2010

Rupanya

Rupanya

  1. Musik yang kuat membuatkan anai-anai akan mengunyah lebih pantas.
  2. Nyamuk lebih tertarik kepada warna biru berbanding warna lain.
  3. Kucing tidak dapat merasa benda manis.
  4. Octopus ada 3 jantung.
  5. Penternak khinzir di England adalah dimestikan menyedia alat permainan untuk ternakan khinzir mereka.
  6. Rama-rama merasa melalui kaki mereka.
  7. Sunglasses dicipta oleh orang China pada kurun ke 13.
  8. Mesej pertama yang dihantar melalui telefon Graham Bell pada 10 Mac 1876 ialah "Mr Watson, come here, I want you"
  9. Lilin terbakar lebih baik kalau ia disejukbeku terlebih dahulu.
  10. Makan sebiji epal boleh menyegarkan kita lebih dari minum secawan kopi.
masih dari buku di bawah:



ada magic tricks juga dalam buku ini....

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Syurga yang disegerakan

Syurga yang disegerakan.

Itu antara isi sembang motivasi Ustaz Pahrol dalam radio IKIM. Tertanya juga. Apa dia syurga yang disegerakan? Saya terbayangkan rumah tangga. Tetapi ada kalanya rumah tangga boleh menjadi neraka yang disegerakan. Tak percaya? Percayalah. Bukan sedikit manusia yang punya masalah dalam rumah tangga, hidupnya jadi kecelaruan ya amat. Jangan main-main.

Rupanya syurga yang disegerakan merujuk kepada ketenangan hati. Hati yang tenang memang tidak boleh dibeli dengan apa saja. Bila hati tenang, segala di sekeliling nampak mudah dan tampak indah. 

Tapi hendak mendapat syurga yang disegerakan ini bukan mudah. Ibarat hendak memiliki kaca dan permata. Bukan mudah jika ingin memiliki permata. Dan tidak susah hendak memiliki kaca. Memiliki syurga di hati, perlukan mujahadah, kata Ustaz Pahrol.

Ingat saja kata-kata ini,' Ada kerja yang kita perlu buat, tetapi kita tidak suka; ada juga kerja yang kita suka buat, tetapi tak patut dibuat'. Dalam berusaha memiliki syurga yang disegerakan kita patut membuat kerja yang patut dan perlu dibuat, walaupun kita tidak suka.

Semua pun rasanya sudah maklum apa kerja-kerja tersebut.
Saya pun sedang meneliti semula senarai kerja yang patut saya buat dan yang saya suka dan tidak patut saya buat.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 22, 2010

Copy Paste

"Lain kali, saya cuma perlukan buku tulis Raihan saja untuk saya semak. Yang lain, tunggu saya semak Raihan punya, lepas tu kamu semak sendiri."


Pemalas betul gaya cikgu ni bercakap. Saya lah tu...  

Bukan apa, ... cuma geram je dengan kerenah bebudak kelas tersebut. Bukan semualah, tapi boleh dikatakan separuh yang begitu. 

Mana saya tak geram, separuh kelas meniru kerja si Raihan ni. Raihan salah soalan A, berderetlah yang salah soalan A, Raihan tertinggal 'full stop', berderet jugalah yang akan meninggalkan 'full stop' tersebut. Raihan garis perkataan yang berkenaan, berderetlah juga yang menggarisnya. Ha... kan patut saya tanda buku Raihan je. 

Ni semua angkara copy paste lah ni.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bafana Bafana

Bafana Bafana bermaksud 'boys' atau pemuda.

Ha... demam Piala Dunia dah berjangkit pada saya? Tidak... cumanya anak murid di sekolah asyik bercerita tentang bola dan bertanya saya adakah saya mengikuti Piala Dunia? Bila saya jawab tidak... mata mereka melirik kecewa, sebab tidak dapat berkongsi rasa. Alahai kesian pulak.

Saya asyik terfikir bagaimana rasanya sekarang ini hidup di bandar Johannesburg tu, di sebalik kemeriahan Piala Dunia. Bayangkan kalau ia berlaku di ibu kota kita Kuala Lumpur...dan pasukan kita turut bertanding sama. Memang best kan.

