Tuesday, July 13, 2010

Makan pil

Saya baru sahaja habis membaca sekali lalu artikel tentang pil kontraseptif (pil perancang keluarga) dan penyakit kanser :"John Rock's Error : What the inventor of the birth control pill didn't know about women's health" ditulis oleh Malcolm Gladwell dalam bukunya What the Dog Saw and Other Adventures.
sumber
Apa yang menarik?

Saya baru tahu, sebelum ini ratusan tahun dahulu hinggalah akhir kurun ke 18, wanita-wanita yang berada dalam usia produktif menghasilkan anak, jarang-jarang sekali datang bulan atau datang haid.  (teringat pula entri kujie tentang haid pertama)

Wanita era tersebut secara puratanya datang haid kurang 100 kali sepanjang hidup mereka. Namun era wanita moden kini, secara puratanya datang bulan sepanjang hidupnya di antara 300 - 400 kali. Baru ku tahu...

Sebenarnya, datang bulan setiap bulan bukanlah perkara 'natural'. Dari perspektif teori evolusi, wanita moden, iaitu kekita ni lah, (tetapi tidak termasuk razak, echam, iqbal, en shahrom dan nama lain yang saya tak sebut), sebenarnya telah mengalami evolusi berbanding wanita di kurun sebelum kita. Implikasi yang dilihat akibat kerap datang haid ialah peningkatan kes kanser ovari dan kanser payu dara. (Ha... saya ingatkan orang yang tidak datang bulan tu abnormal.... sebenarnya kita yang datang bulan setiap bulan tanpa miss itulah yang abnormal ).

Haid datang dalam kitar, saya pasti semua sudah sedia maklum, proses ovulasi (penghasilan ovum atau telur) berlaku setiap bulan. Secara ringkasnya, sel badan kita mengalami proses pembahagian untuk mengeluarkan ovum tersebut dari kelenjar ovari. 

Kanser juga secara amnya berlaku akibat pembahagian sel yang tersilap. Jadi, apa-apa pembahagian sel boleh membawa risiko tersilap dan menjurus kepada kanser .
"Every time a woman gets pregnant and bear a child, her life-time risk of ovarian cancer drops 10%. Why? Possibly because between nine months of pregnancy and the suppression of ovulation associated with breast-feeding, she stops ovulating for 12 months and saves her ovarian walls from 12 bouts of cell division" - page 112
Jika berpeluang nanti saya akan kongsikan pula tentang kaitan pil kontraseptif dan kanser, serta apa terjadi pada John Rock seorang paderi Kristian yang merupakan orang pertama menghasilkan pil kontraseptif di akhir hayatnya. Memang menarik artikel tersebut.

* untuk Isza.... bertuahlah anda*

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. semoga sumbangannya bermanfaat kpd seluruh manusia

    ReplyDelete
  2. salam cikgu normah,

    biar betul, mereka orang barat ni mcm2 ye kajiannya. diorang juga yg kata soya elok utk kesihatan (US pengeluar utama) tp skang dah dibuktikan yg soya boleh tingkatkan risiko kanser di kalangan wanita dan kemandulan pd lelaki. mcm tu gak kopi dan kambing. pd hal dua2 tu makanan Nabi saw kita. wallahualam..

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Ini merupakan kajian sahaja, realitinya terletak pada keizinan dari Allah SWT kerana setiap penyakit itu datang dariNYA, kita hanya berusaha dengan segala bentuk perubatan yang tidak menyimpang dari jalanNya.

    ReplyDelete
  4. @Lynn Nasir

    ya... soya sekarang banyak dari benih GM- genetic modification, itu masalahnya

    saya ada terbaca, bahawa puteri Rasululullah Fatimah r.a., juga jarang sangat datang haid... mungkin dari perspektif kesihatan, kurang datang haid mengurangkan risiko penyakit kanser, seperti mana wanita mengandung tidak datang haid dan kurang risiko kanser ovari

    ReplyDelete
  5. @Abd Razak

    ya... kajian hari ini tidak semestinya boleh diterima pakai untuk hari esok..

    ReplyDelete
  6. Salam

    T.kasih kerama menimggalkan jejak di blog saya.
    T.kasih untuk maklumat ini. Beruntung ibu-ibu yang mengandung dan melahirkan bayi ya. Pahala pun dapat, penyakit berisiko terhindar.

    Macam saya ni, memang ada risiko dan sedikit kerisauan memandangkan ada sepupu yang mengidap kanser payudara. Termasuk ayahanda dan bapa2 saudara kebanyakannya meninggal akibat kanser perut.

    ReplyDelete
  7. Salam cikgu,
    sebenarnya apa juga ubat yg kita makan tetap ada kesan sampingannya. Macam sy yg ada kanser payudara , dr suggest ambik 'Tamoxifen' tpi 0.001% dr kata risikonya ialah ubat tu boleh menyebabkan kanser servik. Tentang soya tu mungkin betul sebab dr suruh sy elak dari makan apa2 yg dari sumber soya.so pada sy tawakkal je. kalau nk terlalu fikirkan sangat pun susah jugak.

    ReplyDelete
  8. Salam cikgu

    zaman sekarang, banyak info yang kita dapat dari kajian , jadi pandai2lah kita gunapakai .

    setiap orang ada sel kanser dalam badan cuma tahap sikit atau banyak je yang membezakan.

    ReplyDelete
  9. Apa-apa pun, biarlah menggunakan secara berpada-pada. Walaupun asalnya elok, jika berlebihan menggunakannya, serba sedikit ada nanti mudaratnya.


    ...ckLah tak pernah pegang pil perancang tu. Tapi, sangat terkejut apabila rakan menemuinya dlm beg murid perempuannya sewaktu buat spot check!

    ReplyDelete
  10. 2 orang ahli keluarga saya meninggal dunia kerana kanser payu dara. Bab2 kanser ni mmg saya takut sangat

    ReplyDelete
  11. wah..fakta sebenar yang septutnya semua wanita tau kan?

    Entri terbaru chekgu

    Jom mengundi..samo ke idok?

    ReplyDelete
  12. terima kasih cikgu,
    rezeki yang sekian lama dinantikan..
    period saya memang celaru..
    mungkin hikmahnya di situ..
    dan saya belum pernah makan pil..

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Mah... Teruskan lah topik nie... banyak yang belum tahu nampaknya

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.