Sunday, July 11, 2010

Saya pencuri...?

Membawa handphone dilarang terutama jika masuk  ke dalam dewan peperiksaan.

Pertama kali menjadi Ketua Pengawas SPM beberapa tahun-tahun yang lepas, lama sangat dah, di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur memang memberi pengalaman yang tak akan dilupa seumur hidup. Takut, kecut perut, was-was , semua bercampur satu dalam hati. Bukan perkara main-main mengawas peperiksaan yang akan menentukan jalan hidup seterusnya bagi pelajar-pelajar ini.

Kerana kasihankan pelajar-pelajar, takut handphone hilang nanti dalam beg yang diletakkan di luar, saya yang naif ini membenarkan mereka meletak handphone mereka di meja Ketua Pengawas,... meja sayalah tu.

Hari Ketiga perkara yang sama juga saya lakukan tanpa masalah. Tetapi lewat petang setelah semua pelajar pulang, seorang pelajar lelaki A datang kepada saya, memberitahu bahawa handphone kawannya B hilang dari atas meja saya. Saya memberitahu, esok saya akan umumkan pada semua pelajar, jika-jika ada yang tersalah ambil. Tidak sedikit pun rasa syak dalam hati saya, bahawa  akan ada orang yang akan mencuri, kerana bulan tersebut bulan Ramadhan dan mereka pula sedang menghadapi peperiksaan. Bodohnya saya.

"Tak pe.. esok saya akan announce pagi, manalah tau ada yang terambil."
"Tak payah cikgu,......B kata dia tahu siapa yang ambil." beritahu A
"Ok. Awak mintak je lah dengan orang yang ambil tu kalau dah tau siapa." saya beritahu.

Esoknya selepas kertas yang pertama habis, saya berjumpa A, bertanyakan sudah kah  B mendapat handphone nya semula.

"Belum. Tapi kami orang tahu sapa yang ambil" beritahu A
"La... kalau tahu, mintaklah. Nak saya buat announcement ke?"
"tak payah cikgu" beritahu A.

Selepas itu, 2, 3 kali saya bertanya pada hari-hari yang berlainan. Jawapan yang sama juga dari A. Tetapi B tidak pernah berjumpa saya pun.

Hari ke 3 terakhir, petang , selepas habis kertas Prinsip Akaun, dalam perjalanan ke kereta untuk mengepos bungkusan jawapan pelajar, saya dan 2 lagi rakan pengawas ternampak A dan B di tangga. Saya berhenti untuk bertanyakan hal handphone tersebut.

"Dah jumpa handphone awak?" tanya saya pada B
"Belum. Tapi kami orang tahu sapa yang ambil" beritahu B
"La... kalau tahu, mintaklah. Saya buat announcement, awak tak beri."
"tak payah cikgu. Kami orang dah jumpa ustad, dia beritahu orang yang ambik handphone tu orang luar" beritahu B
"Ha... orang luar? mana ada orag luar boleh masuk dewan masa tengah periksa..." jawab saya.

Tiba-tiba hati saya terdetik.... "Eh.., ke, awak tuduh saya yang ambil handphone awak tu?" tanya saya
"Ya... cikgulah yang ambik. Ustad tu kata, cikgu yang ambik.'" jawab B sambil menunjuk jari telunjuknya pada saya.

Serta merta darah dari kaki saya naik ke kepala. Dada saya berombak menahan marah.

"Awak ingat saya datang sekolah ni semata nak curi handphone awak? Suruh ustad tu jumpa saya, betul ke tidak saya yang mencuri handphone awak. Pandai ustad tu menengok-nengok, kata saya pula pencuri handphone. Ah... tak kuasa saya nak melayan awak ni," bibir saya terketar menahan marah... Saya pun dah tak ingat, apa buah tutur kata-kata saya lagi pada masa itu, tapi lebih kurang begitulah. Terus saya ke kereta.