Seorang expatriate di Afrika Selatan ada menulis tentang pengalamannya [link]. Pastinya orang di sana sibuk menyediakan kelengkapan bagi tetamu luar sebelum majlis Piala Dunia itu bermula lagi. Kabarnya pengangkutan awam sebelum Piala Dunia sangat minima di Johannesburg sebelum ini. Yang tiada kenderaan sendiri hanya ada 2 pilihan, berjalan kaki atau menaiki teksi. 

Jadi, beberapa tahun sebelum ini kerajaan di sana telah menjalankan projek keretapi berkelajuan tinggi yang menyambung Johannesburg dan Pretoria digelar Gautrain, dan sempat siap sebelum Piala Dunia bermula. Pastinya projek menaiktaraf sistem pengangkutan awam ini memerlukan belanja yang sangat besar.

sumber
Keghairahan penduduk Afrika Selatan menyambut Piala Dunia memang terserlah, kalau kita pun agaknya begitulah. Sebelum acara, persediaan sejak awal tahun, semua penduduk digalak memakai Jersey Bola ke tempat kerja setiap hari Jumaat. Hebat...kan. Sehinggakan pokok-pokok di taman tepi jalan raya  juga di tanam dalam bentuk bendera Afrika.

Yang ketara, penduduk Johannesburg saban waktu meniup vuvuzela.

sumber

Terdapat juga usaha membersihkan Cape Town dari kanak-kanak dan orang-orang merempat sebelum Piala Dunia. Mereka yang tidak berumah ini telah dipindahkan ke kawasan sejauh 30 km dari kawasan bandar . [link]

sumber
Sejak awal lagi ramai mempertikai kewibawaan Afrika Selatan selaku tuan rumah, terutama dari aspek keselamatan, yang terbaru kes seorang peminat fanatik yang berjaya masuk ke bilik loker pemain England tanpa sekatan dan sempat bertemu David Beckham...[link]..( mesti bestnya ya...)

Dan banyak kes lain lagi...pastinya.

Apa pun, sebagai rakyat negara tersebut, pastinya mereka sangat berbangga, walau apa tohmahan yang diterima.

Menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan Piala Dunia memang menjadi impian setiap negara.

Kalau mereka dengan Bafana Bafana nya, kita pula apa ya, jika menjadi tuan rumah? * dalam hati ----mmm, tok sah dok berangan lah...*

~cikgunormah@klcitizen~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 21, 2010

Beza budak perempuan dengan budak lelaki...

Semasa menggantikan sahabat yang masih bercuti di kelas 5 Dinamik pagi tadi, pelajar-pelajar saya lihat duduk  berkelompok dalam kumpulan masing-masing. Saya tidak mengajar kelas ini, hanya me'relief'kan sahaja.


Pelajar-pelajar berkelompok ini bercampur-campur jantina. Saya tiada masalah selagi mereka berbincang atau bersembang dalam batas yang dibenarkan dan berkelakuan sopan.

Saya perhati, pelajar-pelajar perempuan sambil bersembang, masing-masing memegang pen, menyalin nota atu melengkapkan kerja. Pelajar-pelajar lelakinya pula, hanya duduk bersembang, sahaja dalam kumpulan yang sama. Dua tiga kumpulan, saya lihat  senarionya sama sahaja.

Saya tahu, pelajar-pelajar perempuan itu, cuba menghabiskan kerja rumah yang patut dibuat waktu cuti sekolah baru ini.

Saya menghampiri sekumpulan pelajar.

"Nak tanya sikit"

Kumpulan tersebut berhenti bersembang.

"Bila saya tengok awak-awak ni, saya tertanya-tanya, adakah memang budak perempuan sengaja tak siapkan kerja mereka waktu cuti atau budak lelaki memang boleh harap, habis kerjanya di rumah seperti yang cikgu minta... atau pun... budak perempuan memang buat kerja lambat, dan buat lelaki kerjanya pantas, dan dah siap semua?"

Budak-budak lelaki  tergelak besar.

Budak perempuan menjawab sambil mencebik, " Yalah sangat diorang ni siap kerja , cikgu." 

Saya tahu, pelajar lelaki ni kebanyakannya tak siap kerja dan tak kisah pun. Kalau cikgu marah, diorang ni buat muka selamba je. Budak perempuan penakut sikit, cuba juga siapkan... malu kalau cikgu marah nanti.

Hai..... budak lelaki. Dua tiga kerat je yang berusaha menyiapkan kerja, yang lain ada je alasannya kalau tak siap kerja. 

