Wednesday, July 28, 2010

tidak punya makna

Entri ini hanya entri yang tidak punya makna.

Bukan apa. Bila melayari ruang maya dan menyinggah di blog-blog lain, terasa kerdilnya pemikiran saya. Saya tidak bercakap tentang blog yang berisi intisari kehidupan penulis (tidak bermaksud negatif di sini) menceritakan bangun duduk penulis untuk hari itu, tetapi saya begitu terkesan dengan penulis yang punya kemahiran menganalisis, meletakkan minda nya dalam perspektif yang lain dari orang lain dengan gaya yang begitu bersahaja.

Kagum dan terasa keinginan saya yang satu tika dulu ingin menghasilkan buku, seolah terkubur. Kerana saya pasti kebolehan dan keupayaan saya menulis serta menggarap isu serta situasi di sekeliling hanya peringkat pertengahan sahaja.

Terima kasih pada En Zool , menemukan saya dengan Elviza.

*semalaman menghabiskan membaca entri elviza*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. Kak Normah,
    Ana ada terbaca tentang arwah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Ada note yang penting untuk Ana di sini kak - apa juga keadaan hidup kita, senyuman itu jangan di hilangkan..

    Akak, setiap antara kita dikurniakan kelebihan masing-masing.. Teruskan menulis kak.. Ana suka baca tulisan akak.. :)

    Tiada yang tidak bermakna..

    ReplyDelete
  2. Setuju... :)

    Tiada yang tidak bermakna :)

    ReplyDelete
  3. Bila seorang rakan menghasilkan buku, antara perkara yang terlintas dalam fikiran saya "buku macam ni aku pun boleh buat".

    Bezanya, saya tidak memulakan penulisan secara serius, sebaliknya rakan kerja saya tadi telah mula mengukir nama selaku penulis.

    Kak Normah, mungkin gaya penulisan kita tidak hebat, tetapi ingat, selera pembaca di luar sana pelbagai.

    Perjalanan 1,000 batu bermula dengan 1 langkah. Kak Normah telah memulakan langkah 1 dengan menulis blog. Teruskan, hasilkan buku. Insya-Allah saya salah seorang yang akan membeli buku Kak Normah. (At least Kak Normah dah dapat jual 1 buku.... :D)

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Tiada yang tidak bermakna...

    Teruskan cikgu..:)

    ReplyDelete
  5. Penulisan yang punya gaya kematangan tersendiri..itu tanda penulis bijak segala..

    ReplyDelete
  6. salam cikgu..kemahiran boleh ditulis cikgu..yg penting, minat kan

    ReplyDelete
  7. selamat pagi cikgu....aku x pandai menulis

    ReplyDelete
  8. suatu masa saya sendiri
    nak menulis dan menhasilkan minda saya - terutama melihat pendidikan dari sudut lain........

    ReplyDelete
  9. Ahhhh ... kalau sudah ada minat, yg sukar akan jadi senang! Buat ke tidak, itu je?

    ReplyDelete
  10. Salam Cikgu,

    Saya rasa terharu baca posting ni, belum layak rasanya dipuji sebegini. Tetapi, penulisan dan guaman adalah dunia yang amat bersangkut-paut. Mungkin kerana itu saya terjurus untuk menulis dia media cetak tradisonal atau online.

    Juga saya teringat pesan guru saya ketika di MRSM dulu, buat apa yang anda cinta. Mungkin sebab cinta itu lah penulisan jadi agak mudah pada saya setakat hari ini, dan InsyaAllah minta berkekalan selama-lamanya.

    Sinar Harian ada berhasrat untuk membukukan penulisan saya. Kalau jadi, nanti saya kirim satu copy pada Cikgu, FOC. Heh.

    ReplyDelete
  11. @catz_mafia

    alhamdulillah, ada juga yang sudi membaca tulisan saya
    terima kasih

    ReplyDelete
  12. @Ros Illiyyuun

    insyaAllah saya cuba memberi makna dalam kehidupan yang sungguh sementara ini

    ReplyDelete
  13. @ZOOL@TOD

    wah
    dah ada seorang pembeli ni...
    buku nya masih dalam impian lagi

    ReplyDelete
  14. @Abd Razak

    insya Allah, jom sama2 kita menulis

    ReplyDelete
  15. @relevan

    ya
    saya kira memang beliau sangat bijak

    ReplyDelete
  16. @donny

    siapa kata begitu..
    donny pun bisa menulis dengan baik sekali

    ReplyDelete
  17. @Elviza Michele Kamal

    ha.. tak sangka sungguh elviza akan ke sini membaca posting saya yang tidak seberapa

    terharu sungguh
    saya memang sudah jatuh hati dengan gaya penulisan elviza

    tentang buku tu... tak sabar nya

    ReplyDelete
  18. setiap bait kata yang ditaip pasti membawa seribu makna..

    ReplyDelete
  19. syukran.. ana rasa terpukul.. alhamdulillah hidayah Allah bleh dtg dri sesiapa jua yg Allah khendaki.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.