Wednesday, July 14, 2010

Ayam berkokok, hujan pun turun

Sebentar tadi terdengar kokokan ayam dari tingkap rumah saya. Pelik.

Kenapa?

Sudah dekat 18 tahun di sini, kawasan perumahan saya, tidak pernah terdengar kokokan ayam. Kalau di kampung tu, biasalah. Tak lama selepas itu hujan pula turun. 

Orang kata, elok berdoa di waktu terdengar kokokan ayam dan tatkala hujan baru turun.

Moga semua kita diampunkan Allah, dimurahkan rezeki, jauh dari mara bahaya, mala petaka di dunia mahu pun di akhirat nanti.

*doa untuk saya sekeluarga , moga Allah terus melimpahi rahmatNya atas kami*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. Aik cikgu..ada orang bela ayam kat kawasan perumahan dalam pihak berkuasa tempatan ke?..memang nak kena orang yang bela ayam tu..

    ReplyDelete
  2. ayam berkokok? Bukan henfon? Sekarang ni macam2 bunyi ringing tone..
    ameen... dicucuri rahmat dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Itu dikira waktu-waktu mustajabnya berdoa..mudah-mudahan Allah perkenankan doa cikgu...ameen

    Ketika ayam berkokok. Nabi s.a.w. bersabda “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu melihat malaikat.” (HR al-Bukhari , Muslim )

    ReplyDelete
  4. @ummumishkah

    terima kasih
    moga Allah makbulkan

    ReplyDelete
  5. @relevan

    entahlah...
    mungkin baru bawak balik dari kampung kut

    ReplyDelete
  6. @kakpah

    entahlah kak pah...
    rasanya macam bunyi ayam betul bukan dari henfon

    ReplyDelete
  7. @Abd Razak

    ameen juga
    moga dimakbulkan Allah

    ReplyDelete
  8. saya duduk di kg.. setiap pagi dikejutkan dengan kokokan ayam, bersahut-sahutan lagi..tak perlu pasang jam loceng

    ReplyDelete
  9. Amin...Semoga kita semua dilimpahi rahmatNya..
    Ade ayam kat perumahan?
    hehe...ntah2 tv ke ringtone ke..

    ReplyDelete
  10. lama tak dengar bunyi ayam berkokok maklumlah umah burung merpati nie dengar bunyi burung jelah ye

    ReplyDelete
  11. Salam cikgu.

    Saya pun dengar juga ayam berkokok masa nak solat Maghrib tadi. Ingatkan bunyi hp jemaah.

    Mungkin ayam yg dipelihara oleh PATI kat atas bukit belakang rumah Jln 1A tu.

    ReplyDelete
  12. dah lama tak dengar bunyi ayam berkokok sejak dok kat taman neh.yang ada, bunyi anjik menyalak dengar azan subuh.hehehe

    ReplyDelete
  13. Satu ilmu baru saya dapat hari ini, berdoa bila terdengar ayam berkokok.. Thanks for sharing.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.