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pendakwah Mesir

Pertama kali mendengar ceramahnya, saya terus terpikat.

Mengetahui namanya, kerana terbaca dalam majalah i. Rupanya beliau diberi gelaran 'The Muslim Evangelist'.  Akh Moez Masoud dibesarkan dalam lingkungan kehidupan sekular di Mesir. Awal kehidupan remajanya  dipenuhi dengan kehidupan berfoya-foya, tetapi kehendak Allah jua mengubah hidupnya. Dan kini beliau menjadi pendakwah yang terkenal.

Pendekatan dakwahnya memang berbeza.  Boleh tengok video di bawah.



Sedikit sedutan tentangnya dari web telegraph.co.uk- Muslim evangelist preaches Allah of love

He believes modesty for women is part of Islam, and his own wife wears a headscarf, but maintains the veil should be a personal choice.
He believes art, culture and music should be appreciated, rather than outlawed, and that while young Muslims should reject sex outside marriage, socialising with or even dating members of the opposite sex is acceptable as long as encounters are chaste.
And he is clear in his rejection of acts of terrorism like the 7/7 bombings in London, as well as the furore that surrounded the British teacher Gillian Gibbons, who was charged with blasphemy, jailed and eventually pardoned in Sudan after allowing her class to name a teddy bear Mohammed.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 20, 2010

Tidak memandang remeh

Mengapa nama Pakcik adalah Mehmet, sedangkan nama Rasulullah itu Muhammad? Kenapa yang itu Muhammad dan yang ini Mehmet? Maknanya sama, sebutannya berbeza!” saya mencari jawapan.

“Oh, tiada apa-apa rahsia. Biarlah yang mulia itu sahaja namanya Muhammad. Untuk kita-kita, sebut sahaja Mehmet. Supaya kalau ada di kalangan Mehmet ini yang mencuri telur ayam, maka yang disebut nanti ialah Mehmet si pencuri telur ayam. Bukan Muhammad. Nama yang baik itu terselamat daripada dinisbahkan kepada perbuatan buruk mencuri telur ayam!” jelas Pakcik Mehmet.


Ustaz Hasrizal memang pandai menulis. Kelancaran ideanya memikat hati saya membaca artikel-artikelnya. Agaknya kalau beliau menilis surat cinta, memang mengasyikkan.

Tulisannya tentang jangan memandang perkara remeh tidak penting, mengesankan sekali. Saya memang jenis kerja agak tidak kemas. Kekadang sebab hendak cepat, kerja agak semborono. Dan ini memang tidak patut, saya tahu.

Selepas membaca artikel tersebut, saya kembali memuhasabah tindakan saya....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Membeli

Pagi Sabtu sedang sarapan dengan husband dan anak di kedai mamak (kedai mamak lagi.....) seorang lelaki berbangsa Cina dalam  usia 30an menghampiri kami. Berbeg sandang, berkemeja biru pucat, basah di bahagian belakangnya dengan peluh, memegang pen sebatang bertanya... "Nak beli pen Encik? " Suami menggeleng. Lelaki itu senyum, menunduk sedikit tanda terima kasih dan beredar ke meja lain.


Saya lihat, di meja lain pun, nasibnya sama sahaja. Dalam hati berdoa moga Allah murahkan rezekinya hari ini. Salah ke? Tak tahulah... cuma hati terasa belas melihat beliau bermandi keringat menjual pen.

Kalau saya bersendirian mungkin saya akan membeli. Sebab kesian.

Jadi faktor membeli pada saya bergantung pada beberapa perkara:
  • memang barang tersebut  menjadi keperluan saya atau,
  • barang tersebut menarik di mata dan berguna untuk seseorang atau,
  • barang tersebut unik - tetapi unik ni pada masa tersebut je selalunya. Bila dah lama di rumah, jadi menyemak je atau,
  • kesian kat penjual. Bab ni memang saya kalah, lebih lagi kalau yang menjual tu perempuan tua, atau kanak-kanak atau orang lelaki tua atau seperti lelaki Cina tadi yang nampak gigih mencari rezeki.
Anda pula membeli berdasarkan apa ya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 19, 2010

23 yang melekat pada diri

Cikgu Isza mengetag, jadi hari ini ingin melangsaikan tag yang satu ini.

