Monday, July 26, 2010

buat benda tak elok

Hari minggu mendapat undangan makan tengahari di rumah kakak ipar. Apa lagi, tidak melepaskan peluang makan free. Selesai makan, acara sesi membaca suratkhabar bersama anak-anak buah yang sudah besar panjang bermula.

Sambil membelek suratkhabar tabloid Metro Ahad, saya mengomel ibarat seorang bijak pandai.

Cuba tengok paper ni. Dekat 3 mukasurat penuh iklan 4D, camana nak tau nombor bertuah lah, nak tau maklumat cepat 4D lah..Yang baca paper ni orang kita jugak, biasanya orang muda. Sasarannya mesti terkena jugakkan.



Memanglah mak su, kat kolej tu ramai yang beli paper metro ni.



Kena hantar surat bantahan ni kat diorang. Orang-orang kuatnya semua orang kita jugak. Kekonon beritanya nak menyedarkan kita jangan buat benda tak elok, mendedahkan benda tak elok, tapi iklan dalam surat khabarnya menyuruh orang kita buat benda tak elok. Berjinak dengan nombor ekor, 4D ni, ha... 

Bersemangat betul saya berhujah pada anak buah yang tak pernah pun main nombor 4D ni.

Alah, mesti  nanti, respon diorang ni, iklan yang disiarkan tidak menunjukkan pendirian kami, dan kami tidak bertanggungjawab atas iklan yang disiarkan. Mmm , menghabiskan beras je.

Balas saya semula , melunturkan semangat sendiri sambil tersengih dengan perut yang sudah senak makan terlalu banyak sebentar tadinya.

*orang-orang kuat Metro ni... tak boleh kah mencuba bantu masyarakat kita untuk lebih bijak mengguna nombor selain dari 4D ni*

bebelan hari isnin

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 comments:

  1. setuju 2 juta %. slalu tfikir nak wat n3 ni tapi rupa2nya cikgu yg buat dulu.

    mmm... apa hukumnya bekerja dan dpt hasil bcampur aduk dgn pkara2 haram cenggitu ek?

    ReplyDelete
  2. tengok animasi 3D lagi bagus kan cigu normah?hehe

    hMetro memang popular dengan cerita² panas.

    ReplyDelete
  3. kerana nak duit jual ruang iklan, tak kiralah sama ada haram ke atau merosakkan nilai nilai bangsa sendiri..

    ReplyDelete
  4. ramai juga yang search pasal perkara ni juga.. dan ada yang tersesat ke blog saya..

    traffik free tapi tak berfaedah..

    ReplyDelete
  5. yeah!! itu salah satu sebab saya dah tak beli akhbar harian metro sekarang ni.

    zaman sekarang ni syarikat lebih pentingkan keuntungan.. dan nilai moral diabaikan. penuh muka surat pulak tu. nampak sangat macam nak menggalakkan aktiviti tu.

    ReplyDelete
  6. saya memang dah lama anti ngan harian metro ni sebab kandungan beritanya asyik berkisar seks,rogol,seks,rogol,liwat. lepas tu siap cerita detail lagi bagaimana perlakuan tersebut dilakukan.kekadang rasa cam diorang reka-reka cerita pun ada.

    ReplyDelete
  7. Salam..

    Tak terfikirkah mereka yang beragama Islam menerbitkan perkara ini merasakan bahawa pendapatan mereka tidak diberkati Allah?

    Mungkin tuntutan pendapatan dari sumber iklan itu amat lumayan hingga menutup mata pihak akhbar terbabit.

    ReplyDelete
  8. SMS untuk result 4D tu..kira macam mapiow lah tu..he heh!

    ReplyDelete
  9. salam ..METRO sh kne saound dgn KDN..padan muka depa..byk sgt citer mengarut yg menjatuhkan dan mengaibkan msykt

    ReplyDelete
  10. assalamu'alaikum cikgu,
    Kalau boleh jangan beli langsung apa-apa yang ada unsur syubhah macam nie. Contoh macam akhbar the Sun penuh dengan iklan air kencing syaitan (carlsberg, tiger dll...) ambik satu naskah kat stesyen LRT sebab FREE, sampai office pass kat kawan2, lepas tu paper tu "berjalan" dari satu dept ke satu dept... dlm tak sedar kita dah bersubahat mengedarkan iklan haram tu... na'uzubillah...

    (mencelah sikit je...boleh kan...? hehee.. jumpa blog cikgu dalam komensen)

    ReplyDelete
  11. saya pun selalu beli harian metro tapi tak pernah layan iklan2 yang ada..wat tak tahu je..

    ReplyDelete
  12. salam,

    tekejut gak tengok....nombo kete aku dapat hadiah first prize!...huh deme kata aku dah kaye...tapi aku tak main 4D laa.

    ReplyDelete
  13. Salam kak...

    Mungkin faktor nk duit iklan tu....tp berita dlm metro ni org kate 60% palsu. tak tahulah betul ke tidak.

    ReplyDelete
  14. betul tu cikgu...kena buat bantahan......kalau tak, rosak lah muda mudi ..kena bendung awal..
    ,masalahnya mmg tak da penekanan agama...lebih kuat pengaruh 4d tu

    ReplyDelete
  15. @piewahid

    buat je lah entri cam ni piewahid
    biar ramai-ramai buat
    baru diorang celik mata sikit kut

    ReplyDelete
  16. @n@m@n

    sekarang dah ada filem 4D pulak tau

    ReplyDelete
  17. @cikgu isza
    ya lah
    nombor dan cikgu maths memang tak boleh dipisahkan..

    ReplyDelete
  18. @Stargone

    saya pun tak membeli
    menumpang baca

    ReplyDelete
  19. @Abd Razak

    semua orang penting dalam Metro tu orang Islam dan orang kita

    ReplyDelete
  20. @Thoha

    susah juga buat tak tahu ni... iklan besar2...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.