Saturday, July 31, 2010

Jam giler

Banyak betul gerai menjual makanan di tempat saya. Terutamanya gerai menjual burger, nasi lemak dan goreng pisang. Kawasan orang Melayu, jadi peniaga makanan tersebut memang orang Melayu.

Memang membantu, banyak gerai makanan ni. Tapi yang agak musykil ialah, orang kita ini suka benar meniru kan. Kalau dah seorang berjaya menjual goreng pisang dengan larisnya, percayalah, tidak lama selepas itu nanti, muncullah sebuah lagi gerai menjual goreng pisang juga tidak jauh dari gerai yang pertama itu.

Kalau ada yang berjaya menjual kepak ayam bakar bersalut madu, nanti, muncullah gerai yang menjual kepak ayam seperti itu, tidak jauh dari gerai pertama itu.

Satu masa dulu, di sekitar keramat ini ada gerai yang menjual air jambu yang best. Memang seperti teori saya yang tiada nilai saintifik itu, berderetlah gerai segera menjual air jambu tidak berjauhan dan ada yang terletak di seberang jalan, nuuun di sana.

Kemudian hilang lenyaplah penjual air jambu ini. Entah ke mana lah pula perginya.

Lagi satu kedai makanan tom yam.... alahai, kalau di medan selera waktu malam, ni, asyik-asyik menu tomyam sahaja, cuma versinya sahaja yang berbeza-beza, kan. Tak ada variasi dan kepelbagaian betul.

Apa pun, yang baiknya ialah , kita pengguna mendapat banyak pilihan, kan. 

Yang akan nampak kepelbagaian nanti ialah semasa bulan puasa nanti, di bazaar Ramadhan. Segala macam mak nenek punya resepi makanan akan dihidang untuk dijual bagi menggoda tekak dan perut kita.

Yang pastinya, setiap petang, jalan akan jam giler.

*kepala berserabut, hati pun seperti ribut*

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. baru sampai dari KL tadi jem giler jugak !

    ReplyDelete
  2. Salam..betul la Kak,kekadang orang kita ni macam tak kreatif,macam contoh kat atas tu,kalau ada persaingan yang sihat xper,takut ada persaan hasad dengki,,

    ReplyDelete
  3. salam. apa yang banyak orang tak ialah 'idea'. Jadi, bila tengok idea orang dan idea tu berjaya, senang2 je dia curi.
    biasalah kan?

    ReplyDelete
  4. Ha... ha... ingatkan betul la ada jam giler. Rupanya jem giler...

    Pandai KLC buat IM teruja, ya...

    Jem giler adalah penguji tahap kesabaran kita!

    ReplyDelete
  5. poi..koje..balik awal nak elakkan jem lah kononnya..
    depa yg dok mai juai tu lagi awai sampai..heee
    coobaaaann..kak

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Tempat saya jem hanya berlaku waktu orang nak pergi kerja dan balik...tapi taklah teruk sangat macam di KL.

    ReplyDelete
  7. Jam giler..jem gila..tempat kome kurang jam giler ni..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.