23 perkara tentang diri saya. Payah juga hendak menjawabnya....

  1. Perahsia. Saya tidak gemar bercerita tentang diri sendiri, ramai yang sudah maklum agaknya. Dan saya juga banyak menyimpan rahsia orang. Kalau rahsia kucing susah sikit nak simpan...
  2. Anak polis. Aruah bapa ialah polis FRU di Ipoh. Lama juga di sana, sehingga beliau pencen.
  3. Anak sulung. Adik beradik 3 orang sahaja, walau pun begitu, hubungan saya tidaklah rapat sangat, mungkin sebab saya suka menyendiri.
  4. Cikgu Sains. Mengajar subjek Sains dari tahun 1992 dan Kimia dari tahun 2002.
  5. Normah. Oranag sekeliling memanggil saya Normah, tetapi emak, aruah ayah, adik beradik sendiri dan keluarga belah saya memanggil saya LIZA. Split personaliti... gitu. :)
  6. Anak seorang. Anak saya cuma seorang. Namanya Harith.
  7. Membaca. Ini hobi, membaca apa saja, kalau dah takde benda sangat nak baca, baca manual gajet atau ingredients pada tin makanan atau label makanan pun jadi...
  8. Memasak. Bukan minat, jarang sekali memasak. Tapi mak mertua selalu meminta saya masak soto bila hari raya..... sedaplah kut pada tekaknya.
  9. Menangguh kerja. Ini salah satu sifat buruk pada saya. Keinsafan selalunya datang sekejap je, iaitu bila tabiat ini menyusahkan saya sendiri.... lepas tu balik semula ke asal. Seperti bab membayar tag ini lah.
  10. Make up. Hari perkahwinan sendiri pun tidak bermakeup, apatah lagi hari biasa. Selalu orang menegur muka pucat, sebab tidak berlipstick, tetapi bila mengenakan lipstick terasa bibir sendiri tebal macam digigit tebuan... Jadi memang tidak bermakeup lah saya. Jimat duit, cepat pergi haji, kut...insyaAllah.
  11. Bercermin mata. Obvious kan.... sejak darjah enam bercermin mata, awal bercermin mata, malu dilihat orang, simpan cermin mata dalam beg, kalau di panggung, bila lampu dah gelap baru pakai cermin. Sekarang ini, malu bila dilihat orang tidak bercermin mata, sebab mata pun dah macam orang Jepun asli... sepet.
  12. Menonton wayang gambar. Ini memang tak boleh nak buang lagi tabiat ni. Suka menonton cerita omputih sahaja. Minta maaf pada pengeluar filem tempatan, ya. Bukan tak sudi, cuma tak suka je... hehehe.
  13. September. Bulan kelahiran, tanggal 20, tahun 1966. Dr Fadzillah Kamsah beritau orang yang lahir bulan September, pandai-pandai....Memang pandai Dr Fadzillah. Jangan jealous ya orang yang lahir bulan lain.  Jadi tahun ini umur saya 44 tahun lah.
  14. Sekolah. Rendah di Marian Convent , Ipoh,itu tahun 1973, menengahnya pula di Main Convent dan di Ting 4 di SM Sains Taiping, batch pertama 1982. Sekarang ini  SM Sains Taiping di kenali SM Sultan Azlan Shah, kan. Hanya student biasa, tak menonjol dalam persatuan atau apa-apa. Melanjutkan pelajaran di Matrikulasi UKM, Jitra, Kedah, di Jenan dan seterusnya mengambil Ijazah pertama dalam Biokimia di UKM.
  15. Pedas. Bukan pilihan kalau memilih makanan. Saya makan makanan macam orang sakit, sup lebih diutamakan. Kalau masak lemak kuning pun, tidak gemar yang pedas-pedas.
  16. Laksa Penang. Pantang nampak, mesti nak rasa. Favourite sangat-sangat. 
  17. Ketinggian. 5 kaki  4 inci.
  18. Berat badan. 61 kg kalau belum makan, lepas makan mesti naik 62 kg. Dalam proses menurunkan berat badan. Berat badan impian 55 kg. 
  19. Cita-cita. Dulu banyaklah cita-cita, kecik-kecik dulu nak jadi wartawan, lepas tu nak jadi pelukis, kemudian nak jadi penulis novel.... sekarang? Tak tahulah... nak cepat pencen rasanya, lepas tu nak melancong satu dunia.
  20. Bercakap. Kurang sikit. Tapi tidaklah pendiam sangat.
  21. Shopping. Tak berapa minat sangat. Sebab susah nak buat keputusan bab membeli barang. Kecuali dah terpaksa membeli, ambik je....tak suka masuk kedai keluar kedai, pas tu masuk balik kedai yang awal... membuang masa je saya rasa. Walau pun begitu saya kagum dengan kengkawan yang macam ni, sebab barang yang mereka beli memang berbaloi dengan harga.
  22. Majalah. Dah lama tak membaca majalah Wanita, Keluarga, Nona, Herworld.... dan yang seangkatan dengannya. Sebab dah tetua ni rasa, macam pengisian majalah tersebut sama saja sejak dulu lagi.
  23. Warna...tak ada warna pilihan, tapi bila melihat baju-baju yang tergantung dalam almari, warna pilihan yang dominan ialah oren, perang dan merah.
*mengelap peluh, penat* Wah ... habis juga tag ini saya jawab. Diminta mengetag yang lain juga...