Moral of the story:

  1. Buat baik berpada-pada
  2. Buat jahat jangan sekali
~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 comments:

  1. alahai ustad........saya ada 20sen dalam poket,saya nak beli juga title ustad la...amenda laaaa...huhu...ngeri juga pengalaman cikgu ya~kena tuduh melulu..
    Latest post:Menarik!Kisah pemabuk bersolat

    ReplyDelete
  2. ntah2..bebudak tu buat cerita je kot...
    tak mungkin ustaz akan membuat penilaian begitu...
    lihatlah siapa yg membawa berita tu...
    lagu mana sikap dan perangai budak sekolah tu dulu...
    jgn mudah melatah menghina orang lain...
    cool iqbal..

    ReplyDelete
  3. heyy..geramnya baca..kalau saya, memang rasa nak penampar budak2 ni..entah betul ke tak 'ustaz' depa tengok tu. ceh!

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu...

    Teringat saya akan N3 cikgu yang bertajuk, "KUTUKAN DAN HINAAN" pada 3 Julai lepas, dan ada dinyatakan sebuah hadith di dalamnya, Daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." (Riwayat al-Tirmizi no. 2693)

    Kesimpulannya jangan menghina, menuduh dan mengutukan sesama manusia

    ReplyDelete
  5. Senangnya tuduh orang mencuri ye...tanpa bukti yang nyata.. Apa motif diorang buat macam tu agaknya..

    ReplyDelete
  6. entah2 si 'B' tu perasan dia ada henfon !

    ReplyDelete
  7. cik gu..tumpang sakit hati pulak ni..buat apa lah cik gu nak curik..anak murid punya pulak tu..tah mane letak akalnya...

    ReplyDelete
  8. Boleh bawa henpon ke sekolah ke cikgu? Saya tahu ramai murid curi2 bawa henpon tapi kalau sampai bawa terang2 mcm ni dah kira terer tu.

    ReplyDelete
  9. salam cikgu
    terkejut saya bila ada student yang tuduh cikgu sendiri mencuri hp..time saya dulu jahat2 kami pun takda tuduh cikgu sendiri pencuri..dah makin 'maju' mereka

    ReplyDelete
  10. kesudahannya cikgu? boleh saya tau?

    ReplyDelete
  11. Salam..:)
    baca n3 yang endingnya agak tidak menyenangkan...aduhaii...!
    Camne seorg ustad boleh berkata camtu yaa...
    uuhh!

    ReplyDelete
  12. @iqbalsyarie

    saya rasa bebudak tu mereka-reka ustad je...

    ReplyDelete
  13. @LanaBulu

    saya rasa pun begitu juga Lana Bulu

    ReplyDelete
  14. @ain fathihah

    memang geram ain...
    tapi cerita dah lama sangat ni

    ReplyDelete
  15. @Abd Razak

    ya betul..
    mengambil iktibar, jangan terlalu naif seperti saya

    ReplyDelete
  16. @Tirana

    entahlah tirana

    budak2....

    ReplyDelete
  17. @Yunus Badawi

    sebab minggu peperiksaan SPM, sekolah pun dah cuti sebenarnya, biasanya pelajar bawa secara senyap, saya je baik hati konon nak tolong jaga henfon diorang
    padan muka saya

    ReplyDelete
  18. @ZHARIF BADRUL

    bebudak sekarang lain zharif
    tapi rasanya diorang ni sebaya zharif... cerita ni dah lama sebenarnya

    ReplyDelete
  19. @Pn Kartini

    saya rasa budak je yang kata dah jumpa ustad...ntah ustad atau tidak tak tahulah

    ReplyDelete
  20. hairan juga bagaimana budak2 tu boleh percaya bulat2 ckp ustaz tu...dan uztaz dah tanya ke pada cikgu...?sepatutnya ustaz mst siasat dulu..

    ReplyDelete
  21. tiada apa yg nk diherankan..pelajar sekarang ramai yg tahu berzina, mengugut, memukul, menipu, merompak. kenapa pula mencuri dan menuduh menjadi pelik. ramai yg mmg lemah jatidiri. sbb tu jadi mcm tu.

    p/s: cikgu jumpa tak ustaz tu?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.