saya tag Fairylilly, Razak, Ain.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tak selamat selamanya......

Negara yang seolahnya kebal dari malapetaka, rupanya kalah juga dengan hujan lebat. Dek lokasinya yang strategik, negara kecil ini terlindung dari angkara tsunami atau gempa bumi. Terkenal kerana negaranya yang bersih, rupanya bencana ditimpakan dek kerana longkang tersumbat pada 16 Jun baru ini.




Salah satu kereta mewah yang tidak lepas menerima bencana. Lamborghini yang dikatakan bernilai 800,000 dolar Singapura (lebih kurang RM1.8 juta ), terperangkap di basement meletak kenderaan di Bangunan Tong (gambar di atas).

Kecil dan lemahnya manusia, kan. Diturunkan malapetaka di kawasan yang sangat berharga bagi negara kecil ini iaitu Orchard Road yang terkenal di kalangan pelancongnya. Pastinya kerugian yang dialami berjuta dolar.

Memetik tajuk  ariff  dalam entrinya, Singapura pun ada sisi Kuala Lumpurnya, saya tambah sedikit perkataan sisi di situ.



~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 18, 2010

Karate Kid dan surau

Semalam menonton Karate Kid di panggung wayang Wangsa Walk Mall, selepas Isya'. Seronok juga ceritanya, membuatkan saya hendak belajar karate dalam diam. Jaden Smith, watak utama dalam cerita tersebut, boleh membuatkan anak-anak dara gila bayang teringatkan beliau



Saya kira, wanita memang sukakan lelaki yang mempunyai kebolehan dalam seni mempertahankan diri. Saya lihat sekarang ini memang ramai yang melibatkan diri dalam mempelajari seni mempertahan diri, tidak kira wanita atau pun lelaki. Memang bagus.

Tapi bukan cerita Karate Kid yang hendak saya kisahkan. Sebelum menonton, berpeluang mengerjakan solat Isya' di surau wanita Wangsa Walk Mall, di Wangsa Maju KL. Kat Malaysia ini memang kita bertuah , senang mendapatkan tempat untuk solat, apatah lagi di shopping complex... memang kemudahan tersebut sudah tersedia untuk kita.

Tapi saya sarankan, surau-surau tersebut mestilah digajikan orang untuk memantau dan mengemas ... tak boleh nak harap sukarelawan-sukarelawan... tak boleh guna konsep  ikhlas mengemas atau mencuci, baik cuci lantai atau cuci telekung. Mesti ada orang yang digajikan dan diamanahkan untuk memastikan surau tersebut kemas, tersusun, telekung tidak berbau, lantai tak kotor, sejadah tak berbau, tak ada tisu-tisu bersepah, lipstick yang tertinggal, stokinlah dan segala mak nenek lagi.

hanger tak berguna, patutnya telekung yang sudah diguna, gantunglah gunakan hanger
kain telekung tidak digantung, terperosok di tepi dinding

dah habis guna, tak reti nak menggantung semula telekung

tempat mengambil wuduk yang berlumut

Saya berpendapat, agaknya, kita ni masing-masing dah ramai bibik Indon di rumah yang tolong mengemas, jadi, di surau sebegini, kita rasa memang ada orang yana akan tolong kita mengemas. Takkanlah tak tahu awak yang paling last guna telekung, dan tak nak tolong gantungkan.  Memang saya tak faham. Bab tidur di surau pun... satu hal juga.

Jadi dari dok tuding jari, awak patut buat, awak patut buat.... baiklah gajikan orang je untuk mengemas. Tak gitu orang yang menyelenggara bangunan?

Barulah rasa seronok bershopping dan terasa mesra pelanggan...

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Membayar ufti.

Memang tak faham sistem cukai di Malaysia ni. Mungkin sengaja tak nak faham kut, saya ni.

1. Segala benda nak kena cukai. Tak boleh ke, potong cukai setahun sekali je.
Cukai pendapatan memang dah kena, rumah lagi, tanah lagi....rumah yang berada di atas tanah tu kena bayar cukai (cukai pintu), walau pun, tanah tu dah kena bayar cukai...aiii. pening. Dah lah tu, nak bawak kereta, kereta pun kena cukai, lepas tu, guna jalan raya kena cukai lagi (tol ).

2. Makan kat kedai pun kena cukai lagi. 2 kali cukai pulak tu bila makan kat kedai. Tengok resit di bawah, yang petak merah.

berkedut-kedut resit ni, tak reti nak guna scanner,
ambik gambar pakai kamera cap ayam , gitulah jadinya

Caj servis dan cukai ... 2 kali ketuk ni. Bayar lah jugak kan. Kebanyakan restoran macam ni, kan. 

3. Tapi tidak semua restoran pengetuk macam tu. Tengok resit tu semula. Yang belah kanan, petak hitam. Tak ada pulak cukai ketuk tu.

Itulah yang saya tak faham. Ada restoran yang berupaya menyerap cukai , ada yang meminta kita, customernya, menanggung cukai tersebut bersama-sama, maklumlah 1Malaysia.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, tapi yang tersenyum sendirian ke bank, tokey restoran tu lah, kan.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 17, 2010

Menghilangkan calar...

Cerita ini pasti anda sudah baca.

Seorang ibu menasihati anaknya yang sering menyakiti hati orang lain.

"Setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebatang paku ke dinding ini (sambil menunjuk dinding kayu di dapur rumah mereka). Setelah kamu minta maaf dan telah dimaafkan, kamu cabutlah semula paku yang kamu ketuk itu!"

"Baik, ibu"

Setelah beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama mengadap dinding tersebut.

"Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal. Memang saya akan pastikan, jika saya menyakiti hati orang, saya akan segera meminta maaf, dan pastinya mereka akan maafkan saya."

Si ibu memandang ke dinding.... "Cuba perhatikan hati mereka, anakku"

"Maksud ibu?"

"Tengoklah dinding itu, semuanya berlubang dan tercalar. Ibarat hati yang masih berbekas, parutnya masih ada, anakku, walau pun, maaf sudah dihulurkan, tetapi calar di hati, takkan hilang."

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Latihan...

Berbaik sangka.

Kekadang melihat teman-teman lain berbisik-bisik sesama sendiri, terusik jua hati, mungkinkah apa yang dibualkan adalah tentang kita.

Melihat suami pulang ke rumah dengan muka masam mencuka, apakah salah kita?

Melihat jiran berjalan beriringan tanpa mempelawa kita, apakah silap kita?

Menghadapi ujian hidup  bertimpa-timpa, seolah tiada penghujungnya, apakah Allah melupakan kita?

Boleh kah berbaik sangka, jika saban waktu ada bisikan jahat menyelinap dalam hati dan menggigit perasaan? Cubalah.... Langkah pertama berbaik sangka ialah berfikiran positif.

Cuba melihat segalanya dengan mata positif. Ini memerlukan latihan, sebenarnya, dan dialog dalaman diri yang tak putus. 

Saya harap saya juga boleh.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 16, 2010

Selenggaraan Berkala

Seorang Jepun bertanya pada Ustaz Pahrol, kenapa beliau asyik membuang masa setiap hari 5 kali bersolat. Bagi si Jepun ini, masa sangat berharga dan beliau tidak nampak faedahnya, bertunggang tonggek setiap hari . Kalau dah 10 minit sekali solat, setiap hari 50 minit terbuang masa, didarabkan dengan 30 hari sudah 1500 minit terbuang begitu sahaja.

Saya berkenan dengan jawapan Ustaz Pahrol. Takkan kita hendak beritahu si Jepun tersebut, solat kewajipan yang difardukan, kerana bagi beliau ia tidak membawa sebarang maksud.

Ustaz bertanya, antara manusia dan kereta tercanggih dalam dunia, yang mana memiliki teknologi yang tinggi? Antara manusia dan lokomotif pantas mereka , mana yang lebih tinggi teknologinya? Tentulah manusia... kerana teknologi penciptaan manusia masih tidak dapat ditiru lagi.

Okay, antara kereta dan kapal terbang, yang mana lebih tinggi teknologi? Kapal terbanglah kan... Adakah kapal terbang perlu diservis? kereta? Tentu juga perlu, kan. Pastinya servis kapal terbang lebih terperinci, berkala dan tidak dianggap membuang masa, kan. Semakin tinggi teknologi sesuatu benda itu semakin perlu ia kepada selenggaraan.

sumber


Manusia yang punya teknologi yang lebih tinggi dari semua teknologi yang ada, lebih pasti perlu diselenggara dan diservis. Hati dan perasaannya perlu diselenggara, kerana ia tidak boleh dipacu terusan tanpa selenggaraan. Jika tidak, ia akan penat dan lelah menghadapi mehnah.

Di sinilah datangnya solat. Selenggaraan hati dan emosi. Tanpa solat, manusia akan kering hati dan emosinya, lantas kosong jiwa.  

Akibatnya jelas...di Jepun sahaja kadar bunuh diri sangat tinggi. Dan perkara ini semakin tampak di bumi kita Malaysia.  Kadar bunuh bayi makin kerap... dan saya pasti ia sangat berkait dengan fenomena tidak solat serta tidak memberatkan solat, kan.

~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 15, 2010

Jadi saksi

Tengahari tadi pergi ke Carrefour Wangsa Maju. Rasanya saya telah menyaksikan acara pecah bonnet kereta tanpa disengajakan, di kawasan meletak kereta di luar Carrefour tersebut. Dalam pukul 1.30 pm.


Nampak kereta silver yang tengah bergerak tu.., itu bukan pencurinya. Bayangkan saya yang drive kereta tu, mencari tempat parking di situ. Ternampak kereta waja (kalau tak silap lah) warna brown ala kelabu, double parking , lebih kurang kat belakang teksi tu lah. Tapi masa tu bukan teksi kat situ , kereta lain. Kereta pencuri tu double parking, BMJ 280. Pemandu pakai kopiah putih, kawannya keluar dan godek-godek bonet belakang kereta.

Saya dok perlahan kereta dan berhenti ke depan sikit, bagi signal , dan tengok melalui cermin pandang belakang.

Kawannya pakai t-shirt putih, bukak bonet kereta, keluarkan beg , ala-ala tote bag, tutup bonet, bergegas masuk dalam kereta dan vroom .... laju je perginya.

Saya dalam kereta dengan anak, si anak ni tak perasan pun, duk dengar lagu ngan headphone. Tangan saya menggigil, tak tahu nak buat apa.....

Nak kejar ... takutlah pulak. Balik rumah.... dok citer ngan kakak ipar je dan buat entri...
Tak berfaedah langsung rasanya saya sebagai saksi ....


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Takut tua?

Grow old gracefully.

Bila ditanya, dalam episod hidup saya, yang manakah agaknya saya akan pilih semula kalau diberi peluang kali kedua?

Saya tetap memilih usia saya semasa 40an ini. Kalau saya berusia 50an, mungkin saya akan pilih usia 50an tersebut.

Kenapa ya? 

Saya rasa di usia ini , perasaan dan fikiran saya lebih tenang. Tidak berkecamuk seperti di usia 20an dan belasan tahun dulu. Saya lebih berani dalam tindakan sekarang ini, punya keinginan yang lebih jelas terhadap hidup ini.

Saya lebih mudah bersabar berbanding dahulu. Walau pun mungkin tenaga tidak seperti dahulu, saya lebih bersikap realistik terhadap sesuatu situasi. Kalau dulu idealistik sangat dengan sesuatu perkara, tetapi kini tidak sangat.

Barulah saya faham kenapa orang-orang tua sangat penyabar dalam menghadapi masalah dunia. Bila mana saya berada di usia emas seperti mereka, saya berharap saya pun seperti itu. 

sumber


Saya harap usia tua saya nanti terpenuh dengan amal. Tidaklah bermakna sekarang ini tidak beramal, tetapi hambatan dunia masih lagi mengekang keinginan dan niat beramal. Namun begitu semakin berusia ini pandangan terhadap aspek duniawi makin berkurang.

Kalau dulu, pantang ada rancangan hiburan di tv, pasti saya akan duduk mengadap. Apatah lagi kalau siri Melodi atau Drama Minggu ini. Tapi sekarang ini nafsu terhadap semua itu makin berkurang. Harapan saya, makin berinjak usia, makin hilanglah nikmat hiburan lagha seperti itu bagi saya.

Apa pun, itulah impian ramai orang pun, kan... to grow old gracefully.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 14, 2010

Sha yang ungu

Hari ini hendak bercerita tentang warna ungu. Kenapa ungu, bukan warna lain?

Mengikut sejarahnya, warna orang kebanyakan dalam zaman kegelapan Eropah, adalah hijau dan perang sahaja. Warna biru dan yang seakan ungu adalah warna bagi golongan bangsawan sahaja.

Warna ungu mula dikomersilkan pada tahun 1600 sebelum masihi di daerah Lebanon. Ia diproses dari siput iaitu Murex snail.  [sumber]


Pada tahun 1453, kulit kerang Murex ini makin sukar didapati, dan warna ungu mula di perolehi dari serangga cochinela.


Warna ungu banyak dikaitkan dengan kebangsawanan dan spiritual. Ini kerana waktu dulu, hanya golongan bangsawan dan golongan paderi sahaja yang layak memakai warna ungu. [sumber]

Warna ungu juga melambangkan berharga, romantik dan suci... (bab suci ni macam tak kena je) [sumber]

Kesan warna ungu kepada mental dan fizikal - [sumber]
- menaikkan semangat
- memberikan ketenangan minda dan spiritual
- meningkatkan kreativiti

Beberapa fakta tentang warna ungu: [sumber]
  • di Thailand, warna ungu dipakai oleh janda yang baru kematian suami
  • tentera Amerika melihat warna ungu sebagai tanda keberanian. Tentera yang cedera dalam medan perang akan dianugerahkan medal 'Purple Heart'
  • di Jepun warna ungu melambangkan kemewahan
  • Februari selalunya dikaitkan dengan warna ungu. 
  • cip untuk permainan poker yang mempunyai nilaian tertinggi berwarna ungu, bernilai $5,000.
  • jika anda memandu kenderaan berwarna ungu, anda sedang memberitahu semua orang bahawa anda adalah seorang kreatif, original tetapi anda juga individualistik....

Entah, kenapa tiba-tiba menulis tentang ungu ni.... sebab suka ngan bunga di template sha yang berwarna ungu tu. 


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mandi dalam air kencing?

Membaca majalah Solusi yang lama-lama.... terbaca satu hadis dan hendak dikaitkan dengan kehidupan kita. Maaf kalau tersalah kait, sebab saya bukan ahli dalam bidang hadis ini.

Sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Janganlah salah seorang kamu kencing di dalam air yang tenang yang tidak mengalir, kemudian mandi di dalamnya." (Riwayat al-Bukhari no 239 dan Muslim no. 282)

Ha... teringat masa zaman suka berendam dalam kolam renang bersama anak-anak sedara dan anak sendiri yang masih kecil, selalu , cuti-cuti begini berjalan-jalan, tidur di hotel-hotel yang ada kolam renang. Memang seronok, kan.

sumber

Tapi, boleh datang penyakit ni. Air yang tenang, tidak mengalir, dan ada orang kencing dalam tu. Rasulullah yang sebut, bukan saya.

Lagi, kalau '1Malaysia' duduk dalam kolam tu... pastinya ada yang terkencing, kan... tak yah tipulah kalau kata kerat jari tak ada. Kita mungkin tidak, bebudak lain....yang '1Malaysia' tu? Ha, bila teringat ni..rasa gelilah pulak.

Pasni, kalau nak mandi dalam kolam renang, kena gi pagi-pagi kut, sebelum orang lain bedebush masuk..Dan kita harap, diorang (orang hotel tu lah) selalulah ganti air kolam renang tu ya...

cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...